MELAYAN
DALAM INJIL ANAK-NYA
Ayat-ayat Bible: Roma
1:9, 3-4, 16
Kajian-hayat: Mesej
51
Bacaan Bible:
Roma 1:9 Kerana Tuhanlah saksiku, Dia yang aku layan
dalam rohku dalam injil Anak-Nya, bagaimana aku tidak henti-henti menyebut kamu
selalu dalam doaku.
Petikan
Bacaan:
Banyak orang Kristian menganggap
bahawa injil sekadar merupakan berita baik tentang bagaimana Kristus menjadi
Penyelamat untuk mati bagi pendosa-pendosa agar mereka dapat diampuni dan pergi
ke syurga pada suatu hari nanti. Akan tetapi, injil lebih kaya dan mendalam
daripada ini. Injil dalam 1:9 merangkumi seluruh buku Roma.
INJIL
DALAM BUKU ROMA
Dalam ayat yang pertama dalam buku
Roma, Paulus mengatakan bahawa sebagai abdi Kristus dan yang dipanggil, dia
telah “diasingkan kepada injil Tuhan”. Hal ini menunjukkan bahawa tujuan Paulus
menulis buku ini adalah untuk berbicara tentang injil; injil ialah tema Surat
ini.
DIJANJIKAN
DALAM WASIAT LAMA
Perkataan “injil” bermakna berita
baik, atau berita yang menggembirakan. Jika kita ingin memahami isi kandungan
injil sebagai berita baik, kita harus mengenali Wasiat Lama. Wasiat Lama bukan
sekadar catatan berkenaan penciptaan dan sejarah. Dalam Wasiat Lama, sesetengah
elemen penting yang berkaitan dengan injil diwahikan.
Elemen penting yang pertama didapati
dalam Kejadian 1:26; ayat ini memberitahu kita bahawa manusia dicipta menurut
imej Tuhan. Imej Tuhan ialah sebahagian daripada isi kandungan injil. Betapa
ajaibnya kita manusia tanah liat dapat mempunyai imej Tuhan! Betapa
mengagumkannya berita baik ini! Hal kedua yang berkaitan dengan injil didapati
dalam Kejadian 2. Di sini kita melihat bahawa manusia yang dicipta Tuhan
diletakkan di hadapan pohon hayat.
Dalam Kejadian 3, ular menyusup masuk
untuk menggoda manusia makan pohon pengetahuan baik dan jahat. Akan tetapi, bab
ini juga memberitahu kita berita baik. Ayat 15 mengatakan bahawa benih perempuan
akan mencederakan kepala ular. Meskipun ular telah menyusup masuk, namun ayat
ini bernubuat bahawa benih perempuan akan datang untuk menanggulangi ular.
BERKENAAN
SEORANG PERSONA YANG AJAIB
Dalam 1:3, Paulus mengatakan bahawa
injil adalah berkenaan Anak Tuhan, Yesus Kristus Tuan kita. Injil terutamanya
bukan untuk mengampunkan dosa-dosa atau menyelamatkan jiwa atau menyelamatkan
pendosa untuk pergi ke syurga. Injil ialah Persona Kristus, Anak Tuhan. Injil
bukan suatu doktrin atau ajaran atau agama. Injil merupakan seorang Persona
yang ajaib.
Persona yang ajaib ini mempunyai dua
sifat, yakni sifat divin dan sifat insani. Melalui inkarnasi, Anak Tuhan
menjadi seorang manusia, yakni keturunan Daud menurut tubuh daging. Ayat 4
mengatakan bahawa Dia “dilantik tentu sebagai Anak Tuhan dalam kudrat menurut
Roh kekudusan daripada kebangkitan orang mati”. Melalui inkarnasi, Kristus
sebagai Anak Tuhan telah menjadi seorang manusia dalam tubuh daging, tetapi
melalui kebangkitan, sebagai seorang manusia dalam tubuh daging, Dia dilantik
tentu sebagai Anak Tuhan menurut Roh kekudusan.
Kristus dilantik tentu sebagai Anak
Tuhan menurut Roh kekudusan adalah berbeza daripada hakikat bahawa Dia merupakan
Anak Tuhan dalam keabadian. Sebagai Anak Tuhan yang abadi, Dia tidak mempunyai
sifat insani. Akan tetapi, perihal Dia dilantik tentu sebagai Anak Tuhan dalam
kebangkitan amat berkaitan dengan sifat insani-Nya. Yesus Kristus, yakni
seorang manusia dalam tubuh daging, dilantik tentu sebagai Anak Tuhan. Mesej
utama dalam buku Roma ialah orang yang berdosa dan bersifat tubuh daging
dijadikan para anak Tuhan dan dikonform kepada imej Anak Tuhan.
ANAK
YANG BANYAK DIKONFORM KEPADA IMEJ KRISTUS
Tiga bab yang pertama bagi buku Roma mewahikan
keberdosaan kita; bab empat mewahikan justifikasi kita. Bab lapan mewahikan
bahawa kita dikonform kepada imej Kristus, yakni Yang Sulung dalam kalangan
dikbang yang banyak. Kristus dilantik tentu sebagai Anak Tuhan, dan kita juga
dilantik tentu sebagai anak Tuhan yang banyak. Inilah butir utama injil.
Dalam bab satu terdapat model, teladan, manakala dalam
bab lapan terdapat penghasilan besar-besaran. Dalam bab satu terdapat seorang
Persona dalam tubuh daging yang dilantik tentu sebagai Anak Tuhan; akan tetapi,
dalam bab lapan terdapat banyak orang dalam tubuh daging yang dilantik tentu
sebagai para anak Tuhan. Oleh itu, akhirnya Anak Tuhan akan menjadi Yang
Sulung, Dikbang sulung, dalam kalangan dikbang yang banyak.
KUDRAT
TUHAN
Dalam 1:16, Paulus
mengatakan bahawa injil ialah kudrat Tuhan. Injil begitu berkudrat kerana
keadilbenaran Tuhan diwahikan dalamnya. Pada suatu hari, saya melihat bahawa
saya diselamatkan bukan hanya kerana kasih Tuhan dan kerana kurnia Tuhan,
tetapi kerana keadilbenaran Tuhan. Saya boleh berkata kepada Tuan dengan yakin,
“Tuan, tidak kira sama ada Engkau berasa gembira dengan aku atau tidak, Engkau terikat
dengan keadilbenaran-Mu untuk menyelamatkan aku. Biarpun Engkau tidak mengasihi
aku, Engkau tetap harus menyelamatkan aku kerana Engkau adalah adilbenar.
Kasih-Mu abadi, tetapi asas penyelamatanku bukan kasih-Mu. Asas penyelamatanku
ialah keadilbenaran-Mu.” Haleluya, inilah kudrat injil! Oleh sebab Tuhan
adilbenar, Dia terikat untuk mengampuni kita jika kita datang kepada-Nya
menerusi Kristus, tidak kira apa perasaan-Nya terhadap kita.
Soalan Kajian:
1. Selepas membaca mesej ini, huraikan apa yang anda
faham berkenaan “injil”.
2. Injil Tuhan berkudrat untuk menyelamatkan orang
kerana injil Tuhan mewahikan keadilbenaran Tuhan. Berdasarkan kenyataan ini,
jelaskan asas penyelamatan kita.