Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 5: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (3)
Mesej 4: Pengenalan Kepada Hayat Dan Pembinaan (2)
Mesej 6: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (4)
Mesej 5: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (3)
2022-01-04 | 0 Komen
A- A+ Simpan

                                                        PENGENALAN KEPADA HAYAT DAN PEMBINAAN (3)


Kajian-hayat: Mesej 4


Ayat-ayat Bible: Yoh. 1: 19-51


Bacaan Bible:

Yoh. 1:29 Pada keesokan hari, Yohanes nampak Yesus datang kepadanya, dan dia berkata, Lihatlah, Anak Domba Tuhan yang menghapuskan dosa dunia!

  

Petikan Bacaan:

YESUS SEBAGAI ANAK DOMBA TUHAN, BERSAMA-SAMA ROH SEBAGAI BURUNG MERPATI,

MENGHASILKAN BATU-BATU BAGI PEMBINAAN TUHAN 

        Subjek utama bahagian ini ialah Yesus sebagai Anak Domba Tuhan, bersama-sama Roh Kudus sebagai burung merpati, menjadikan percayawan batu-batu bagi pembinaan rumah Tuhan, dengan menggunakan Anak Manusia. Subjek ini merangkumi 5 butir utama: Anak Domba Tuhan, burung merpati, batu-batu, pembinaan rumah Tuhan, dan Anak Manusia. Anak Domba adalah untuk penebusan. Burung merpati pula adalah untuk menyalurkan hayat, mentransform, dan membina. Batu adalah bahan, manakala rumah adalah pembinaan. Manusia pula adalah unsur asas pembinaan Tuhan. Mula-mulanya, manusia ditebus oleh Anak Domba. Kemudian, dia dilahirukan dan ditransform oleh burung merpati. Dengan demikian, manusia menjadi batu, dan batu ini kemudiannya dibina oleh burung merpati. Burung merpati bukan sahaja melahirukan, tetapi juga mentransform dan menyatupadukan. Hasilnya ialah pembinaan rumah Tuhan.

        Inti pati dan unsur asas rumah Tuhan ialah keinsanan dan bukannya kedivinan. Kedivinan merupakan penghuni manakala keinsanan adalah tempat huni.  Namun, keinsanan ini bukan keinsanan yang alamiah atau keinsanan yang dicipta; keinsanan ini ialah keinsanan yang dilahirukan, ditransform, dan yang dipertinggi, iaitu keinsanan yang telah melalui proses penciptaan, inkarnasi, penyaliban, kebangkitan, dan kenaikan ke syurga. Keinsanan yang telah melalui proses yang sungguh ajaib ini menjadi unsur asas pembinaan Tuhan. Keinsanan sedemikian ialah tempat huni Tuhan.

Orang Agamawi Mengharapkan Seorang Pemimpin Agung 

        Jika kamu membaca Injil Yohanes dari mula hingga akhir, kamu akan mendapati bahawa tentangan paling hebat terhadap Kristus berpunca daripada agama. Selain agama Yahudi, tidak ada apa-apa yang begitu mengganggu dan menyusahkan-Nya. Agama ialah musuh Kristus. Agama menghambat Kristus daripada menjadi hayat. 

        Konsep agamawi adalah konsep yang sentiasa mengharapkan seorang yang agung seperti Mesias atau penyabda yang agung seperti Elia. Orang agamawi sentiasa berfikir bahawa seorang pemimpin agung akan melakukan perkara hebat dan mukjizat yang ajaib untuk menyelamatkan mereka. Oleh itu, pemimpin orang Yahudi mengutus orang untuk bertanya kepada Yohanes Pembaptis sama ada dia Mesias atau bukan. Sudah tentu Yohanes menjawab, “Bukan.” Kemudian mereka bertanya sama ada dia ialah Elia atau bukan. Sekali lagi dia menjawab, “Bukan.” Prinsip yang sama masih wujud dalam situasi keagamaan hari ini. Orang di serata tempat mengharapkan penginjil yang terkenal di seluruh dunia. Orang agamawi hari ini, seperti orang Farisi, katib, dan hentar agung, tidak menitikberatkan hayat; mereka menitikberatkan gerakan hebat dan pemimpin yang agung. Walaupun mereka menantikan seorang pemimpin agamawi yang agung dan yang akan menggerakkan mereka, namun sesudah pemimpin sedemikian datang dan pergi bersilih ganti, mereka masih lagi berada dalam keadaan yang mati. 

