Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 61: Pendispenan Tuhan Tritunggal Menurut Keadilbenaran-Nya, Menerusi Kekudusan-Nya, dan Sehingga Membawa kepada Kemuliaan-Nya
Mesej 60: Pendispenan Tuhan Tritunggal Untuk Menggenapi Tujuan-Nya
Mesej 62: Hayat Tuhan Tritunggal Didispenkan Ke Dalam Manusia Tripartit
Mesej 61: Pendispenan Tuhan Tritunggal Menurut Keadilbenaran-Nya, Menerusi Kekudusan-Nya, dan Sehingga Membawa kepada Kemuliaan-Nya
2021-10-20 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PENDISPENAN TUHAN TRITUNGGAL MENURUT KEADILBENARAN-NYA, MENERUSI KEKUDUSAN-NYA,

DAN SEHINGGA MEMBAWA KEPADA KEMULIAAN-NYA

Ayat-ayat Bible: Roma 1-8

Kajian-hayat: Mesej 61

Bacaan Bible: 

Roma 6:19 Aku berbicara dengan kata-kata manusia disebabkan kelemahan tubuh dagingmu. Kerana sebagaimana dahulunya kamu mempersembahkan anggota-anggotamu sebagai abdi kepada kecemaran dan ketidakendahan terhadap hukum sehingga membawa kepada ketidakendahan terhadap hukum, maka sekarang persembahkanlah anggota-anggotamu sebagai abdi kepada keadilbenaran sehingga membawa kepada pengudusan. 

Petikan Bacaan: 

Dalam mesej ini, kita akan mempertimbangkan perihal pendispenan Tuhan Tritunggal menurut keadilbenaran-Nya, menerusi kekudusan-Nya, dan sehingga membawa kepada kemuliaan-Nya. Terdapat empat istilah yang penting di sini: pendispenan, keadilbenaran, kekudusan, dan kemuliaan. Pendispenan Tuhan adalah menurut keadilbenaran-Nya; maksudnya, pendispenan-Nya adalah berasaskan keadilbenaran-Nya. Lebih-lebih lagi, pendispenan-Nya adalah menerusi kekudusan-Nya. Akhirnya, pendispenan ini membawa kepada kemuliaan Tuhan. 

KEKUDUSAN DAN KEBANGKITAN

Dalam Roma 6:19 Paulus berbicara tentang “keadilbenaran sehingga membawa kepada pengudusan”. Ini menunjukkan bahawa keadilbenaran membawa kita masuk ke dalam kekudusan, ke dalam pengudusan. Sebagaimana kematian Kristus adalah untuk keadilbenaran, demikian juga kebangkitan Kristus adalah untuk kekudusan. 

Keadilbenaran ialah prosedur Tuhan, iaitu cara Dia melakukan kerja, manakala kekudusan ialah sifat Tuhan. Prosedur adilbenar Tuhan didukung oleh kematian Kristus, tetapi sifat Tuhan disalurkan ke dalam kita menerusi kebangkitan Kristus. Ketika Kristus yang bangkit masuk ke dalam kita, Dia menyalurkan sifat Tuhan ke dalam kita. Sifat kudus ini kemudiannya mencambahkan kita, melahirukan kita, dan menguduskan kita. Pengudusan melibatkan proses panjang yang bermula ketika kita diselamatkan dan berterusan sepanjang kehidupan Kristian kita. 

Proses ini sebenarnya ialah satu persona, iaitu Kristus yang bangkit itu sendiri. Kristus yang bangkit ialah kekudusan kita dan juga pengudusan kita. Perbezaan antara kekudusan dengan pengudusan ialah kekudusan merujuk kepada elemen Kristus, manakala pengudusan merujuk kepada tindakan elemen tersebut. Dengan demikian, kita bukan sahaja mempunyai kekudusan, tetapi juga berada di bawah proses pengudusan. Elemen yang kudus terus bergerak dan bertindak secara aktif dalam kita untuk menguduskan kita. 

KENAIKAN KE SYURGA DAN PEMULIAAN

Pemuliaan bermula pada masa Kristus naik ke syurga, dan akan berkonsumasi pada masa Dia kembali. Kenaikan Kristus ke syurga adalah untuk kemuliaan. Dengan demikian, kematian Kristus adalah untuk keadilbenaran Tuhan, kebangkitan-Nya adalah untuk kekudusan Tuhan, dan kenaikan-Nya ke syurga pula adalah untuk kemuliaan Tuhan. Apabila Kristus kembali, pemuliaan pekudus-Nya akan dikonsumasikan. 

PENGALAMAN YANG SUBJEKTIF TERHADAP KEADILBENARAN, KEKUDUSAN, DAN KEMULIAAN

Kita memerlukan pengalaman yang subjektif terhadap keadilbenaran, kekudusan, dan kemuliaan Tuhan. Disalibkan bersama dengan Kristus bererti mengalami keadilbenaran, manakala mempunyai Kristus hidup dalam kita pula bererti mengalami kekudusan. Menurut keadilbenaran-Nya dan menerusi kekudusan-Nya, Tuhan Tritunggal didispenkan ke dalam kita dengan sepenuhnya sehingga membawa kepada kemuliaan-Nya. Ini bermakna bahawa hasil pendispenan Tuhan ialah kemuliaan. 

Kita sungguh memuji Tuan kerana membuka kedalaman buku ini kepada kita! Dalam Roma 3 dan 4, kita melihat bahawa Kristus mati untuk kita, manakala dalam Bab 6 pula kita melihat bahawa kita mati dalam Kristus. Kematian ini adalah menurut keadilbenaran Tuhan dan untuk keadilbenaran-Nya. Dalam Roma 6 hingga 8, kita melihat bahawa kita dikuduskan menerusi Kristus bangkit yang hidup, bertindak, bergerak, dan bekerja dalam kita. Selepas Kristus yang bangkit mencambahkan kita dan melahirukan kita, Dia menguduskan kita. Pengudusan melibatkan transformasi dan konsumasi. Semasa proses pengudusan berlaku dalam kita, kita mula mengalami pemuliaan Tuhan.

MATLAMAT MUKTAMAD TUHAN TRITUNGGAL DALAM PENDISPENAN-NYA

Sebagaimana keadilbenaran ialah prosedur Tuhan dan kekudusan ialah sifat-Nya, begitu juga kemuliaan ialah ekspresi Tuhan. Matlamat muktamad bagi pendispenan Tuhan Tritunggal ialah Tuhan diekspresikan menerusi Tubuh Kristus. Apabila Tubuh Kristus menjadi ekspresi kemuliaan Tuhan, itulah masanya pemuliaan yang penuh. Seperti yang diwahikan dalam Roma 8, alam semesta menanti-nantikan masa ini, menanti-nanti dengan gelisah untuk masuk ke dalam kebebasan kemuliaan anak-anak Tuhan. Dalam kemuliaan ini, Tuhan akan diekspresikan dengan sepenuhnya. Ini akan menjadi hasil muktamad bagi pendispenan Tuhan Tritunggal. 


Mesej 60: Pendispenan Tuhan Tritunggal Untuk Menggenapi Tujuan-Nya
Mesej 62: Hayat Tuhan Tritunggal Didispenkan Ke Dalam Manusia Tripartit
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)