Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 64: Transformasi Dan Konformasi Melalui Hayat Yang Bercantum (1)
Mesej 63: Bukan Hayat Yang Bertukar Ganti, Tetapi Hayat Yang Bercantum
Mesej 65: Transformasi dan Konformasi Melalui Hayat yang Bercantum (2)
Mesej 64: Transformasi Dan Konformasi Melalui Hayat Yang Bercantum (1)
2021-11-03 | 0 Komen
A- A+ Simpan

TRANSFORMASI DAN KONFORMASI MELALUI HAYAT YANG BERCANTUM (1)

Ayat-ayat Bible: Roma 12:2, 8:29, 11:24

Kajian-hayat: Mesej 64

Bacaan Bible: 

Roma 12:2 Dan janganlah dibentuk mengikut zaman ini, tetapi hendaklah ditransform melalui pembaruan minda agar kamu dapat mengujibuktikan apakah kehendak Tuhan, iaitu yang baik, diperkenan, dan sempurna.

 

Petikan Bacaan:

TAKDIR KITA

            Dalam 12:2 Paulus berbicara tentang transformasi. “Dan janganlah dibentuk mengikut zaman ini, tetapi hendaklah ditransform melalui pembaruan minda.” Dunia, iaitu sistem kesyaitanan, terdiri daripada pelbagai zaman. Setiap zaman mempunyai corak dan gaya tertentu. Rancangan Syaitan ialah mengkonform kita kepada zaman masa kini. Walaupun Paulus menyebut tentang matlamat konformasi Syaitan dari aspek negatif, Paulus tidak berbicara tentang matlamat transformasi di sini.

            Matlamat transformasi terdapat dalam Roma 8. Ayat 29 berkata, “Kerana mereka yang dipraketahui-Nya juga dipratakdirkan-Nya agar dikonform kepada imej Anak-Nya, supaya Dia dapat menjadi Yang Sulung dalam kalangan dikbang yang banyak.” Sebagai orang yang dipanggil dan dijustifikasikan, takdir kita telah ditentukan Tuhan terlebih dahulu. Sebelum pengasasan dunia, Tuhan mempratakdirkan kita agar dikonform kepada imej Anak-Nya. Ini bermaksud bahawa konformasi kepada imej Kristus ialah takdir kita dan juga destinasi kita. Tahukah anda ke mana kita akan pergi? Destinasi kita ialah imej Anak Tuhan. Takdir kita bukan syurga – takdir kita ialah dikonform kepada imej Anak Tuhan.

HAYAT YANG BERCANTUM

             Jika kita ingin memahami makna transformasi dan konformasi, kita perlu menyedari bahawa buku Roma berbicara tentang satu jenis hayat yang khusus – hayat yang bercantum. Hayat yang bercantum ialah hayat pembauran, hayat yang merupakan hasil daripada pembauran bersama bagi dua hayat. Dalam 11:24 Paulus berbicara tentang pencantuman dua pohon zaitun, bukan pencantuman dua jenis pohon yang sama sekali berbeza. Oleh itu, pencantuman dalam Roma ialah pencantuman antara dua pohon daripada keluarga yang sama. Perbezaannya ialah satu pohon itu pohon zaitun yang ditanam manakala pohon yang satu lagi ialah pohon zaitun liar.

            Dalam buku Roma bab lima, Paulus mula berbicara tentang hayat. Dalam ayat 10, dia mengatakan bahawa kita akan diselamatkan dalam hayat Kristus. Selain itu, menurut 5:17, kita akan meraja dalam hayat. Dalam 6:4, Paulus berbicara tentang bergerak-hidup dalam kebaruan hayat. Dalam bab lapan, dia berbicara tentang Roh hayat dalam Kristus Yesus (ay. 2). Dia seterusnya mengatakan bahawa roh kita ialah hayat (ay. 10), dan minda diletakkan pada roh ialah hayat (ay. 6), dan Roh kepada Dia yang membangkitkan Yesus daripada yang mati berhasrat untuk menyalurkan hayat ke dalam tubuh kita yang akan mati (ay. 11). Hayat yang dibicarakan dalam semua ayat ini ialah hayat yang bercantum.

