Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 41: Diselamatkan dalam Hayat daripada Sifat Alamiah
Mesej 40: Diselamatkan dalam Hayat daripada Dosa dan Keduniaan
Mesej 42: Diselamatkan Dalam Hayat Daripada Individualisme
Mesej 41: Diselamatkan dalam Hayat daripada Sifat Alamiah
2021-07-30 | 0 Komen
A- A+ Simpan

DISELAMATKAN DALAM HAYAT DARIPADA SIFAT ALAMIAH

Ayat-ayat Bible: Roma 5:10, 12:2

Kajian-hayat: Mesej 41

Bacaan Bible:

Roma 5:10 Kerana jika kita, ketika menjadi mush, diperdamaikan dengan Tuhan menerusi kematian Anak-Nya, maka lebih-lebih lagi kita akan diselamatkan dalam hayat-Nya, setelah kita diperdamaikan.

Roma 12:2 Dan janganlah dibentuk mengikut zaman ini, tetapi hendaklah ditransform melalui pembaruan minda agar kamu dapat mengujibuktikan apakah kehendak Tuhan, iaitu yang baik, diperkenan, dan sempurna.      

 

Petikan Bacaan:

            Buku Roma boleh disimpulkan dengan tiga perkataan: penebusan, hayat, dan pembinaan. Selepas diselamat, dijustifikasi, dan diperdamaikan dengan Tuhan, kita masih perlu diselamatkan dalam hayat Kristus (5:10). Tujuan Tuhan bukan sekadar menyelamatkan kita dari neraka atau daripada penghakiman-Nya; tujuan-Nya dalam alam semesta ialah membina Tubuh untuk menjadi ekspresi korporat Anak-Nya. Atas sebab ini, buka Roma tidak berhenti setakat penebusan atau justifikasi, tetapi maju ke hadapan untuk mencapai matlamat tujuan abadi Tuhan.

            Cara unik yang digunakan Tuhan untuk menggenapkan tujuan-Nya ialah hayat. Dalam bab lima, perihal hayat diperkenalkan dalam cara yang boleh dialami. Dalam 5:10 Paulus berkata, “Kerana jika kita, ketika menjadi musuh, diperdamaikan dengan Tuhan menerusi kematian Anak-Nya, maka lebih-lebih lagi kita akan diselamatkan dalam hayat-Nya, setelah kita diperdamaikan.” Sila perhatikan kala dalam ayat ini: Kita akan diselamatkan dalam hayat-Nya. Setelah diperdamaikan, kita masih perlu diselamatkan dalam hayat.

DISELAMATKAN DALAM PERSONA KRISTUS

            Kita harus diselamatkan dalam hayat Kristus. Tuan berkata dengan pasti dan tegas, “Akulah hayat” (14:6). Oleh itu, diselamatkan dalam hayat-Nya sebenarnya bererti diselamatkan dalam Persona Kristus sendiri. Penyelamatan Nuh dan keluarganya dalam bahtera ialah tamsil bagi penyelamatan kita dalam Kristus. Nuh dan keluarganya diselamatkan bukan melalui bahtera tetapi dalam bahtera. Hari ini, sebagai percayawan dalam Kristus, kita berada dalam Dia yang merupakan bahtera hari ini. Kristus ialah hayat kita, dan kita berada dalam-Nya. Dalam-Nya kita diselamatkan. Asalkan kita berada dalam-Nya, kita berada dalam proses diselamatkan dalam hayat-Nya.

            Kita telah melihat bahawa kita diselamatkan dalam hayat Kristus daripada hukum dosa. Hukum dosa bekerja dalam kita secara spontan dan automatik. Kita tidak perlu bergelut untuk berbohong atau naik marah. Berbohong dan naik marah ialah hasil automatik bagi pengerjaan hukum dosa yang spontan. Bagaimanapun, hukum Roh hayat membebaskan kita dalam Kristus Yesus daripada hukum dosa dan maut (8:2). Asalkan kita berada dalam Kristus yang merupakan hayat, kita dibebaskan secara spontan melalui hukum hayat-Nya daripada hukum dosa dan maut.

            Kita juga diselamatkan dalam hayat Kristus daripada keduniaan. Ini bermaksud bahawa kita dikuduskan, diasingkan daripada dunia dalam hayat-Nya. Kecenderungan menjadi duniawi berada dalam sifat kita. Oleh itu, kita harus berada dalam hayat divin agar kita diselamatkan daripada keduniaan. Hayat divin ini mengasingkan kita daripada keduniaan dan menguduskan kita dari segi kedudukan dan disposisi.

PERUBAHAN METABOLIK

Seiring dengan penyelamatan daripada dosa dan keduniaan, kita harus diselamatkan dalam hayat daripada sifat alamiah. Ini bermaksud bahawa kita perlu ditransform. Kita bukan sahaja memerlukan perubahan luaran, tetapi juga perubahan dalaman. Perubahan dalaman ini dipanggil sebagai transformasi. Transformasi melibatkan perubahan metabolik dalam diri kita.

Katakan seseorang yang berwajah pucat mengenakan mekap pada mukanya untuk memperbaik warnanya. Perubahan demikian adalah luaran dan sudah pasti bukan hasil daripada transformasi dalaman. Cara Tuhan adalah berlainan. Cara terbaik untuk mencantikkan warna air muka bukanlah dengan mengenakan mekap tetapi dengan memakan makanan yang berkhasiat. Makanan ini akan menyebabkan perubahan organik yang akhirnya memperbaik warna muka kita. Perubahan ini ialah transformasi. Menerusi transformasi dalaman, penampilan luaran kita akan berubah.

PEMBARUAN MINDA

Roma 12:2 memberitahu kita agar ditransform melalui pembaruan minda. Punca masalah kita ialah minda kita yang telah ditepui dan diresapi pelbagai konsep alamiah. Setiap individu mempunyai konsep masing-masing, tidak kira dikbang atau dikkak, yang tua atau yang muda. Bagaimanakah kita dapat dibina bersama sekiranya kita berpegang pada konsep kita yang berlainan?

Kita telah belajar agar tidak bertikai dengan pekudus berhubung dengan konsep mereka. Sebaliknya, kita harus berdoa untuk mereka dan meministerkan hayat kepada mereka agar mereka dapat bertumbuh. Apabila pekudus bertumbuh, mereka mengalami transformasi dalam sukma melalui pembaruan minda.

MEMINISTER HAYAT

Hari ini, kita harus mengalami transformasi sedemikian demi pembinaan gereja. Semakin kita ditransform, semakin kita diselamatkan dalam hayat Kristus. Semoga kita semua berdoa agar Tuan akan mengurniai kita transformasi sejati yang dalaman dan organik. Ini ialah keperluan kita hari ini.

Soalan Kajian:

1. Gunakan penyelamatan Nuh dan keluarganya sebagai ilustrasi untuk menjelaskan ungkapan “diselamatkan dalam hayat Kristus”.

2. Huraikan bagaimana kita diselamatkan dalam hayat daripada sifat alamiah dan pengalaman subjektif anda terhadap butir ini.

 

Mesej 40: Diselamatkan dalam Hayat daripada Dosa dan Keduniaan
Mesej 42: Diselamatkan Dalam Hayat Daripada Individualisme
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)