Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 49: Meraja Dalam Hayat Atas Syaitan
Mesej 48: Meraja Dalam Hayat Dalam Maut
Mesej 50: Tubuh Daging Dan Roh
Mesej 49: Meraja Dalam Hayat Atas Syaitan
2021-08-27 | 0 Komen
A- A+ Simpan

MERAJA DALAM HAYAT ATAS SYAITAN

Ayat-ayat Bible: Roma 7:18, 16:20

Kajian-hayat: Mesej 49

Bacaan Bible: 

Roma 16:20 Sekarang Tuhan damai sejahtera akan menghancurkan Syaitan di bawah kaki kamu tidak lama lagi. Kurnia Tuan kita, Yesus, menyertai kamu. 

Petikan Bacaan: 

MERAJA DALAM HAYAT ATAS SYAITAN

Meraja dalam hayat bererti menundukkan tiga musuh utama: Syaitan, dosa, dan maut. Dalam mesej ini, kita akan mempertimbangkan perihal meraja dalam hayat atas Syaitan. 

SYAITAN, DOSA, DAN TUBUH DAGING

Syaitan ialah punca dosa. Seperti yang telah kita tunjukkan beberapa kali, dosa ialah sifat Syaitan yang disuntikkan ke dalam manusia. Dalam tubuh daging kita, kita bersatu dengan Syaitan kerana tubuh daging ialah tempat huni Syaitan dalam manusia. Menurut prinsip yang sama, roh kita ialah tempat huni Tuan dalam kita. Orang yang diselamatkan agak rumit kerana Syaitan sebagai dosa berada dalam tubuh dagingnya dan Tuan sebagai Roh beri-hayat berada dalam rohnya. 

Disebabkan Syaitan ialah punca dosa dan maut, maka dia ialah musuh terbesar antara semua musuh. Tidaklah memadai sekadar meraja atas dosa dan maut tanpa menundukkan Syaitan. Kita juga harus mengalahkan punca dosa dan maut. Kemudian barulah kita benar-benar dapat meraja dalam hayat. 

PERKARA HAYAT DAN TUBUH

Peperangan rohani bukan perkara individu, tetapi perkara Tubuh. Syaitan ialah musuh Tubuh. Oleh itu, untuk jayeng atasnya, kita perlu berdiri bersama dengan Tubuh. Kita bukan sahaja melihat Tubuh, tetapi juga melihat kedudukan hayat divin dalam menanggulangi musuh Tuhan. Hayat sebenarnya ialah Tuhan Tritunggal yang didispenkan ke dalam kita untuk menjadi isi kandungan kita. Menurut buku Roma, hayat dan Tubuh adalah satu; kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Sekiranya tidak ada hayat, maka tidak ada Tubuh. Hayat ialah isi kandungan, dan Tubuh ialah ekspresi. 

SYAITAN DIHANCURKAN DI BAWAH KAKI KITA

Dalam Roma 16:20 Paulus berkata, “Sekarang Tuhan damai sejahtera akan menghancurkan Syaitan di bawah kaki kamu tidak lama lagi.” Perkataan Yunani yang diterjemahkan sebagai “kamu” dalam ayat ini adalah jamak; ini merujuk kepada Tubuh. Tuhan akan menghancurkan Syaitan di bawah kaki Tubuh. Syaitan hanya dapat dihancurkan di bawah kaki ekspresi Tubuh yang praktikal dalam gereja-gereja lokal. 

Ekspresi Tubuh yang praktikal ini hanya mungkin dihasilkan menerusi hayat divin. Kita mungkin mempunyai pengalaman penebusan dan penyelamatan, tetapi jika kita tidak mengalami hayat divin, mustahil untuk mempunyai ekspresi Tubuh Kristus yang praktikal. Tubuh Kristus dibina dengan Kristus sebagai hayat. Syaitan diatasi oleh hayat dan oleh Tubuh. 

