Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 41: Doa Hayat (1)
Mesej 40: Kerja Roh itu Berkonsumat Dalam Pembauran Kedivinan dengan Keinsanan (2)
Mesej 42: Doa Hayat (2)
Mesej 41: Doa Hayat (1)
2022-05-27 | 0 Komen
A- A+ Simpan

DOA HAYAT (1)

Ayat-ayat Bible: Yoh. 17:1-5

Kajian-hayat: Mesej 38

Petikan Bacaan:    

Dalam mesej ini, kita akan melihat doa yang penuh misteri yang diujarkan Tuan dalam Yohanes 17. Doa ini ialah doa pelengkap bagi mesej Tuan yang diberi dalam bab empat belas, lima belas, dan enam belas. Jika kita membaca Yohanes 14 hingga 17 dengan teliti, kita akan mendapati bahawa keempat-empat bab ini mengandungi sejenis bau yang amat istimewa dari segi ujaran dan struktur. Bau ini bukan sahaja kudus tetapi juga divin. Tidak ada manusia yang dapat mengujarkan sesuatu yang begitu divin. Hanya Anak Tuhan yang dapat mengujarkan kata-kata ini. Untuk keempat-empat bab ini, betapa perlunya kita menyembah Tuhan! 

Sewaktu saya muda, saya mendengar bahawa doa Tuan dalam bab ini adalah untuk kesatuan. Namun kesatuan dalam kalangan disipal Tuan bukan subjeknya; kesatuan itu hanyalah pada permukaan. Terdapat sesuatu yang lebih dalam dan lebih bermisteri di bawah permukaan, dan tidak mudah bagi kita menggalinya. Yohanes 17 merupakan satu bab yang dalam dan sukar difahami. Kita amat bersyukur kepada Tuan kerana sedikit demi sedikit, Dia beransur-ansur menunjukkan kepada kita erti dan makna sebenar serta fikiran utama bagi doa-Nya dalam bab ini. 

ANAK DIMULIAKAN SUPAYA BAPA DAPAT DIMULIAKAN

Konsep asas bagi doa Tuan dalam Yohanes 17 ialah pemuliaan. Butir utama bagi mesej Tuan dalam Yohanes 14 hingga 16 ialah Anak dimuliakan supaya Bapa dapat dimuliakan dalam Anak. Dengan cara apakah Bapa dimuliakan dalam Anak? Menerusi pohon anggur yang merupakan satu organisma. Apabila Tuhan Tritunggal dikembangluaskan, dilipatgandakan, dan diekspresikan menerusi organisma ini, Anak akan dimuliakan; dalam pemuliaan Anak, Bapa turut dimuliakan. 

Contoh yang paling baik bagi pemuliaan ialah pemekaran bunga. Misalnya, sebiji benih teluki disemaikan ke dalam tanah. Selepas bertumbuh dari tanah, benih itu memekarkan bunga. Pemekaran ini ialah pemuliaan benih teluki. Pemekaran ialah pemuliaan benih kerana melalui pemekaran, benih dimuliakan, iaitu diekspresikan. 

Apabila Yesus Kristus datang dalam tubuh daging, Dia bagaikan benih teluki yang kecil. Dalam-Nya, iaitu dalam rupa bentuk-Nya, cangkerang insani-Nya, terdapat segala keindahan dan bentuk bagi hayat divin. Segala aspek yang berwarna-warni tentang hayat divin tersembunyi dan terbatas dalam orang Nazaret yang kecil ini. Pada suatu hari, Dia disemaikan ke dalam tanah. Selepas Dia mati, Dia bertumbuh dan bermekar dalam kebangkitan-Nya. Dalam kebangkitan-Nya, keindahan, rupa bentuk, gaya, warna, dan kekayaan hayat dibebaskan dan diekspresikan. Inilah pemuliaan Anak. Memandangkan segala apanya Tuhan Bapa telah diperjasadkan dalam Anak, maka apabila Anak dimuliakan, Bapa turut dimuliakan dalam pemuliaan Anak. 

