Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 44: Diselamatkan Dalam Hayat Daripada Rupa Diri (1)
Mesej 43: Diselamatkan Dalam Hayat Daripada Perpecahan
Mesej 45: Diselamatkan Dalam Hayat Daripada Rupa Diri (2)
Mesej 44: Diselamatkan Dalam Hayat Daripada Rupa Diri (1)
2021-08-11 | 0 Komen
A- A+ Simpan
DISELAMATKAN DALAM HAYAT DARIPADA RUPA DIRI (1)

Ayat-ayat Bible: Roma 5:10, Roma 8:26-30
Kajian-hayat: Mesej 44

Bacaan Bible: 
Roma 8:29 Kerana mereka yang dipraketahui-Nya juga dipratakdirkan-Nya agar dikonform kepada imej Anak-Nya, supaya Dia dapat menjadi Yang Sulung dalam kalangan dikbang yang banyak.

Petikan Bacaan: 
Pembaca sekalian, dalam bacaan ini, kita akan melihat butir keenam yang daripadanya kita perlu diselamatkan dalam hayat Kristus, yakni rupa diri.

EKSPRESI DIRI
Dalam Matius 16, Tuan Yesus berbicara tentang menyangkal diri sejurus selepas Dia berkata kepada Petrus, “Syaitan, undur ke belakang Aku!” Walaupun Petrus berbicara atas kasihnya terhadap Tuan, namun di mata Tuhan, Petrus ialah Syaitan pada saat itu. Menurut Matius 16, Syaitan ialah realiti diri. Diri ialah inkarnasi Syaitan. Sebagaimana Kristus ialah perjasadan dan ekspresi Tuhan, begitu juga diri ialah perjasadan dan ekspresi Syaitan.   
        Kita bukan sahaja dilahirkan dengan diri dan dalam diri, tetapi kita juga dilahirkan sebagai diri. Sama ada kita mengasihi orang lain atau membenci mereka, apa yang kita nyatakan ialah ekspresi diri. Orang tertentu mungkin sangat baik, tetapi dia mungkin hanya baik dengan cara alamiah. Walaupun dia penuh dengan kasih, kasihnya itu alamiah. Di mata Tuhan, seorang yang penyayang secara alamiah mempunyai esens yang sama dengan seorang yang penuh kebencian secara alamiah. Ekspresi Kristus hanya keluar daripada hayat Kristus. 
        Ekspresi diri kamu ialah rupa diri kamu. Kita perlu diselamatkan dalam hayat Kristus daripada ekspresi diri sedemikian. Ketika Kristus mati di atas salib, Dia mengisytiharkan hukuman penghakiman pada diri, tetapi penghakiman ini masih perlu dilaksanakan. Kristus telah menghakimi diri secara objektif, kita perlu melaksanakan penghakiman ini secara subjektif dalam pengalaman kita.

DIKONFORM KEPADA IMEJ ANAK TUHAN
Diselamatkan daripada diri bermaksud dikonform kepada imej Anak Tuhan. Ini bermaksud bahawa diselamatkan daripada diri bererti benar-benar dijadikan para anak Tuhan. Roma 8 berbicara tentang anak-anak Tuhan, para anak Tuhan, dan waris Tuhan (ay. 16, 14, dan 17). Kita ialah anak-anak pada peringkat awal, para anak pada peringkat yang lebih maju, dan waris pada peringkat kematangan. Roma 8:14 berkata, “Kerana sebagaimana yang dipimpin Roh Tuhan, inilah para anak Tuhan.” Hanya apabila kita mendapat pimpinan Roh Tuhan, barulah kita dapat dianggap sebagai para anak Tuhan. Hingga saat itu, kita hanyalah anak-anak, orang yang dapat menyeru “Abba Bapa” dan yang mempunyai kesaksian Roh itu bersama dengan roh mereka. Tumpuan kita dalam mesej ini bukan pada anak-anak atau waris, tetapi pada para anak Tuhan. 
Menerusi proses konformasi ini, Anak sulung akan menpunyai dikbang yang banyak. Sebagai Anak Tuhan, Kristus ialah satu-satunya Anak tunggal. Sekarang menerusi inkarnasi, penyaliban, dan kebangkitan-Nya, Kristus telah menjadi Anak sulung, manakala anak yang banyak, yakni dikbang-dikbang Kristus, dikonform kepada imej-Nya. Dalam Roma 1:3 dan 4, Kristus sebagai Anak Tuhan ialah prototaip, manakala dalam 8:29 dikbang yang banyak ialah orang yang “dihasilkan secara besar-besaran” daripada prototaip. Selepas memperoleh prototaip, Tuhan sekarang berusaha untuk memperoleh “pengeluaran secara besar-besaran” untuk menghasilkan anak yang banyak menurut imej Anak Sulung. 

PROSES PEMULIAAN
        Banyak orang Kristian berpegang teguh pada konsep objektif pemuliaan. Menurut mereka, suatu hari nanti mereka yang telah diselamatkan dan dilahirukan akan dimuliakan secara tiba-tiba. Namun, 2 Korintus 3:18 berbicara tentang ditransform daripada kemuliaan kepada kemuliaan, iaitu daripada satu darjah kemuliaan ke darjah yang lain. Dalam 1 Korintus 15:40 dan 41, Paulus berbicara tentang pelbagai jenis, atau pelbagai darjah kemuliaan. Dalam bab ini, Paulus juga menggunakan contoh sebiji benih yang “tidak akan hidup jika tidak mati” (ay. 36). Selepas disemai, benih itu mula bertumbuh dari tanah sebagai tunas muda. Inilah peringkat awal kemuliaan. Ketika benih itu bertumbuh dan terus berkembang, benih itu memasuki peringkat kemuliaan yang satu lagi. Akhirnya bunga muncul. Kemuliaan ini tidak muncul dengan serta-merta atau tiba-tiba. Sebaliknya, ini perihal pertumbuhan secara beransur-ansur dari satu peringkat perkembangan ke peringkat yang lain. 

PERUBAHAN YANG ORGANIK DAN METABOLIK
        Kristus sebagai benih organik hayat divin telah disemai ke dalam kita. Sekarang benih ini perlu berkembang dalam diri kita. Kita dilahirkan dengan sifat alamiah dan umum. Keprihatinan Tuhan bukan mengubah kita daripada yang buruk menjadi yang baik; daripada tidak sabar menjadi sabar, daripada penuh kebencian menjadi penyayang. Tuhan hanya berminat untuk menjadikan para anak daripada pendosa dengan meletakkan Anak-Nya sebagai benih ke dalam kita. Haleluya, benih keanakan telah disemai ke dalam diri kita! Walaupun diri kita alamiah, benih ini akan menghasilkan perubahan yang organik dan metabolik dalamnya.

Soalan Kajian: 
1. Jelaskan maksud rupa diri dan hubungan antara diri dengan Syaitan. 
2. Huraikan maksud diselamatkan daripada diri dan proses diselamatkan daripada diri. 


Mesej 43: Diselamatkan Dalam Hayat Daripada Perpecahan
Mesej 45: Diselamatkan Dalam Hayat Daripada Rupa Diri (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)