Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 45: Hayat Diproses Demi Pelipatgandaan (1)
Mesej 44: Doa Hayat (4)
Mesej 46: Hayat Diproses Demi Pelipatgandaan (2)
Mesej 45: Hayat Diproses Demi Pelipatgandaan (1)
2022-06-20 | 0 Komen
A- A+ Simpan

HAYAT DIPROSES DEMI PELIPATGANDAAN (1)

Ayat-ayat Bible: Yoh. 18—19

Kajian-hayat: Mesej 42

Petikan Bacaan:    

Saya menghargai tajuk mesej ini—“Hayat Diproses demi Pelipatgandaan”. Saya suka akan perkataan “diproses” dan “pelipatgandaan”. Yohanes 18 hingga 21 mewahikan bahawa hayat telah melalui suatu proses agar hayat ini dapat dilipatgandakan. Sebiji gandum telah dilipatgandakan menjadi banyak biji (12:24). Satu-satunya Anak tunggal telah dilipatgandakan untuk menjadi banyak anak. Apabila kita sampai ke bab dua puluh, kita akan melihat bahawa satu-satunya Anak tunggal yang unik telah menghasilkan banyak dikbang dalam kebangkitan-Nya dan dikbang yang banyak ini ialah pelipatgandaan-Nya. Bagaimanakah Tuan beroleh pelipatgandaan ini? Hanyalah dengan melalui proses kematian dan kebangkitan. 

MENYERAHKAN DIRI SECARA SUKARELA DENGAN BERANI UNTUK DIPROSES

Tuan menyerahkan diri secara sukarela dengan berani untuk diproses (18:1-11).  

Pergi ke Taman 

Dalam mesej-Nya yang panjang lebar yang dicatat dalam Yohanes 14 hingga 16, Dia menjadikan proses itu begitu jelas. Kemudian, dalam bab tujuh belas, Dia berdoa untuk proses ini. Setelah Dia berdoa, Dia pergi ke taman. Menurut Matius, Markus, dan Lukas, Tuan pergi ke taman untuk berdoa. Namun, tidak terdapat catatan yang sebegini dalam Injil Yohanes. Yohanes mencatat bahawa Dia pergi ke taman bukan untuk berdoa tetapi untuk mempersembahkan diri-Nya demi proses itu. Dia pergi ke sana untuk ditangkap, diberkas, diserahkan kepada maut. Ini bermaksud bahawa Dia menyerahkan diri dengan sukarela. Tuan tidak bersembunyi, sebaliknya mempersembahkan diri-Nya untuk diproses, menyerahkan diri kepada orang yang mahu membunuh-Nya.  

“Aku Adalah” Rela Ditangkap

Tanda lain yang menunjukkan bahawa Tuan rela mati adalah Dia bukan dijumpai orang tetapi Dia sendiri datang kepada mereka. Perajurit-perajurit tidak datang kepada Tuan dan menangkap-Nya ketika dia berdoa. Tidak, Yesus pergi bertemu dengan mereka dan berkata, “Siapakah yang kamu cari?” (18:4). Mereka menjawab-Nya, “Yesus orang Nazaret itu.” Kemudian Tuan berkata kepada mereka, “Aku adalah” (18:5). Apabila mereka mendengar kata-kata ini, mereka berundur dan jatuh ke tanah (18:6). Ungkapan “Aku adalah” ini menakutkan mereka. Ungkapan ini bermaksud nama “Yehova.” Ini menandakan bahawa yang ingin ditangkap mereka ialah Tuhan Yehova. Tuan tidak mengambil peluang ini untuk melarikan diri tetapi menanya mereka buat kali kedua, “Siapakah yang kamu cari?” Justeru, bukan mereka yang menangkap Tuan; Tuanlah yang menyerahkan diri kepada mereka.  