       Kita telah melihat bahawa golongan agamawi mengharapkan pemimpin agung dan mereka bertanya kepada Yohanes Pembaptis sama ada dialah Mesias, Elia, atau penyabda itu. Setelah Yohanes berulang kali menjawab, “Bukan,” mereka akhirnya bertanya kepadanya, “Siapakah kamu? Apa kata kamu tentang dirimu sendiri?” Yohanes menjawab, “Akulah suara orang yang berteriak di gurun tandus.” Apakah itu suara? Suara tidak terbilang apa-apa. Sesudah kamu mendengarnya, suara itu lenyap. Kamu tidak dapat menyentuhnya. Yohanes seolah. olah berkata, “Saya bukan apa-apa. Saya bukan sesiapa. Saya hanyalah suatu suara. Saya bukan Mesias, bukan Elia, dan bukan penyabda itu.” Golongan agamawi itu pun kecewa akannya. Bagaimanakah mereka menjawab orang yang mengutus mereka? Ya, bagi agama, hayat adalah karut. 

Yesus Diperkenalkan sebagai Anak Domba Menghapuskan Dosa Manusia

        Apabila Yohanes nampak Yesus datang, apakah yang dikatanya? Dia tidak berkata, “Lihatlah, Dr. Yesus Kristus.” Dia berkata, “Lihatlah, Anak Domba Tuhan.” Orang agamawi mengharapkan seorang pemimpin agung, tetapi Yohanes Pembaptis memperkenalkan Yesus sebagai Anak Domba Tuhan yang kecil. Yesus tidak datang untuk menjadi pemimpin agung yang mengadakan gerakan keagamaan; Dia datang untuk menjadi Anak Domba Tuhan yang kecil untuk menghapuskan dosa dunia. Ini bukan soal gerakan tetapi soal penebusan, soal menyelesaikan masalah dosa manusia sejagat. Kita tidak memerlukan doktor falsafah dalam teologi atau pemimpin agamawi untuk menghapuskan dosa kita —kita memerlukan Anak Domba yang kecil. Kita memerlukan Yesus sebacai Anak Domba Tuhan untuk mati bagi kita dan mengalirkan darahNya untuk menebus kita. Situasi hari ini adalah sama seperti zaman Yohanes Pembaptis. Agama masih menantikan seorang pemimpin agung yang akan membawa gerakan hebat. Akan tetapi, dalam ekonomi Tuhan, Yesus bukan pemimpin sedemikian. Dia hanyalah Anak Domba Tuhan. Semasa kamu membaca mesej ini, kamu perlu berkata, “Tuan Yesus, bagiku, Engkau bukan pemimpin agung. Engkau Anak Domba Tuhan yang mati di atas salib bagi dosaku. Tuan, aku bersyukur atas kematian-Mu. Aku bersyukur atas darah-Mu, dan atas penebusan-Mu. Aku tidak peduli akan pemimpin agung. Aku hanya ambil kisah akan Anak Domba kecil ini yang menyempurnakan penebusan bagiku.”

Kesimpulan

        Kita harus meninggalkan semua konsep agamawi dan menerima konsep divin. Konsep divin ini ialah Kristus, Anak Domba itu, bersama-sama burung merpati, iaitu Penebus bersama-sama Roh itu. Kristus ialah Penebus; Dia berserta Roh itu menjadi kudrat yang melahirukan, mentransform, dan yang menyatupadukan. Roh Kristus akan melahirukan, mentransform, dan menyatupadukan kita dengan Tuhan dan juga dengan satu sama lain. Kita haruslah melupakan konsep agamawi, iaitu cuba berbuat baik supaya diperkenan Tuhan dan juga cuba membuat sesuatu untuk Tuhan. Kita harus melihat bahawa hasrat Tuhan ialah melahirukan kita dan mentransform kita menjadi batu-batu, iaitu mengubah kita daripada Simon menjadi Kefas. Semua yang tertawan oleh Anak Domba Tuhan bersama-sama burung merpati akan ditransform menjadi batu-batu untuk rumah Tuhan. Kita harus mempunyai visi bahawa apa yang kita perlukan ialah ditransform dan dibina bersama menjadi rumah yang dihasratkan Tuhan. Inilah yang dicari-cari Tuhan dan Dia akan melaksanakannya melalui Anak-Nya yang menjadi Anak Manusia, iaitu tangga syurgawi yang menghubungkan bumi dengan syurga. Hasil muktamad ialah Tuhan dibaurkan dengan manusia supaya Tuhan dan manusia menjadi tempat saling huni. Manusia akan m enjadi kediaman-Nya, dan Dia akan menjadi kediaman manusia —inilah kediaman Tuhan yang abadi menurut rancangan abadi-Nya.

Mesej 4: Pengenalan Kepada Hayat Dan Pembinaan (2)
Mesej 6: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (4)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)