Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 5: Justifikasi Menurut Cara Tuhan
Mesej 4: Kehampaan Agama dan Keadaan yang Sama Sekali Tidak Berharapan
Mesej 6: Teladan Justifikasi
Mesej 5: Justifikasi Menurut Cara Tuhan
2021-03-26 | 0 Komen
A- A+ Simpan

JUSTIFIKASI MENURUT CARA TUHAN

Ayat-ayat Bible: Roma 3:21- 5:11

Kajian-hayat: Mesej 5

Bacaan Bible:

Roma 3:21 Tetapi sekarang, di luar hukum, keadilbenaran Tuhan telah dimanifestasikan, dengan dipersaksikan oleh Hukum dan Penyabda. 

Roma 3:24 Tetapi dijustifikasikan dengan percuma melalui kurnia-Nya menerusi penebusan yang ada dalam Kristus Yesus. 

Petikan Bacaan: 

    Sekarang, kita sampai kepada bahagian tentang justifikasi; bahagian ini merupakan doktrin yang paling penting (Roma 3:21-5:11). Dalam bacaan hari ini, kita akan melihat hubungan antara justifikasi dengan propisiasi, penebusan, dan pendamaian. 

KEADILBENARAN TUHAN TELAH DIMANIFESTASIKAN

    Apa itu justifikasi? Justifikasi bermaksud keadilbenaran Tuhan telah dimanifestasikan. Walaupun keadilbenaran Tuhan telah pun wujud berzaman-zaman lamanya, namun keadilbenaran itu belum lagi dimanifestasikan kepada kita sehinggalah kita percaya kepada Tuan dan menyeru nama-Nya. Roma 1:17 mengatakan bahawa keadilbenaran Tuhan dinyatakan dalam injil daripada iktikad kita dan kepada iktikad kita. Selepas itu, Roma 3:21 mengatakan bahawa keadilbenaran telah dimanifestasikan di luar hukum. 

    Keadilbenaran Tuhan dimanifestasikan di luar hukum bererti keadilbenaran Tuhan langsung tidak ada kena-mengena dengan hukum. Jangan sekali-kali mencampuradukkan keadilbenaran Tuhan dengan hukum. Kedua-duanya harus diasingkan. Keadilbenaran Tuhan langsung tidak berkaitan dengan hukum. Kita sama sekali tidak dapat pergi kepada hukum untuk beroleh keadilbenaran Tuhan. Dari segi keadilbenaran Tuhan, hukum sudah berlalu. Hukum merupakan kala zaman lama. 

    Sekarang tanpa hukum dan di luar hukum, keadilbenaran Tuhan dimanifestasikan menerusi iktikad Yesus Kristus. Kepercayaan sejati bererti percaya kepada Tuan Yesus melalui iktikad-Nya. Kita percaya kepada Yesus Kristus melalui iktikad-Nya kerana kita sendiri tidak mempunyai iktikad. Yesus ialah Pengasas dan Penyempurna iktikad kita (Ibr. 12:2). Galatia 2:20 mengatakan bahawa kita hidup melalui iktikad Anak Tuhan. Saya tidak hidup melalui iktikad saya kerana saya sendiri tidak mempunyai iktikad; sebaliknya, saya hidup melalui iktikad Anak Tuhan yang hidup; Dia mempunyai iktikad, malah Dia sendiri ialah iktikad saya. 

PENEBUSAN KRISTUS

    Jika kita membaca Wasiat Baru dengan tetili, kita akan mendapati bahawa terdapat perbezaan antara propisiasi dengan pendamaian. Propisiasi bermaksud kamu mempunyai masalah dengan orang lain. Sama ada kamu telah berbuat salah terhadapnya ataupun kamu berhutang kepadanya. Disebabkan masalah atau hutang ini, orang tersebut membuat tuntutan ke atas kamu; melainkan tuntutan dia itu dipenuhi, masalah antara kita tidak dapat diselesaikan. Oleh itu, keadaan ini memerlukan propisiasi.  

    Masalah menjadi musuh lebih serius daripada masalah yang memerlukan propisiasi. Jika saya musuh kamu, sekadar mempunyai propisiasi tidak memadai. Pendosa memerlukan propisiasi, manakala musuh memerlukan pendamaian. Sewaktu kita menjadi musuh Tuhan, kita bukan sahaja memerlukan propisiasi, tetapi juga pendamaian. Sebelum kita diselamatkan, kita ialah pendosa dan juga musuh. Sebagai pendosa, kita memerlukan propisiasi; sebagai musuh pula, kita memerlukan pendamaian. Propisiasi adalah untuk dosa; pendamaian pula adalah untuk dosa dan juga permusuhan. 

    Apakah perbezaan antara propisiasi dan penebusan? Perkataan “tebus” bermaksud membeli semula sesuatu yang asalnya kepunyaan kamu tetapi kemudiannya hilang. Penebusan bermaksud memiliki sesuatu semula dengan harga tertentu. Kita asalnya kepunyaan Tuhan. Kitalah harta-Nya. Akan tetapi, kita menjadi sesat. Biarpun begitu, Tuhan tidak melepaskan kita. Dia membayar harga untuk mendapatkan kita kembali dan memperoleh kita semula pada harga yang amat tinggi. Inilah penebusan. 

Soalan-soalan Kajian: 

1. Keadilbenaran Tuhan dimanifestasikan di luar hukum. Sila dalami butir ini. (Sila rujuk KH Roma, Mesej 5, m.s. 63-64, Roma 3:20-22 serta nota kaki)

2. Propisiasi bukan sekadar suatu tindakan, tetapi juga satu tempat. Sila jelaskan fakta ini. (Sila rujuk KH Roma, Mesej 5, m.s. 66-68, nota kaki bagi Roma 3:25, Kel. 25:16-22)







Mesej 4: Kehampaan Agama dan Keadaan yang Sama Sekali Tidak Berharapan
Mesej 6: Teladan Justifikasi
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)