Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 55: Pelantiktentuan Melalui Roh Kudus
Mesej 54: Pelantiktentuan Melalui Kebangkitan
Mesej 56: Pelantiktentuan Melalui Roh Pembauran
Mesej 55: Pelantiktentuan Melalui Roh Kudus
2021-09-17 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PELANTIKTENTUAN MELALUI ROH KEKUDUSAN

Ayat-ayat Bible: Roma 1:1-4

Kajian-hayat: Mesej 55

Bacaan Bible: 

Roma 1:3-4 Berkenaan Anak-Nya yang dilahirkan daripada benih Daud menurut tubuh daging, Yang dilantik tentu sebagai Anak Tuhan dalam kudrat menurut Roh kekudusan daripada kebangkitan orang mati, Yesus Kristus, Tuan kita. 

Petikan Bacaan: 

Dalam mesej sebelum ini, kita telah melihat bahawa kita dilantik tentu sebagai para anak Tuhan melalui kebangkitan. Proses kebangkitan merangkumi pengudusan, transformasi, konformasi, dan pemuliaan. Pemuliaan ini juga ialah manifestasi kita. Ketujuh-tujuh butir ini berlaku melalui Roh itu dengan hayat. 

PENERAPAN TUHAN TRITUNGGAL

Dalam mesej ini, kita perlu melihat bahawa pelantiktentuan, kebangkitan, pengudusan, transformasi, konformasi, pemuliaan, dan manifestasi, semuanya direalisasikan melalui Roh kekudusan. Untuk memahami hal ini, kita perlu mengetahui bahawa ekonomi Tuhan ialah mendispenkan diri-Nya ke dalam manusia. Hakikat bahawa Tuhan adalah Tritunggal—Bapa, Anak, dan Roh—berkaitan dengan ekonomi-Nya, iaitu pendispenan diri-Nya ke dalam kita. Tuhan Bapa terjasad dalam Tuhan Anak, dan Tuhan Anak direalisasikan dalam Tuhan Roh dan ditransmisikan kepada kita untuk kita alami dan peroleh. Roh itu sebagai yang ketiga dalam Ketuhanan ialah Tuhan untuk kita realisasikan dan alami. Ini bermaksud bahawa penerapan Tuhan Tritunggal pada kita adalah melalui Roh Tuhan. Atas sebab ini, dalam pengalaman kita Tuhan Tritunggal ialah Roh itu. 

Arus elektrik ialah ilustrasi bagi Roh itu sebagai penerapan Tuhan Tritunggal. Tanpa arus elektrik, elektrik tidak dapat diterapkan. Arus elektrik ialah elektrik yang bergerak. Menurut prinsip yang sama, penerapan Tuhan Tritunggal pada kita ialah Roh itu. Roh itu ialah arus Tuhan Tritunggal untuk kita terapkan; Roh itu ialah Tuhan Tritunggal yang bergerak. 

KRISTUS IALAH ROH BERI-HAYAT

Wasiat Baru mewahikan bahawa Kristus, Tuhan yang berinkarnasi menjadi seorang manusia, mati di atas salib demi dosa-dosa kita, dibangkitkan daripada yang mati, naik ke syurga, serta dimuliakan dan ditabalkan sebagai Raja, Kepala, dan Tuan segala-gala. Kristus ini juga merupakan Roh beri-hayat. 

Semua butir objektif bagi siapanya Kristus dan apanya Kristus diiktiraf dan diajar oleh orang Kristian yang fundamental hari ini. Namun, perihal Kristus sebagai Roh beri-hayat terlampau diabaikan. Hal ini disebabkan kelicikan Syaitan. Seseorang boleh bercakap tentang apa itu elektrik, tetapi dia mungkin mengabaikan arus elektrik. Saya tidak tahu banyak tentang elektrik, tetapi dengan menerapkannya saya menikmati manfaatnya. Menurut prinsip yang sama, keperluan kita hari ini terutamanya bukan pengetahuan doktrin yang objektif; keperluan kita ialah pengalaman yang subjektif terhadap arus Tuhan Tritunggal.  

