Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 68: Tuhan Mengutuk Dosa Dalam Tubuh Daging Supaya Kita Dapat Berada dalam Roh
Mesej 67: Tuhan Yang Terproses ialah Hukum Roh Hayat
Mesej 69: Berada Dalam Roh Untuk Mengalami Kerja Roh itu
Mesej 68: Tuhan Mengutuk Dosa Dalam Tubuh Daging Supaya Kita Dapat Berada dalam Roh
2021-11-25 | 0 Komen
A- A+ Simpan

TUHAN MENGUTUK DOSA DALAM TUBUH DAGING SUPAYA KITA DAPAT BERADA DALAM ROH

Ayat-ayat Bible: Roma 8:3-9

Kajian-hayat: Mesej 68

Bacaan Bible: 

Roma 8:4 Supaya tuntutan adilbenar hukum dapat digenapi dalam kita yang tidak bergerak-hidup menurut tubuh daging tetapi menurut roh. 

Petikan Bacaan: 

BERGERAK-HIDUP MENURUT ROH

Kita mesti mempercayai sabda Tuhan dan bukan mempertimbangkan situasi kita atau memandang kepada diri kita sendiri. Roma 8:4 berkata “digenapi dalam kita yang tidak bergerak-hidup menurut tubuh daging tetapi menurut roh.” Apabila kita membaca kata-kata ini, kita mungkin berkata, “Kerap kali saya bergerak-hidup menurut tubuh daging, bukan menurut roh.” Jika seseorang bertanya kepada kamu sama ada kamu bergerak-hidup menurut roh atau menurut tubuh daging, mungkin kamu tidak berani mengatakan bahawa kamu bergerak-hidup menurut roh. Kamu menyedari bahawa kamu tidak mempunyai pendirian yang sepenuhnya untuk berkata dengan penuh yakin, “Saya bergerak-hidup menurut roh.” Sebaliknya, dengan ragu-ragu kamu mungkin menjawab, “Kadangkala saya bergerak-hidup menurut roh, tetapi kerap kali saya bergerak-hidup menurut tubuh daging.” Dalam alam rohani, Tuhan telah melakukan segala sesuatu dengan bersabda. Sebaik sahaja Tuhan bersabda tentang sesuatu perkara, perkara itu pun ditetapkan. 

BERBICARA DALAM IKTIKAD

Sebagai anak-anak Tuhan, kita perlu menyedari bahawa apabila kita membicarakan sesuatu daripada hati yang ikhlas, situasi kita akan menurut pembicaraan kita. Andaikan seseorang bertanya kepada kamu sama ada kamu telah diselamatkan atau belum, kamu harus menjawab dengan pasti, “Ya, saya telah diselamatkan.” Kamu tidak harus ragu-ragu dan berkata, “Izinkan saya berfikir tentang hal ini buat seketika. Menurut bukti-bukti tertentu, mungkin saya diselamatkan.” Jika kamu mengatakan bahawa kamu mungkin diselamatkan, maka mungkin kamu diselamatkan. Akan tetapi, jika kamu mengatakan bahawa tanda-tanda menunjukkan bahawa mungkin kamu belum diselamatkan, maka mungkin kamu ada masalah. Kini kita ialah anak-anak Tuhan, maka kita harus berhati-hati dengan pembicaraan kita, kerana kita ialah apa yang kita bicarakan. 

Kita mesti belajar berbicara bukan dalam keikhlasan alamiah kita, tetapi dalam iktikad. Paulus memberitahu kita bahawa kita berbicara kerana kita mempunyai roh iktikad: “Dan oleh sebab kami mempunyai roh iktikad yang sama menurut apa yang tertulis, ‘Aku percaya, oleh itu aku berbicara,’ kami juga percaya, maka kami juga berbicara” (2 Kor. 4:13). Berkenaan hal berada dalam roh dan menerima Roh itu, kebanyakan daripada kita telah salah dididik. Sesetengah orang mengajar bahawa untuk seseorang Kristian menerima Roh itu, dia mesti bertaubat, mengakui dosa-dosanya, dan berdoa dengan berpuasa. Kemudian, setelah tempoh masa tertentu, tiba-tibanya dia akan menerima Roh itu. Disebabkan pengaruh latar belakang keagamaan kita, kita mungkin ragu-ragu untuk memberi jawapan ketika seseorang bertanya kepada kita sama ada kita telah menerima Roh Kudus atau tidak. 

