Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 60: Pendispenan Tuhan Tritunggal Untuk Menggenapi Tujuan-Nya
Mesej 59: Amalan Kehidupan Tubuh
Mesej 61: Pendispenan Tuhan Tritunggal Menurut Keadilbenaran-Nya, Menerusi Kekudusan-Nya, dan Sehingga Membawa kepada Kemuliaan-Nya
Mesej 60: Pendispenan Tuhan Tritunggal Untuk Menggenapi Tujuan-Nya
2021-10-15 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PENDISPENAN TUHAN TRITUNGGAL UNTUK MENGGENAPI TUJUAN-NYA

Ayat-ayat Bible: Roma 9:5; 8:3; 5:10; 1:3-4

Kajian-hayat: Mesej 60

Bacaan Bible: 

Roma 8:11 Dan jika Roh kepada Dia yang membangkitkan Yesus daripada yang mati huni dalam kamu, maka Dia yang membangkitkan Kristus daripada yang mati juga akan memberi hayat kepada tubuhmu yang akan mati menerusi Roh-Nya yang menghuni kamu secara dalaman.   

Petikan Bacaan: 

        Dalam mesej ini, kita akan mempertimbangkan salah satu wahi tersirat dalam buku Roma: pendispenan Tuhan Tritunggal untuk menggenapi tujuan-Nya. Tujuan abadi Tuhan ialah memperoleh Tubuh untuk Kristus. Untuk menggenapi tujuan-Nya, Tuhan perlu mendispenkan diri-Nya ke dalam umat pilihan-Nya.

TRITUNGGAL UNTUK PENDISPENAN

Untuk mendispenkan diri-Nya ke dalam umat pilihan-Nya, Dia haruslah tritunggal; maksudnya, Dia haruslah Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Tuhan Roh. Kita telah menunjukkan bahawa Triniti Ketuhanan bukanlah untuk teologi, tetapi untuk pendispenan. Tuhan tidak mahu wujud sendirian. Dia teringin untuk mendispenkan diri-Nya ke dalam manusia yang dicipta, dipilih, dan dipanggil oleh-Nya. Haleluya, kitalah kumpulan orang itu, dan Tuhan ingin mendispenkan diri-Nya ke dalam kita! 

KRISTUS DALAM KITA

Roma 8:10 mengatakan bahawa Kristus berada dalam kita. Untuk Kristus berada dalam kita, Tuhan haruslah Roh Tuhan, Roh Tuhan haruslah Roh Kristus, dan Roh Kristus haruslah Kristus. Sekiranya Tuhan itu hanya Tuhan sendiri, Dia tidak dapat masuk ke dalam kita. Terdapat dua sebab untuk ini. Pertama, Tuhan adalah divin, tidak terbatas, dan maha perkasa. Namun, kita ialah manusia, dan Tuhan tidak dapat masuk ke dalam kita tanpa pengantaraan manusia. Kedua, kita berdosa dan tidak tahir. Mustahil bagi Tuhan yang kudus itu huni dalam orang yang berdosa seperti itu. Untuk merapatkan jurang antara kedivinan dengan keinsanan, Tuhan perlu menjadi seorang manusia yang bernama Yesus. Sebagai Yesus ini, Dia mati di atas salib untuk dosa-dosa kita, menumpahkan darah-Nya untuk membersihkan kita daripada segala kecemaran. Haleluya, Tuhan yang tidak terbatas menjadi manusia yang terbatas untuk mati di atas salib demi kita! Ini menghapuskan halangan yang menghalang Tuhan masuk ke dalam manusia. Sekarang dalam Kristus, Tuhan yang tidak terbatas dan kudus dapat masuk ke dalam kita. Atas sebab ini, dalam ayat 10 Paulus mengisytiharkan bahawa Kristus berada dalam kita. 

ROH ITU BERUMAH DALAM KITA

Ayat 11 berkata, “Dan jika Roh kepada Dia yang membangkitkan Yesus daripada yang mati huni dalam kamu, maka Dia yang membangkitkan Yesus daripada yang mati juga akan memberi hayat kepada tubuhmu yang akan mati menerusi Roh-Nya yang menghuni kamu secara dalaman.” Dalam ayat ini, kita melihat Tuhan Tritunggal: Dia yang membangkitkan Yesus daripada yang mati (Bapa), Kristus (Anak), dan Roh itu. 

PROSES DAN PENDISPENAN

        Penyediaan makanan untuk dimakan boleh digunakan untuk menggambarkan proses yang diperlukan untuk pendispenan Tuhan. Proses ini melibatkan inkarnasi, penyaliban, dan kebangkitan. Sebelum Anak Tuhan dapat mati bagi kita di atas salib, Dia perlu berinkarnasi menjadi seorang manusia. Melalui inkarnasi, Dia mengenakan keinsanan yang mempunyai daging dan darah dan menjadi manusia yang dipanggil Yesus. Hanya dengan cara ini barulah Dia dapat menumpahkan darah-Nya di atas salib untuk dosa-dosa kita. Oleh yang demikian, kata-kata Paulus berkenaan kebangkitan Kristus dalam ayat 11 mengimplikasikan inkarnasi dan penyaliban-Nya. Semua ini berkaitan dengan proses ini. 

        Tuhan kita bukan lagi Tuhan yang belum diproses. Yang huni dalam kita telah diproses sepenuhnya. Roh yang menghuni kita secara dalaman ialah realisasi Anak, yang merupakan perjasadan Bapa. Bapa terjasad dalam Anak, Anak direalisasikan sebagai Roh itu, dan Roh itu menghuni kita secara dalaman. Inilah Tuhan Tritunggal yang telah diproses menerusi inkarnasi, penyaliban, dan kebangkitan, yang mendispenkan diri-Nya ke dalam kita, dan yang sekarang huni dalam kita. 

        Ayat 11 menunjukkan bahawa Tuhan Tritunggal didispenkan bukan hanya ke dalam roh kita, iaitu pusat diri kita, seperti yang ditunjukkan dalam ayat 10, bahkan ke dalam tubuh kita yang akan mati, iaitu keliling diri kita. Ini bererti bahawa pendispenan Tuhan Tritunggal menepui seluruh diri kita. 

PENDISPENAN TUHAN TRITUNGGAL MENGHASILKAN KEANAKAN

Pendispenan sedemikian menghasilkan keanakan. Pendispenan mentransform pendosa menjadi para anak Tuhan. Ayat 14 berkata, “Kerana sebanyak mana yang dipimpin Roh Tuhan, inilah para Anak Tuhan.” Hari demi hari, kita dipimpin oleh Roh yang menghuni kita secara dalaman.   

HASIL MUKTAMAD PENDISPENAN TUHAN

Inilah cara Tuhan menggenapi tujuan abadi-Nya. Tujuan-Nya bukan disempurnakan baik melalui ajaran mahupun melalui organisasi, tetapi melalui pendispenan-Nya sebagai Tuhan Tritunggal yang terproses ke dalam diri kita. 

Soalan Kajian: 

Roma 8: 9-11 menunjukkan kepada kita Tuhan Bapa, Anak dan Roh. Mengapakah Tuhan Tritunggal perlu melalui proses sedemikian?


Mesej 59: Amalan Kehidupan Tubuh
Mesej 61: Pendispenan Tuhan Tritunggal Menurut Keadilbenaran-Nya, Menerusi Kekudusan-Nya, dan Sehingga Membawa kepada Kemuliaan-Nya
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)