Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 8: Pengalaman Subjektif Terhadap Justifikasi (2)
Mesej 7: Pengalaman Subjektif Terhadap Justifikasi (1)
Mesej 9: Hasil Justifikasi- Pengalaman Penuh Terhadap Tuhan Dalam Kristus
Mesej 8: Pengalaman Subjektif Terhadap Justifikasi (2)
2021-04-06 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PENGALAMAN SUBJEKTIF TERHADAP JUSTIFIKASI (2)

Ayat-ayat Bible: Roma 4

Kajian-hayat: Mesej 8

Bacaan Bible:

Kisah 7:2 ...Tuhan kemuliaan menampakkan diri kepada bapa leluhur kita Abraham semasa dia berada di Mesopotamia, sebelum dia tinggal di Haran.

Kej 15:6 Maka dia percaya kepada Yehova, dan Dia mengira hal ini sebagai keadilbenaran kepadanya. 

Petikan Bacaan:

IKTIKAD SEBAGAI REAKSI TERHASIL DARIPADA TRANSFUSI, INFUSI DAN PENEPUAN-NYA

Pembaca sekalian, kita berharap agar Roma 4 dibuka sepenuhnya kepada kita berkenaan pengalaman subjektif terhadap justifikasi. Abraham ialah teladan bagi seseorang yang dipanggil dalam pengalamannya terhadap Tuhan. Tuhan datang kepada Abraham dengan menampakkan diri kepadanya. Abraham sudah pasti tertawan oleh penampakan diri Tuhan kemuliaan. Tertawan bermaksud Tuhan mentransfusikan diri-Nya ke dalam Abraham tanpa pengetahuannya atau kesedarannya. Elektrik syurgawi berada jauh di syurga-syurga, tetapi elektrik ini diaplikasikan di bumi. Jika kita mahu elektrik divin ini mencapai kita, kita memerlukan transfusi. Oleh itu Tuhan mentransfusikan diri-Nya ke dalam kita. Sebaik sahaja kita mempunyai transfusi ini, kita akan mengalami infusi rohani ketika esens Tuhan meresapi diri kita. Infusi elemen Tuhan ini akan menepui dan meresapi kita. 

Penepuan ini menghasilkan satu reaksi. Reaksi yang pertama ialah percaya. Inilah iktikad kita. Inilah definisi tertinggi bagi iktikad. Iktikad bukan keupayaan atau virtu alamiah kita. Iktikad ialah reaksi kita kepada Tuhan; iktikad ini terhasil daripada Tuhan mentransfusikan diri-Nya ke dalam kita dan menginfusikan elemen divin-Nya ke dalam diri kita. Sebaik sahaja kita mempunyai iktikad sedemikian, kita tidak akan kehilangannya. Setiap kali kita memberitakan injil tentang Yesus Kristus secara normal, Kristus yang hidup akan menampakkan diri dan penampakan ini akan mentransfusikan Kristus ke dalam orang. Daripada transfusi ini terhasilnya suatu reaksi-- percaya kepada Yesus melalui iktikad Yesus. Oleh itu, iktikad yang sejati ialah Tuhan bekerja dalam kita.

PENGALAMAN YANG LEBIH LANJUT-- PENGGABUNGAN DENGAN KURNIA

Abraham menerima elemen Tuhan melalui proses infusi divin. Walaupun Tuhan menjustifikasikan Abraham dan Abraham telah dikira adilbenar, namun dia belum mengalami keadilbenaran secara teguh dan konkrit. Kita mempunyai Kristus dalam kita, tetapi kita kekurangan pengalaman terhadap Kristus ini. Siapakah yang dapat membantu kita mengalaminya? Sara. Sara mentamsilkan kurnia Tuhan. Jangan bekerja bersama-sama hukum dengan pergi kepada Hagar dan cuba berikhtiar untuk berbuat baik. Bekerjasamalah dengan kurnia dengan pergi kepada Sara. Jika kamu menggabungkan diri kamu kepada kurnia, penyatuan ini akan menghasilkan Kristus, iaitu Ishak yang sebenar. Ishak menandakan pengalaman  yang teguh terhadap keadilbenaran yang dikira oleh Tuhan kepada Abraham.