PENCANTUMAN HAYAT YANG SERUPA

            Kita telah menunjukkan bahawa hayat yang bercantum ialah hayat pembauran. Pencantuman ini berkesan hanya apabila hayat-hayat yang hendak dicantumkan itu adalah serupa. Tuhan mencipta manusia menurut imej-Nya dan mengikut rupa-Nya (Kej. 1:26). Hakikat ini membuktikan bahawa hayat manusia dan hayat divin adalah serupa. Tuhan sengaja mencipta manusia begini supaya hayat manusia amat menyerupai hayat divin.  

SESUAI UNTUK MASUK KE DALAM KITA

            Semenjak Tuhan mencipta kita menurut imej-Nya dan mengikut rupa-Nya, kita telah bersedia menerima-Nya ke dalam kita sebagai hayat. Kita mempunyai roh untuk menerima-Nya dan mempunyai sukma untuk mengekspresikan-Nya. Walaupun kita telah bersedia, namun Tuhan belum lagi bersedia. Dia belum lagi sesuai untuk masuk ke dalam manusia. Untuk dijadikan sesuai bagi tujuan ini, Dia perlu mengenakan kesinsanan; maksudnya, Dia perlu berinkarnasi.

            Bagi menjadikan diri-Nya sesuai untuk masuk ke dalam kita, Kristus perlu melalui inkarnasi, kehidupan insani, penyaliban, kebangkitan, dan kenaikan ke syurga. Tambahan pula, sebagai Roh itu, Dia perlu turun ke atas kita. Selepas itu, seperkara lagi yang tinggal ialah kita menyeru-Nya dalam iktikad. Apabila kita berkata, “O Tuan Yesus, aku percaya kepada-Mu,” hayat-Nya yang sesuai itu masuk ke dalam hayat kita yang bersiap sedia, dan dua hayat ini digabungkan. Dengan cara ini, hayat kita dicantumkan ke dalam hayat-Nya.  

DUA HAYAT YANG RUMIT

Yohanes 3:16 memberitahu kita bahawa Tuhan mengasihi dunia. Di mata Tuhan, manusia yang jatuh telah menjadi dunia. Ini bermaksud bahawa bangsa manusia yang jatuh, korup, duniawi, dan bersifat kesyaitanan ialah sistem Syaitan. Sebelum kita diselamatkan, kita ialah sebahagian daripada sistem ini. Tuhan mengasihi dunia kerana di dunia ini terdapat hayat yang dicipta-Nya menurut imej-Nya dan mengikut rupa-Nya untuk berisikan diri-Nya sebagai hayat.

Kedua-dua hayat divin dan hayat manusia adalah rumit. Hayat divin adalah rumit dari segi positif, manakala hayat manusia adalah rumit dari segi negatif. Menurut ekonomi-Nya, Tuhan berhasrat untuk mencantumkan hayat manusia yang rumit dari segi negatif ini ke dalam hayat-Nya yang rumit dari segi positif. Apabila kita percaya ke dalam Anak Tuhan dan menyeru nama Tuan, hayat yang rumit dari segi positif itu masuk ke dalam kita, dan hayat kita yang rumit dari segi negatif ini dicantumkan ke dalamnya.

Soalan-soalan Kajian:

1.     Sebagai orang yang dipanggil dan dijustifikasikan, takdir kita telah ditentukan Tuhan terlebih dahulu. Apakah takdir kita dan destinasi kita?

 

2.     Huraikan tentang hayat yang bercantum. 

 

 

Mesej 63: Bukan Hayat Yang Bertukar Ganti, Tetapi Hayat Yang Bercantum
Mesej 65: Transformasi dan Konformasi Melalui Hayat yang Bercantum (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)