Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 47: Hayat Diproses Demi Pelipatgandaan (3)
Mesej 46: Hayat Diproses Demi Pelipatgandaan (2)
Mesej 48: Hayat Diproses Demi Pelipatgandaan (4)
Mesej 47: Hayat Diproses Demi Pelipatgandaan (3)
2022-07-29 | 0 Komen
A- A+ Simpan

HAYAT DIPROSES DEMI PELIPATGANDAAN (3)

Ayat-ayat Bible: Yoh. 20:1-3 

Kajian-hayat: Mesej 44

Petikan Bacaan:     

BANGKIT DALAM KEMULIAAN DIVIN

Kita telah melihat bagaimana hayat melalui proses kematian dan kebangkitan demi pelipatgandaan. Selepas diperiksa, dijatuhkan hukuman, dan diuji oleh kematian, Dia berehat dalam kehormatan insani. Kemudian, selepas menempuh bahagian kematian dalam proses ini, Kristus bangkit dalam kemuliaan divin (20:1-13, 17).    

“Pada Hari Pertama Minggu Itu”

Tuan bangkit “pada hari pertama minggu itu” (20:1). Hari ini merupakan hari terbesar dalam Bible. “Hari pertama minggu itu” bererti permulaan baru. Satu minggu mempunyai jangka masa selama tujuh hari, dan hari pertama bererti permulaan baru. 

Hari kebangkitan-Nya ini telah ditetapkan Tuhan. Mazmur 118:24 berkata, “Inilah hari yang ditentukan Yehova...” Sekiranya kita membaca ayat ini berdasarkan konteksnya, kita akan melihat bahawa hari itu merujuk kepada hari kebangkitan Tuan. Hari kebangkitan Tuan telah dinubuatkan sebagai “hari ini” dalam Mazmur 2:7 yang dipetik dalam Kisah Para Dutus 13:33 dan Ibrani 1:5. Semasa Tuan Yesus masih berjalan di atas bumi, Dia menubuatkan bahawa Dia akan disalibkan dan akan bangkit daripada yang mati pada hari ketiga (Mat. 16:21; Yoh. 2:19, 22). Kemudian, hari ini dipanggil oleh orang Krisitian yang awal sebagai “Hari Tuan” (Wahi 1:10). Betapa indahnya hari ini! 

Sebagai “Buah Sulung” dalam “Kebangkitan”

Kristus bangkit sebagai “buah sulung” dalam “kebangkitan” (1 Kor. 15:20-23). Dalam kebangkitan, Dia diperanakkan sebagai Anak sulung Tuhan. Sebagai satu-satunya Anak tunggal Tuhan, Dia tidak perlu diperanakkan; namun, supaya Anak tunggal menjadi Anak sulung, Dia perlu dilahirkan dalam kebangkitan (Kis. 13:33; Ibr. 1:5). Pada hari kebangkitan-Nya, Kristus dilahirkan sebagai Anak sulung Tuhan. 

Meninggalkan Ciptaan Lama di Dalam Kubur

Setelah Tuan Yesus bangkit, Dia meninggalkan ciptaan lama di dalam kubur (20:1-10). Sebelum tubuh Yesus dikebumikan, tubuh-Nya dibalut dengan kain linen (19:40). Ini bermakna bahawa Dia masuk ke dalam kubur dengan membawa benda kepunyaan ciptaan lama; hal ini menunjukkan bahawa ciptaan lama dibawa ke dalam kubur melalui pengebumian-Nya. Dia disalibkan bersama dengan ciptaan lama dan dikebumikan bersama dengannya. Akan tetapi, Dia bangkit daripada ciptaan lama, meninggalkan ciptaan lama di dalam kubur dan menjadi buah sulung dalam ciptaan baru. 

Di mata Tuhan, seluruh ciptaan lama telah dikebumikan di dalam kubur itu. Hal ini adalah hakikat yang menakjubkan, tidak kira kamu percaya atau tidak. Ciptaan lama, termasuk manusia lama kamu dan diri lama kamu, telah dikebumikan di dalam kubur bersama dengan Yesus dan ditinggalkan di situ. 

Kain linen dan sapu tangan ditinggalkan di dalam kubur secara kemas (ay. 7). Siapakah yang menanggalkan kain linen dan sapu tangan dari tubuh Tuan Yesus, dan siapakah yang dapat melipat sapu tangan itu dan meninggalkannya secara kemas? Perkara ini bukan dilakukan oleh malaikat tetapi dilakukan oleh Tuan Yesus sendiri. Tuan Yesus ialah Yang bangkit itu, bukan yang dibangkitkan. Dia bangkit dengan sendiri dan tidak memerlukan yang menanggalkan kain balut, ini bermakna bahawa Tuan tidak berupaya bangkit daripada yang mati dengan sendiri. 

Saya percaya bahawa pada masa tertentu Tuan pernah berkata kepada maut, “Maut, waktu engkau sudah berlalu. Sekarang Aku akan bangkit, berjalan keluar dari lingkungan engkau, tanggalkan kain balut dari tubuh-Ku, letakkan semua benda secara kemas, dan tinggalkan semuanya di dalam kubur sebagai kesaksian bahawa Aku telah membangkitkan diri-Ku dari kalangan yang mati.” Kemudian, Tuan mengucapkan selamat tinggal kepada maut lalu beredar. Tuan tidak bertindak tergesa-gesa. Tidak, Tuan amat tenang dan tenteram. Dia mungkin memerhatikan maut dan mendapati bahawa maut tidak terdaya untuk melakukan apa-apa kepada-Nya. Meskipun maut cuba sedaya upaya untuk menahan-Nya, namun hal ini tidak  mungkin berlaku. Dengan tenang sekali, Tuan menanggalkan kain balut, melipat sapu tangan, dan meletakkan semuanya secara kemas. Maut memerhatikan-Nya semasa Dia melakukan hal ini dengan mudah. Dia tidak takut dan tidak ada apa-apa yang dapat menakutkan-Nya. Dia mungkin berkata, “Maut, Aku telah menyelesaikan misi-Ku. Sekarang, tibalah masanya bagi Aku melangkah keluar dari lingkungan engkau.” Inilah situasi sebenar ketika Tuan bangkit daripada yang mati.  

Kesaksian tentang kebangkitan Tuan adalah dari dua aspek—aspek manusia dan aspek malaikat. Sebagaimana yang telah kita lihat, segala benda yang digunakan untuk membalut Tuan telah dipersembahkan kepada Tuan oleh dua orang disipal yang terhormat. Akhirnya, apa yang dibekalkan oleh mereka kepada Tuan atas kasih mereka terhadap-Nya telah menjadi kesaksian yang kukuh dan nyata berkenaan kebangkitan-Nya. Inilah kesaksian dari aspek manusia. Kemudian, kita melihat bahawa Tuhan mengutus dua malaikat untuk menjadi kesaksian dari syurga. Justeru, terdapat dua aspek kesaksian tentang kebangkitan Tuan, yakni aspek manusia yang berada di bumi, dan aspek yang satu lagi, iaitu aspek malaikat yang berada di syurga. Puji Tuan kerana baik manusia mahupun malaikat, baik bumi mahupun syurga, adalah kesaksian bagi kebangkitan Tuan Yesus. 


Mesej 46: Hayat Diproses Demi Pelipatgandaan (2)
Mesej 48: Hayat Diproses Demi Pelipatgandaan (4)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)