PENGALAMAN YANG LEBIH MENDALAM --

MEMPERSEMBAHKAN ISHAK UNTUK PENGGENAPAN TUJUAN TUHAN DEMI KEPUASAN TUHAN

Kita bukan sahaja mempunyai Kristus sebagai keadilbenaran Tuhan yang dikira kepada kita, tetapi juga mempunyai pengalaman terhadap Kristus sebagai Ishak kita. Kemudian Tuhan mungkin menampakkan diri lagi dan bertanya, "Adakah kamu rela mara bersama dengan-Ku? Adakah kamu mahu menikmati penampakan diri-Ku yang lebih lanjut? Jika kamu mahu, kamu harus melepaskan Ishak. Persembahkan dia kepada-Ku. Bawa Kristus yang telah kamu alami dan letakkan Dia di atas mazbah-Ku. Pengalaman kamu terhadap Kristus telah menjadi bahagian kamu dan ia memuaskan kamu. Sekarang Aku meminta kamu agar mempersembahkan bahagian ini kepada-Ku supaya Aku dapat dipuaskan sepenuhnya." Relakah kamu berbuat demikian? Jika kita tidak rela, kita akan mati dalam hayat rohani. Tuhan tidak dapat berbuat apa-apa pada kita untuk menggenapkan tujuan-Nya. Abraham mempersembahkan Ishak demi kepuasan Tuhan. Dia menerima semula Ishak daripada Tuhan dalam kebangkitan. Hal ini menghasilkan transfusi, infusi dan peresapan yang lebih lanjut dan lebih kaya daripada Tuhan ke dalam Abraham. Di Gunung Moria, dia menerima bahagian Tuhan yang penuh. Semua ini ialah hasil pengalaman yang subjektif dan lebih dalam terhadap justifikasi. 

KEMBALI KEPADA POHON HAYAT

Semasa memanggil Abraham keluar dari Ur, Tuhan sebenarnya membawa Abraham kembali ke pohon hayat. Prinsip pohon hayat ialah kebergantungan; prinsip pohon pengetahuan ialah kemerdekaan. Datang kepada pohon hayat bererti bergantung pada Tuhan; berpaling kepada pohon pengetahuan bererti meninggalkan Tuhan. Pada setiap hari dan setiap jam, kita perlu bergantung pada Tuhan sebagai hayat kita. Semasa Tuhan menampakkan diri kepadanya, itu kemunculan pohon hayat. Apabila Abraham meluangkan masa dalam hadirat Tuhan, dia menikmati pohon hayat. Setiap kali hal ini berlaku, esens Tuhan ditransfusikan ke dalamnya. Kita melalui latihan yang sama hari ini. Tuhan telah memanggil kita keluar daripada keadaan kita yang jatuh kepada diri-Nya sebagai pohon jayat. Kini kita berada di bawah transfusi, infusi dan penepuan-Nya. Kita tidak harus melakukan apa-apa melalui diri kita. Diri kita harus ditamatkan. Sebagai keturunan Abraham, kita bergerak-hidup dalam jejak langkah kepercayaannya dan berada di bawah kerja penepuan Tuhan. Inilah makna justifikasi yang lebih dalam. Dalam proses ini, kedivininan dibaurkan dengan keinsanan. Inilah konsumasi justifikasi Tuhan.

Soalan-soalan Kajian: 

1. Menggunakan istilah-istilah transfusi, infusi, dan penepuan, jelaskan apa itu iktikad dan bagaimanakah kita menerima iktikad dalam pengalaman. 

2. Sila kaitkan pengalaman subjektif terhadap justifikasi dengan pengalaman pohon hayat. 


Mesej 7: Pengalaman Subjektif Terhadap Justifikasi (1)
Mesej 9: Hasil Justifikasi- Pengalaman Penuh Terhadap Tuhan Dalam Kristus
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)