DIPERIKSA DALAM MARTABAT-NYA OLEH MANUSIA SEJAGAT

Diperiksa sebagai Anak Domba Paskah

Tuan telah diperiksa dalam martabat-Nya oleh manusia sejagat (18:11-19:16), sebagaimana anak domba Paskah diperiksa (Kel. 12:2-6). Tuan Yesus disalibkan pada Hari Paskah sebagai anak domba Paskah. Menurut tamsil, sebelum anak domba Paskah disembelih, anak domba tersebut harus diperiksa untuk menentukan sama ada terdapat sebarang kecacatan atau tidak. Pemeriksaan terhadap Kristus oleh manusia sejagat adalah penggenapan tamsil ini. Setelah Pilatus memeriksa-Nya, dia mengisytiharkan, “Aku tidak mendapati apa-apa kesalahan pada-Nya” (18:38; 19:4, 6). Anak domba Paskah ini tidak ada sebarang kecacatan: Dia sama sekali layak untuk menjadi anak domba bagi umat Tuhan. 

Diperiksa oleh Orang Yahudi menurut Hukum Tuhan dalam Agama mereka

Yang Menghakimi itu Dihakimi

Semasa hentar agung sedang memeriksa dan menghakimi Tuan, hentar agung juga dihakimi Tuan dalam martabat-Nya (18:19-21). Tuan sama sekali tidak takut dan berbicara dengan hentar agung dengan cara yang amat bermartabat. Semasa Anak Domba Paskah diperiksa, pemeriksa pula diperiksa oleh-Nya, dan cacat cela pemeriksa terdedah. 

Diperiksa oleh Bangsa Asing menurut Hukum Manusia dalam Politik Mereka

Di bawah Kedaulatan Tuhan

Sebelum Tuan diperiksa oleh bangsa Asing menurut hukum mereka dalam politik, Dia terlebih dahulu diperiksa oleh hukum orang Yahudi dan dijatuhkan hukuman mati. Kemudian, Dia diperiksa oleh politik Rom, oleh undang-undang pihak berkuasa yang ada di bumi. 

Yang Menghakim itu Dihakimi

Pilatus tidak mendapati apa-apa kesalahan pada Tuan Yesus; dia tahu bahawa Tuan tidak melakukan sebarang kesalahan. Namun suara orang ramai menewaskannya, dan dia tidak jujur, ikhlas, dan setia. 

Menjaga Ibu-Nya dengan Menyalurkan Hayat-Nya kepada Disipal-Nya

Mungkin kebanyakan orang Kristian tahu bahawa apabila Tuan berada di atas salib, Dia mengucapkan tujuh ujaran. Ujaran pertama yang diucapkan Tuan di atas salib ialah, “Bapa, ampunilah mereka, kerana mereka tidak tahu apa yang dilakukan oleh mereka”. Kemudian dalam Lukas 23:43, Tuan berkata kepada salah seorang daripada dua orang perompak yang disalibkan bersama-Nya, “Hari ini kamu akan bersama-Ku di Firdaus.” Ujaran ini berkaitan dengan penyelamatan, kerana catatan Lukas membuktikan bahawa Tuan ialah Penyelamat pendosa. Ujaran, “Bapa, ampunilah mereka” merupakan doa untuk pendosa. Begitu juga, ujaran, “Hari ini kamu akan bersama-Ku di Firdaus,” juga ialah injil yang dijanjikan kepada pendosa yang telah diselamatkan. Namun di sini, dalam 19:26-27, Tuan berkata kepada ibu-Nya, “Lihatlah, anakmu,” dan kepada disipal-Nya, “Lihatlah, ibumu.” Kata-kata ini menunjukkan penyatuan hayat, kerana Injil Yohanes mempersaksikan bahawa Tuan ialah hayat yang disalurkan ke dalam percayawan-Nya. Melalui hayat inilah disipal yang dikasihi-Nya dapat bersatu dengan-Nya dan menjadi anak kepada ibu-Nya, dan ibu-Nya dapat menjadi ibu kepada disipal yang dikasihi-Nya. Menurut catatan Yohanes, Yesus disalibkan untuk memindahkan hayat, iaitu menyalurkan hayat-Nya ke dalam disipal-disipal-Nya. Hal ini bukan menandakan penyelamatan tetapi pemindahan hayat. Oleh itu, Injil Yohanes bukanlah injil tentang penyelamatan tetapi injil tentang hayat yang dipindahkan ke dalam semua percayawan.


Mesej 44: Doa Hayat (4)
Mesej 46: Hayat Diproses Demi Pelipatgandaan (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)