ROH YANG DILAHIRKAN SEMULA MENJAGA KITA

       Satu Yohanes 5:4 berkata, “Kerana segala yang diperanakkan daripada Tuhan jayeng atas dunia.” Ayat ini bukan mengatakan “sesiapa sahaja”, yang merujuk kepada seseorang, tetapi mengatakan “segala”, yang merujuk kepada sesuatu benda. Sekiranya kita memahami 1 Yohanes 5:4 menurut cahaya Yohanes 3:6, kita akan sedar bahawa apa yang dilahirkan daripada Tuhan ialah roh manusia. Yohanes 3:6 berkata, “Yang dilahirkan daripada Roh itu ialah roh.” Oleh itu, 1 Yohanes 5:4 merujuk kepada roh kita yang dilahirukan. Roh yang dilahirkan semula itulah yang tidak berbuat dosa, dan roh yang dilahirkan semula itulah yang jayeng atas dunia. 

       Satu Yohanes 5:18 berkata, “Kita mengerti bahawa setiap orang yang diperanakkan daripada Tuhan tidak berbuat dosa, tetapi dia yang diperanakkan daripada Tuhan menjaga dirinya, dan yang jahat itu tidak menyentuhnya.” Ada sesuatu dalam saya yang lahir daripada Tuhan yang menjaga saya. Semua percayawan mempunyai sesuatu dalam mereka yang dilahirkan daripada Tuhan. 

PERLINDUNGAN KITA DARIPADA YANG JAHAT ITU

Ayat ini juga berkata, “Yang jahat itu tidak menyentuhnya.” Asalkan kita dijaga oleh yang dilahirkan daripada Tuhan, maka yang jahat itu tidak menyentuh kita. Kita dilindungi. Perlindungan kita daripada yang jahat itu ialah bahagian dalam kita yang dilahirkan daripada Tuhan. Seperti yang telah kita tunjukkan, roh insani kitalah yang telah dilahirkan daripada Tuhan, lahir daripada Roh Kudus. 

Oleh itu, roh kamu ialah tempat perlindungan, menara tinggi. Hayat yang dalamnya dan dengannya kita jayeng atas Syaitan kini berada dalam roh kita yang dilahirukan. Asalkan kita kekal berada dalam roh kita yang dilahirukan, Syaitan, yang jahat itu, tidak dapat menyentuh kita. 

DIBINA DALAM TUBUH

       Selanjutnya, apabila kita tinggal dalam roh, kita dibina dalam Tubuh secara praktikal. Dalam roh, kita bukan sahaja mengalami Kristus sebagai hayat, tetapi juga Tubuh. Dalam roh, Kristus ialah hayat kita secara peribadi dan juga hayat Tubuh. Oleh itu, dalam roh menerusi hayat divin dan menerusi Tubuh Kristus, Syaitan diatasi bahkan dihancurkan di bawah kaki kita. Dia dikalahkan bukan oleh individu, tetapi oleh Tubuh. 

       Jangan sekali-kali abaikan roh kamu yang telah dilahirukan, iaitu menara tinggi dalam kamu tempat kamu bersembunyi daripada Syaitan. Setiap kali kamu tergoda untuk bertengkar dengan isteri atau suami kamu, kamu harus lari ke dalam menara ini. Kita harus melarikan diri ke dalam menara tinggi roh kita yang dilahirkan semula, tempat Syaitan tidak dapat menyentuh kita, tempat kita menikmati Kristus sebagai hayat kita dan mengalami realiti Tubuh. Apabila kita berada dalam tempat seperti itu, Syaitan tidak dapat berbuat apa-apa terhadap kita. 

       Tidak sukar untuk masuk ke dalam menara tinggi roh kita. Kita hanya perlu menyeru nama Tuan Yesus. Asalkan kita berada dalam roh, kita akan menang atas Syaitan. Dia ditundukkan bahkan dihancurkan di bawah kaki kita, dan kita meraja atasnya dalam Kristus sebagai hayat kita. Semoga kita semua berlatih tinggal dalam menara tinggi roh kita yang dilahirkan semula.

Soalan Kajian: 

1. Jayeng atas Syaitan adalah perkara hayat dan tubuh. Huraikan kenyataan ini.  

2. Kaitkan 1 Yohanes 5:4, Yohanes 3:6, dan 1 Yohanes 5:18 dengan hal meraja dalam hayat atas Syaitan bersama dengan pengalaman subjektif anda dalam hal ini. 


Mesej 48: Meraja Dalam Hayat Dalam Maut
Mesej 50: Tubuh Daging Dan Roh
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)