HAYAT TUHAN TRITUNGGAL DIDISPENKAN KE DALAM MANUSIA TRIPARTIT
Ayat-ayat Bible: Roma 8:2, 6, 10-11
Kajian-hayat: Mesej 62
Bacaan Bible:
Roma 8:2 Kerana hukum Roh hayat telah membebaskan aku dalam Kristus Yesus daripada hukum dosa dan maut.
Petikan Bacaan:
HAYAT TUHAN TRITUNGGAL DIDISPENKAN KE DALAM SELURUH DIRI KITA
Sekarang kita sampai kepada perkara yang amat berharga tentang hayat Tuhan Tritunggal didispenkan ke dalam manusia tripartit. Alangkah menakjubkan kerana Tuhan adalah Tritunggal dan kita adalah tripartit!
Roma 8:2 berbicara tentang hayat Tuhan Tritunggal. Ayat 10 mewahikan bahawa hayat ini telah didispenkan ke dalam roh kita dan menjadikan roh kita hayat. Lebih-lebih lagi, menurut ayat 6, hayat ini dapat didispenkan ke dalam minda kita dan menjadikan minda kita hayat juga. Akhirnya, seperti yang diperlihatkan dalam ayat 11, bahkan hayat divin dapat disalurkan ke dalam tubuh kita yang akan mati. Dalam ayat-ayat ini, kita melihat tiga bahagian manusia: roh, sukma (diwakili oleh minda), dan tubuh. Roh ialah pusat, tubuh ialah lilitan, dan minda berada di tengah-tengah. Dari pusat menerusi pertengahan kepada lilitan, hayat Tuhan Tritunggal didispenkan ke dalam seluruh diri kita.
HAYAT YANG DIDISPENKAN KE DALAM KITA
Hayat yang didispenkan ke dalam tiga bahagian manusia ialah hayat Tuhan Tritunggal. Dalam 8:2, Paulus berbicara tentang Roh hayat dalam Kristus Yesus. Dalam frasa ini, Tuhan Tritunggal diimplikasikan. Roh itu dan Kristus, Anak, disebut secara terang-terang, manakala Tuhan Bapa diimplikasikan melalui hakikat bahawa Roh itu ialah Roh Tuhan. Oleh itu, di sini ada Tuhan, Kristus, dan Roh itu. Bagaimanapun, butir utama bukan Tuhan Tritunggal, tetapi hayat. Di sini, Roh hayat disebut sebenarnya bermaksud bahawa Roh itu ialah hayat. Hayat di sini ialah hayat Tuhan Tritunggal sendiri.
Apabila kita dilahirukan, kita menerima satu lagi hayat selain daripada hayat alamiah kita. Terdapat pelbagai jenis hayat: hayat tumbuhan, hayat binatang, hayat manusia, dan hayat divin. Sebagai manusia, kita semua mempunyai hayat fizikal dan hayat psikologi. Hayat fizikal dan hayat psikologi masing-masing ditunjukkan oleh perkataan Yunani bios dan psuche. Bagaimanapun, ketika Paulus berbicara tentang hayat dalam Roma 8, dia menggunakan satu lagi perkataan Yunani, iaitu zoe. Dalam Bible, zoe bermakna hayat Tuhan, hayat yang divin, tidak terbatas, tidak tercipta, dan abadi. Inilah hayat yang kita terima dengan percaya ke dalam Tuan Yesus. Seperti yang dikatakan Yohanes 3:36, “Dia yang percaya ke dalam Anak mempunyai hayat abadi.” Dalam ayat 2, 6, 10, dan 11 bagi Roma 8, Paulus menggunakan perkataan Yunani hayat ini untuk menunjukkan bahawa pendispenan Tuhan ialah mendispenkan zoe ke dalam diri kita. Dengan kata lain, Tuhan berhasrat untuk mendispenkan diri-Nya sebagai zoe ke dalam ketiga-tiga bahagian diri manusia.
HAYAT DIGARAPKAN KE DALAM TUBUH KITA YANG AKAN MATI
Ayat 11 mewahikan lebih banyak perkara tentang pendispenan Tuhan. Di sini, Paulus berkata, “Dan jika Roh kepada Dia yang membangkitkan Yesus daripada yang mati huni dalam kamu, maka Dia yang membangkitkan Kristus daripada yang mati juga akan memberi hayat kepada tubuhmu yang akan mati menerusi Roh-Nya yang menghuni kamu secara dalaman.” Saya kagum akan penulisan secara tersirat dalam ayat ini. Ayat ini mewahikan bahawa zoe dapat disalurkan menerusi Roh itu ke dalam tubuh kita yang akan mati. Oleh itu, bukan sahaja roh dan minda kita ialah zoe, bahkan tubuh kita juga akan penuh dengan zoe.
MELIHAT VISI
Kita semua perlu melihat visi tentang pendispenan hayat Tuhan Tritunggal ke dalam tiga bahagian diri kita. Jika kita melihat visi divin ini, konsep alamiah kita terhadap etika dan moral akan dihancurkan. Kita harus berkata kepada Tuan, “Tuan, aku bersyukur kepada-Mu. Sejak Engkau masuk ke dalam aku, rohku telah menjadi hayat. Kini, jika aku meletakkan minda pada roh, mindaku juga akan menjadi hayat. O Tuan, betapa aku memuji Engkau! Menerusi Roh-Mu yang huni secara dalaman, hayat zoe Engkau dapat didispenkan bahkan ke dalam tubuhku yang akan mati. Tuan, untuk hal ini aku menyembah-Mu, aku menikmati hal ini, dan aku bersatu dengan manusia tripatit, dan manusia tripatit juga menjadi satu dengan Tuhan Tritunggal. Menerusi pendispenan hayat divin inilah kita menjadi para anak Tuhan. Selain itu, menerusi pendispenan ini, kita ditransform dan dikonform kepada imej Kristus. Inilah kehidupan orang Kristian dan kehidupan gereja.
Soalan-soalan Kajian:
1. Doa-baca Roma 8:2, 6, dan 10 hingga 11. Huraikan tentang hayat Tuhan Tritunggal didispenkan ke dalam manusia tripatit.
2. Kongsikan pengalaman anda tentang perkara ini: hayat Tuhan Tritunggal didispenkan ke dalam seluruh diri kita.