Syaitan, musuh Tuhan yang licik, mungkin membenarkan orang mengenali Kristus sebagai Anak Tuhan yang berinkarnasi menjadi seorang manusia, mati di atas salib untuk penebusan kita, bangkit dan naik ke syurga ke sebelah kanan Tuhan. Namun musuh membutakan percayawan terhadap kebenaran penting berkenaan Kristus sebagai Roh beri-hayat. Menurut 2 Korintus 3:17, Tuan ialah Roh itu, dan di mana sahaja Roh Tuan, di situlah kebebasan. Ayat 18 seterusnya berkata, “Tetapi kita semua dengan muka yang tidak diselubungi, seperti cermin menatap dan memantulkan kemuliaan Tuan, sedang ditransform menjadi imej yang sama daripada kemuliaan kepada kemuliaan, sebagaimana daripada Tuan Roh.” 

Butir ini juga diliputi dalam Roma 8. Dalam ayat 9 bab ini, Paulus berbicara tentang Roh Tuhan yang huni dalam kita. Kemudian dia berkata, “Namun, jika sesiapa tidak mempunyai Roh Kristus, dia bukan kepunyaan-Nya.” Hal ini jelas menunjukkan bahawa hari ini Roh Tuhan ialah Roh Kristus. Lebih-lebih lagi, ayat seterusnya berbicara tentang Kristus berada dalam kita. Hakikat bahawa istilah-istilah ini digunakan secara bersilih ganti menunjukkan bahawa Roh Tuhan ialah Roh Kristus dan bahawa Roh Kristus ialah Kristus sendiri. 

Kristus sebagai Roh beri-hayat berada dalam Roh kita. Roma 8:16 berkata, “Roh itu sendiri bersaksi bersama dengan roh kita.” Hal ini jelas mewahikan bahawa Roh Kudus adalah satu dengan roh insani kita yang dilahirukan. Sebagai Roh beri-hayat, Kristus hari ini ialah penerapan dan realisasi Tuhan Tritunggal. Lebih-lebih lagi, penerapan dan realisasi ini berada dalam roh kita. 

MENERAPKAN EELKTRIK SYURGAWI

Diri kita adalah seperti bangunan. Dalam bangunan ini Kristus sebagai elektrik syurgawi telah dipasang. Kita memuji Tuan kerana dalam bangunan ini, juruelektrik divin telah meletakkan satu suis—roh manusia. Roh kita boleh dibandingkan dengan suis yang kita gunakan untuk menerapkan elektrik syurgawi. Puji Tuan atas suis roh insani kita! Menggunakan suis ini ialah kunci mengalami Roh itu sebagai penerapan Tuhan Tritunggal. Dari semasa ke semasa, kita perlu mengingatkan diri bahawa Kristus sebagai realisasi Tuhan Tritunggal ialah Roh beri-hayat dalam roh kita. 

MENYERU NAMA TUAN 

Cara menggunakan suis ini diberi dalam 10:12. Ayat ini berkata, “Tuan yang sama ialah Tuan kepada semua dan kaya kepada semua yang menyeru-Nya.” Arus elektrik divin ini adalah kaya kepada semua yang “membuka suis”, dan cara untuk “membuka suis” ialah menyeru nama Tuan. Dengan menyeru Tuan, kita melatih roh kita. Sila ingat, 10:12 mengatakan bahawa Tuan adalah kaya kepada semua yang menyeru-Nya. Sungguh mudah!

Soalan Kajian: 

1. Dengan menggunakan ilustrasi elektrik dan arus elektrik, jelaskan bagaimana Kristus sebagai Roh beri-hayat ialah penerapan dan realisasi Tuhan Tritunggal. 

2. Kongsikan pengalaman anda dalam hal menerapkan elektrik syurgawi dengan menyeru nama Tuan.  


Mesej 54: Pelantiktentuan Melalui Kebangkitan
Mesej 56: Pelantiktentuan Melalui Roh Pembauran
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)