Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 45: Diselamatkan Dalam Hayat Daripada Rupa Diri (2)
Mesej 44: Diselamatkan Dalam Hayat Daripada Rupa Diri (1)
Mesej 47: Makna Meraja dalam Hayat
Mesej 45: Diselamatkan Dalam Hayat Daripada Rupa Diri (2)
2021-08-13 | 0 Komen
A- A+ Simpan

DISELAMATKAN DALAM HAYAT DARIPADA RUPA DIRI (2)

Ayat-ayat Bible: Roma 1:3-4; 8:29

Kajian-hayat: Mesej 45


Bacaan Bible:

Roma 1:4 Yang dilantik tentu sebagai Anak Tuhan dalam kudrat menurut Roh kekudusan daripada kebangkitan orang mati, Yesus Kristus, Tuan kita.

Roma 8:29 Kerana mereka yang dipraketahui-Nya juga dipratakdirkan-Nya agar dikonform kepada imej Anak-Nya, supaya Dia dapat menjadi Yang Sulung dalam kalangan dikbang yang banyak.

 

Petikan Bacaan:

            Roma 1:4 mengatakan bahawa Yesus Kristus “dilantik tentu sebagai Anak Tuhan dalam kudrat menurut Roh kekudusan daripada kebangkitan orang mati”. Kedivinan dan kemuliaan Kristus sebagai Anak Tuhan tersembunyi dalam tubuh-daging-Nya. Tidak ada orang yang memiliki penglihatan yang dapat menembusi tubuh daging-Nya untuk melihat bahawa Dia ialah Anak Tuhan yang mulia. Namun setelah Dia melalui proses kematian dan kebangkitan, Dia dilantik tentu sebagai Anak Tuhan, iaitu Dia ditanda asing dan dimanifestasikan sebagai Anak Tuhan.

DILANTIK TENTU MENURUT ROH KEKUDUSAN

            Menerusi kebangkitan-Nya, Kristus menjadi Anak sulung Tuhan, yang penuh dengan esens kekudusan Tuhan, bukan hanya dalam roh-Nya, tetapi juga dalam tubuh-Nya. Sebelum kematian dan kebangkitan-Nya, kekudusan Tuhan ada dalam roh Kristus, tetapi esens kudus ini belum dimanifestasikan dalam tubuh daging-Nya. Dengan kata lain, esens divin ini belum meresapi tubuh daging-Nya. Menerusi kematian dan kebangkitan, maka esens kudus Tuhan menepui tubuh fizikal Tuan Yesus.

SEGALA SESUATU BEKERJA BERSAMA UNTUK MENTRANSFORM KITA SECARA METABOLIK

Roma 8:29 berkata, “Kerana mereka yang dipraketahui-Nya juga dipratakdirkan-Nya agar dikonform kepada imej Anak-Nya, supaya Dia dapat menjadi yang Sulung dalam kalangan dikbang yang banyak.” Hakikat bahawa ayat 29 bermula dengan kata “kerana” menunjukkan bahawa ayat ini ialah kesinambungan ayat 28; ayat 28 mengatakan bahawa Tuhan menyebabkan segala sesuatu bekerja bersama demi kebaikan kita.

Pada saat kita diselamatkan, Dia disemaikan ke dalam kita. Tidak ada keraguan bahawa Anak Tuhan sebagai esens divin kekudusan ada dalam setiap percayawan. Namun esens ini tersembunyi dan terkongkong dalam diri kita yang alamiah. Atas sebab ini, Tuhan menyebabkan segala sesuatu bekerja bersama demi kebaikan kita. Segala sesuatu bekerja bersama untuk mentransform kita secara metabolik. Kristus sebagai benih organik, esens organik, dalam roh kita harus meresapi dan menepui seluruh diri kita. Akhirnya keinsanan kita akan ditepui esens divin ini. Penepuan ini ialah pengudusan dan juga sejenis pelantiktentuan.

