Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 39: Tinggal dalam Kristus dengan Memikirkan Roh
Mesej 38: Hayat dan Maut dalam Roma Lima hingga Lapan
Mesej 40: Diselamatkan dalam Hayat daripada Dosa dan Keduniaan
Mesej 39: Tinggal dalam Kristus dengan Memikirkan Roh
2021-07-24 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Ayat-ayat Bible: Roma 8

Kajian-hayat: Mesej 39

Bacaan Bible:

Roma 8:6 Kerana minda diletakkan pada tubuh daging ialah maut, tetapi minda diletakkan pada roh ialah hayat dan damai sejahtera.    

 

Petikan Bacaan:

            Pembaca sekalian, kita akan melihat tentang hal tinggal dalam Kristus dengan memikirkan roh dalam bacaan hari ini.

TIGA SOALAN BERKENAAN TINGGAL DALAM KRISTUS

            Walaupun Yohanes 15 memberitahu kita agar tinggal dalam Kristus, Yohanes 15 tidak membentangkan cara untuk tinggal. Sepanjang lima puluh tahun lebih ini saya sentiasa mempertimbangkan bagaimana kita dapat tinggal dalam Kristus. Kristus berada jauh di syurga ketiga manakala kita berada di atas bumi. Bagaimanakah kita dapat tinggal dalam-Nya? Berkenaan perihal tinggal dalam Kristus, pertama-tamanya kita perlu mencari jawapan bagi soalan ini: Di manakah Kristus yang dalam-Nya kita harus tinggal? Soalan kedua ialah: Apakah “Aku” yang dibicarakan dalam Yohanes 15 ayat 4 dan 5? Soalan ketiga adalah begini: Bagaimanakah kita dapat tinggal dalam-Nya? Bagi menjawab semua soalan yang kita bangkitkan berkenaan tinggal dalam Kristus, kita perlu datang semula ke Roma 8.  

KRISTUS DALAM KITA

            Pertama-tamanya, dalam Roma 8 kita menemui jawapan kepada soalan berkenaan Kristus berada di mana hari ini. Bab ini mewahikan bahawa Kristus bukan sahaja berada di syurga tetapi juga berada dalam kita. Ayat 34 mengatakan bahawa Kristus berada di sebelah kanan Tuhan, manakala 10 mewahikan bahawa Kristus berada dalam kita. Kristus yang duduk di syurga ketiga kini hidup dalam kita. Sungguh ajaib!

MENGALAMI KRISTUS SEBAGAI ROH BERI-HAYAT

Sekarang kita datang kepada soalan berkenaan “Aku” dalam Yohanes 15:5. Ini melibatkan perihal apanya Kristus. Dalam Bible, Tuhan Tritunggal bukan untuk kita analisis dari segi doktrin, tetapi untuk pendispenan-Nya ke dalam kita. Dalam hal mengalami Tuhan Tritunggal, kita semua perlu mengetahui bahawa Tuhan Bapa dijasadkan dalam Tuhan Anak, dan Tuhan Anak direalisasikan sebagai Roh yang memberi hayat. Atas sebab ini, Roma 8:2 berbicara tentang Roh hayat, iaitu Kristus sebagai Anak Tuhan direalisasikan sebagai Roh itu. Ini bukan doktrin mahupun kaedah atau sistem. Inilah kenikmatan dan pengalaman terhadap Tuhan Tritunggal yang hidup yang huni dalam kita.

MEMIKIRKAN ROH

Bagaimanakah kita dapat tinggal dalam-Nya? Roma 8:6 menunjukkan jalannya: “Kerana minda diletakkan pada tubuh daging ialah maut, tetapi minda diletakkan pada roh ialah hayat dan damai sejahtera.” Oleh sebab Roh divin berbaur dengan roh kita, adalah sukar untuk memperkatakan sama ada roh dalam ayat ini merujuk kepada roh kita atau Roh divin.

Bertentangan dengan roh pembauran yang ajaib ini ialah tubuh daging, iaitu tubuh kita yang korup. Disebabkan kejatuhan, Syaitan, dia yang jahat itu, menyuntikkan dirinya sebagai dosa ke dalam tubuh manusia. Ini berlaku ketika manusia menerima buah daripada pohon pengetahuan ke dalam dirinya. Setelah Syaitan masuk ke dalam tubuh manusia, tubuh itu dikotori dan dicemari, dengan itu menjadi tubuh daging. Oleh yang demikian, roh kita dibaurkan dengan Tuhan Tritunggal, manakala tubuh kita yang telah menjadi tubuh daging dibaurkan dengan elemen Syaitan yang berdosa.

Tidak ada doktrin, kaedah, ataupun sistem yang dapat menundukkan elemen kesyaitanan dalam tubuh daging kita. Dalam seluruh alam semesta, hanya Tuhan yang lebih berkuasa daripada Syaitan; tidak ada doktrin yang dapat menang atasnya. Puji Tuan kerana Tuhan Tritunggal yang kini berada dalam kita telah menakluki Syaitan. Kita hanya perlu sentiasa bersandar pada Tuan dan bukan mengikut kaedah tertentu. Hari demi hari, malah saat demi saat, kita perlu meletakkan minda yang mewakili seluruh diri kita pada roh pembauran. Hasilnya senantiasa ialah hayat dan damai sejahtera.

Soalan Kajian:

Huraikan jawapan daripada Roma 8 bagi tiga soalan berkenaan hal tinggal dalam Kristus dalam Yohanes 15. 

Mesej 38: Hayat dan Maut dalam Roma Lima hingga Lapan
Mesej 40: Diselamatkan dalam Hayat daripada Dosa dan Keduniaan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)