Doa penutup Tuan adalah untuk pemuliaan Tuhan Tritunggal. Doa berkenaan pemuliaan Tuhan Tritunggal ini digenapi dan dimakbulkan dalam tiga peringkat. Peringkat pertama ialah kebangkitan Tuan. Kedua, doa ini telah digenapi dalam gereja. Lihatlah gereja dalam Kisah Para Dutus pada hari Pentakosta. Di situ kita dapat melihat keindahan, bentuk, dan kekayaan hayat divin. Peringkat ketiga ialah Yerusalem Baru. Doa dalam Yohanes 17 ini akan digenapi dalam Yerusalem Baru secara muktamad. Lihatlah gambaran Yerusalem Baru: Yerusalem Baru ialah wadah yang mengekspresikan Kristus supaya Tuhan diekspresikan menerusi Kristus. Yerusalem Baru ialah pemuliaan Anak supaya Bapa dapat dimuliakan menerusi Anak. 

Supaya Bapa dapat Dimuliakan 

Dalam Pemuliaan Anak

Bapa dimuliakan dalam pemuliaan Anak. Bapa sama sekali tidak dapat dimuliakan di luar Anak. Ini kerana Bapa telah mengamanatkan segala apanya Dia dan segala-gala yang dimiliki-Nya kepada Anak. Bapa diperjasadkan dalam Anak. Justeru, Bapa tidak dapat dimuliakan di luar Anak; Dia hanya dapat dimuliakan dalam pemuliaan Anak. 

Kerja Anak

Ayat 2 berkata, “Seperti mana Engkau telah memberi-Nya kuasa atas semua tubuh daging, supaya Dia memberi hayat abadi kepada semua yang telah Engkau berikan kepada-Nya.” Antara berjuta-juta orang, Tuhan Bapa mengasihi kamu, memilih kamu, dan menandai kamu. Pada diri kita, ada tanda yang divin.  

Bapa bukan sahaja menandai kita, tetapi juga memberikan kita kepada Anak. Jangan menganggap diri kamu seorang pendosa yang daif dan kasihan. Dari satu segi, kamu memang seorang pendosa, namun dari segi yang lain, kamu adalah berian kepada Anak. Kamu perlu berkata, “Puji Tuhan Tritunggal, saya berian yang berharga yang diberikan Bapa kepada Anak. Saya disayangi, bernilai, baik, unggul, malah dikasihi. Saya ialah berian, bukan tong sampah. Sebagai orang yang diberikan Tuhan kepada Anak yang dikasihi-Nya, saya adalah bernilai, dikasihi, disayangi, dan manis.” Jika kamu melihat ini, maka pandangan, sikap, dan konsep kamu akan berubah, bukan sahaja terhadap diri kamu tetapi juga terhadap semua pekudus. Jika kamu melihat ini, kamu akan mengasihi setiap pekudus kerana setiap pekudus yang dikasihi ialah berian yang dipilih oleh Bapa dan diberikan kepada Anak. Bapa telah memilih kita dari kalangan berjuta-juta orang. Kita semua adalah orang yang terpilih, orang yang terunggul di kedai berian yang universal. Kita semua telah dipilih dan diberikan kepada Anak yang dikasihi Bapa. 

Bapa telah memberi Anak kuasa, bukan sahaja untuk memerintah manusia tetapi juga untuk memelihara manusia. Puji Tuan bahawa kita semua adalah berian yang dikasihi yang diberikan Bapa kepada Anak. 

Hayat Abadi

Apakah itu hayat abadi? Sewaktu saya muda, ada orang yang memberitahu saya bahawa hayat abadi hanyalah berkat pada masa akan datang. Hayat abadi ialah hayat divin yang mempunyai fungsi khas, iaitu mengenali Tuhan dan Kristus. Setiap hayat mempunyai fungsinya. Fungsi hayat anjing ialah menyalak, fungsi hayat burung ialah terbang, fungsi hayat kucing ialah menangkap tikus, dan fungsi hayat ayam ialah bertelur. Fungsi hayat divin pula ialah mengenali Tuhan. Ibrani 8:11 mengatakan bahawa percayawan Wasiat Baru tidak perlu diajar untuk mengenali Tuhan. Mengapakah tidak perlu berbuat demikian? Ini kerana semua percayawan Wasiat Baru mengenali Tuhan. Percayawan Wasiat Baru memiliki hayat divin, dan hayat divin ialah hayat yang mengenali Tuhan. O, semoga saya mengenali Kristus! Kita semua dapat mengenali Kristus kerana kita memiliki hayat divin; fungsi hayat ini ialah mengenali Tuhan dan Kristus.

Mesej 40: Kerja Roh itu Berkonsumat Dalam Pembauran Kedivinan dengan Keinsanan (2)
Mesej 42: Doa Hayat (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)