TRANSFORMASI ORGANIK

            Ini bukan perubahan luaran semata-mata. Konsep perubahan luaran adalah bersifat etika dan agamawi. Konsep divin bukanlah untuk membetulkan kita secara luaran, tetapi untuk mentransform kita secara dalaman dan organik dengan Kristus sendiri sebagai esens kekudusan. Kamu tidak perlu berdoa secara terdesak agar Tuan mentransform kamu. Doa yang mendesak sebegini mungkin membantu pencernaan rohani kamu, tetapi doa ini sebenarnya tidak mempengaruhi proses penepuan. Tinggallah sahaja dalam kehidupan gereja, dan akhirnya kamu akan ditransform menjadi batu berharga.

KONFORMASI DEMI PEMULIAAN

Untuk melihat perkara ini dengan jelas, kita perlu menggabungkan 1:4 dengan 8:29. Seperti yang kita tunjukkan dalam mesej sebelum ini, dalam 1:4 terdapat pembentukan prototaip, tetapi dalam 8:29, terdapat kerja “pengeluaran besar-besaran”.

Berkenaan Tuan Yesus, Roh kekudusan ada dalam Dia sebelum kematian dan kebangkitan-Nya. Roh kekudusan ini ialah esens divin kekudusan. Menerusi proses kematian dan kebangkitan, esens kudus ini menepui dan meresapi keinsanan Tuan, termasuk tubuh daging-Nya. Sebagai percayawan dalam Tuan Yesus, kita juga memiliki esens divin kekudusan, iaitu Roh kekudusan, Kristus, dalam roh kita. Disebabkan esens kudus ini masih tersembunyi dalam keinsanan kita, kita perlu melalui proses di bawah pengaturan Tuhan yang maha penentu yang akan membolehkan esens ini menepui seluruh diri kita. Untuk menyempurnakan proses ini, kita memerlukan banyak perkara untuk bekerja bersama demi kebaikan kita. Dalam kehidupan gereja, kita saling membantu memproses satu sama lain. Untuk diproses, kita memerlukan satu sama lain.

Tidak seorang pun daripada kita yang dapat tinggal dalam kehidupan gereja dan tetap sama, kerana dalam gereja kita sedang melalui proses pengudusan, transformasi, dan pelantiktentuan. Kita sedang ditransform dan dikonform kepada imej Anak Tuhan, bukan menurut ajaran, regulasi, atau tatacara, tetapi menurut Roh kekudusan. Esens divin ini, iaitu Anak Tuhan sendiri, bekerja dalam kita secara organik untuk mentransform kita dengan meresapi dan menepui seluruh diri kita.

ESENS KUDUS TUHAN TIDAK MUNGKIN DIHAPUSKAN

Semakin lama kita kekal dalam kehidupan gereja, semakin banyak peresapan dan penepuan yang kita terima. Sebaik sahaja esens kudus ini menepui kamu, mustahil untuk menghapuskannya, kerana esens ini telah meresapi diri kamu secara organik dan metabolik. Kamu tidak boleh meniadakan apa yang telah dilakukan Tuhan dalam kamu. Tidak kira ke mana sahaja kamu pergi, esens ini, elemen yang menguduskan ini, akan kekal dalam kamu. Puji Tuan kerana bekerja dalam kita dengan cara yang organik ini! Puji Dia atas proses pengudusan yang mengkonform kita demi pemuliaan!

Soalan Kajian:

1. Kaitkan Roma 1:4 dengan 8:29 untuk menjelaskan proses pengudusan, transformasi, dan pelantiktentuan yang kita sedang lalui.

2. Kongsikan pengalaman anda terhadap proses pengudusan ini terutamanya berkenaan bagaimana Pengudus itu sendiri meresapi kita dengan diri-Nya lapisan demi lapisan dan bahagian demi bahagian.

 

 

Mesej 44: Diselamatkan Dalam Hayat Daripada Rupa Diri (1)
Mesej 47: Makna Meraja dalam Hayat
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)