TIGA SOALAN

Pada takat ini, saya ingin menanya tiga soalan. Pertama, adakah kamu bergerak-hidup menurut roh? Kedua, adalah kamu menurut roh? Ketiga, adakah kamu berada dalam roh? Bergerak-hidup menurut roh bererti melakukan perkara menurut roh. Namun, menurut roh bermaksud diri kita menurut roh. Selain bergerak-hidup menurut roh dan menurut roh, kita perlu berada dalam roh. Adakah kamu mempunyai keyakinan untuk mengatakan bahawa kamu bergerak-hidup menurut roh, kamu adalah menurut roh, dan kamu berada dalam roh? 

Dalam 8:4 Paulus berbicara tentang bergerak-hidup menurut roh, dan dalam ayat 5, tentang menurut roh. Untuk bergerak-hidup menurut roh, pertama-tamanya kita mesti menurut roh. Ini bermaksud bahawa bergerak-hidup menurut roh ialah hasil daripada menurut roh, kerana apa yang kita lakukan biasanya datang daripada apanya kita. Dalam ayat 9 Paulus berbicara tentang berada dalam roh. Jika kita tidak berada dalam roh, kita tidak dapat menurut roh. Tambahan lagi, jika kita tidak menurut roh, kita tidak dapat bergerak-hidup menurut roh. 

Beban saya dalam mesej ini bukan berkenaan bergerak-hidup menurut roh atau hanya menurut roh, tetapi berkenaan berada dalam roh. Perkataan kecil “dalam” sangat bermakna dan amat penting. Saya berulang, kita bergerak-hidup menurut roh kerana kita menurut roh, dan kita menurut roh kerana kita berada dalam roh. Oh, berada dalam roh ialah perkara yang besar!

DUA HAKIKAT YANG AMAT PENTING 

Sedarkah kamu bahawa kamu berada dalam roh? Roma 8:9 memberi kita keberanian untuk mengatakan bahawa kita berada dalam roh: “Tetapi kamu bukan dalam tubuh daging, sebaliknya dalam roh, jika sesungguhnya Roh Tuhan huni dalam kamu. Namun, jika sesiapa tidak mempunyai Roh Kristus, dia bukan kepunyaan-Nya.” Perkataan “memandangkan” juga merujuk kepada suatu syarat yang telah dipenuhi dan telah menjadi suatu hakikat yang tersempurna. 

Saya mempunyai keyakinan penuh bahawa sebagai percayawan, Roh Tuhan huni dalam kita. Ini suatu hakikat yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun. Menurut 8:9, kita mempunyai keyakinan bukan bahawa Roh Tuhan akan huni dalam kita, atau Dia telah huni dalam kita, tetapi Dia sedang huni dalam kita ialah hakikat yang mengagumkan! Disebabkan hakikat ini, kita dapat mengatakan dengan berani bahawa kita berada dalam roh. 

Sekalipun kita gagal dan melakukan kesilapan, Roh Tuhan tetap huni dalam kita secara berterusan. Penghunian-Nya secara dalaman adalah secara berterusan, tidak terputus. Kini, memandangkan Roh Tuhan huni dalam kita, maka kita berada dalam roh. 

Soalan Kajian: 

Doa-baca Roma 8:4 dan 9. Bentangkan hakikat bahawa Roh Tuhan huni dalam kita dan bahawa kita berada dalam roh. 

Mesej 67: Tuhan Yang Terproses ialah Hukum Roh Hayat
Mesej 69: Berada Dalam Roh Untuk Mengalami Kerja Roh itu
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)