Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 37: Organisma Tuhan Tritunggal Dalam Pendispenan Divin (1)
Mesej 36: Pendispenan Tuhan Tritunggal untul Penghasilan Tempat Tinggal-Nya (4)
Mesej 38: Organisma Tuhan Tritunggal Dalam Pendispenan Divin (2)
Mesej 37: Organisma Tuhan Tritunggal Dalam Pendispenan Divin (1)
2022-04-29 | 0 Komen
A- A+ Simpan

ORGANISMA TUHAN TRITUNGGAL DALAM PENDISPENAN DIVIN (1) 

Bacaan Bible: Yohanes 15:1-4

Kajian Hayat: Mesej 33

POHON ANGGUR DAN RANTING-RANTING IALAH ORGANISMA YANG

MENGEKSPRESIKAN KEKAYAAN HAYAT DIVINUNTUK MEMULIAKAN BAPA 

Dalam 15:1-11, kita melihat bahawa pohon anggur dan ranting-ranting ialah organisma yang mengekspresikan kekayaan hayat divin untuk memuliakan Bapa. Gereja, iaitu Tubuh Kristus, bukan organisasi tetapi organisma. Apakah perbezaan antara organisasi dan organisma? Misalnya, meja ialah organisasi kerana meja merupakan entiti yang terbentuk daripada banyak papan yang dipasang. Meja tidak organik kerana meja tidak berhayat. PTubuh kita jauh melebihi organisasi kerana kita adalah organik dan juga berhayat. Oleh sebab tubuh kita adalah organik dan berhayat, maka tubuh kita ialah organisma, bukan sekadar suatu organisasi. Demikian juga, gereja sebagai Tubuh Kristus ialah organisma. 

Dalam Yohanes 15, organisma ini disamakan dengan pohon anggur. Dalam pohon anggur, terdapat pohon itu sendiri dan semua rantingnya. Tuan Yesus mengatakan bahawa pohon anggur ini ialah diri-Nya (ay. 1). Dia ialah pohon, dan kita ialah ranting-ranting pohon ini. Melalui gambaran yang jelas ini, kita dapat melihat bahawa kita ialah percabangan pohon, kerana ranting-ranting bercabang daripada pohon anggur. Semasa Tuan Yesus berada di bumi, Dia hanyalah seorang manusia kecil yang tinggal di tempat tertentu. Puji Tuan kerana di seluruh bumi, kita melihat percabangan pohon anggur ini! Ini bukan organisasi, tetapi organisma yang mempunyai hayat berserta banyak organ, sistem organik, dan unsur organik yang bertumbuh di dalamnya. 

Pohon anggur dan ranting-ranting ialah satu organisma untuk memuliakan Bapa. Memuliakan bermakna membebaskan dan mengekspresikan tujuan, isi kandungan, hayat dalaman, dan kekayaan dalaman dari dalam. Pohon anggur dan ranting-ranting ialah satu organisma untuk memuliakan Bapa supaya tujuan, isi kandungan, hayat dalaman, dan kekayaan dalaman dibebaskan dan diekspresikan dari dalam. Apabila pohon anggur membuahkan gugusan anggur, itulah masanya kekayaan hayat divin diekspresikan. Ekspresi ini ialah pemuliaan Bapa kerana Bapalah hayat divin. Bapa ialah sumber dan substan pohon anggur. Jika tidak ada buah, maka esens, substan, dan hayat bagi pohon anggur akan tersembunyi, tersorok, dan dibatasi. Namun begitu, kekayaan hayat dalaman pohon anggur diekspresikan melalui gugusan buahnya. Mengekspresikan hayat dalaman yang sedemikian bererti membebaskan substan divin dari dalam pohon anggur. Inilah pemuliaan Bapa. 

Pohon Anggur — Tuhan Anak 

Pusat Ekonomi Tuhan 

Sebagai pohon anggur, Anak ialah pusat ekonomi Tuhan. Tuhan Anak ialah pusat tumpuan bagi kerjaya Tuhan, perniagaan Tuhan, perusahaan Tuhan. Tuhan mempunyai satu perniagaan dalam alam semesta ini. Perniagaan ini ialah kerjaya divin-Nya. Anak sebagai pohon anggur ialah pusat perusahaan ini. 

Perjasadan dan Manifestasi Ketuhanan 

Pohon anggur ini ialah perjasadan dan manifestasi Ketuhanan. Kolose 2:9 mengatakan bahawa dalam Anak, segala kepenuhan Ketuhanan huni secara jasadi. Yohanes 1:18 berkata, “Tidak ada orang yang pernah melihat Tuhan; Anak tunggal yang ada di pangkuan Bapa, Dialah yang telah menyatakan-Nya.” Dalam Kolose 2:9, kita melihat bahawa Anak ialah perjasadan Ketuhanan, dan dalam Yohanes 1:18, kita melihat bahawa Dia ialah pernyataan Tuhan, manifestasi Tuhan. Oleh itu, Anak Tuhan, yakni pohon anggur universal yang dimiliki Tuhan, merupakan perjasadan dan manifestasi Tuhan. 

Organisma yang Penuh dengan Hayat, seperti Pohon Hayat 

Pohon anggur ini merupakan organisma yang penuh dengan hayat, seperti pohon hayat (Kej. 2:9). Pohon anggur amat sesuai untuk mengembangluaskan hayat dan melipatgandakan hayat. Mengembangluaskan hayat bermakna menyebarkan hayat secara meluas, dan melipatgandakan hayat bermakna menghasil semula hayat. Sebiji gandum disemaikan ke dalam tanah dan bertumbuh menjadi tiga puluh, enam puluh, atau seratus biji gandum yang lain. Ini adalah pengembangluasan dan juga pelipatgandaan hayat. Jika kita mempertimbangkan soal Tuan menyamakan diri-Nya dengan pohon anggur ini secara mendalam, kita akan mendapati bahawa pohon anggur merupakan tumbuhan yang paling baik untuk menunjukkan pengembangluasan dan pelipatgandaan hayat. 

Bukan untuk Memekarkan Bunga, Bukan untuk Dijadikan Bahan 

Seperti yang telah kita tunjukkan, pohon anggur bukanlah untuk memekarkan bunga atau dijadikan bahan. Pohon anggur tidak mempunyai bunga untuk kita hargai. Bunga anggur amat kecil dan sama sekali tidak berwarna-warni. Pohon anggur juga tidak sesuai untuk dijadikan bahan (Yeh. 15:23). Tidak ada perabot yang dibuat daripada kayu pohon anggur. Tidak pernah ada bangunan yang dibina dengan kayu pohon anggur. Pohon anggur hanya sesuai untuk menghasilkan buah. Demikian juga dengan gereja. Dalam gereja, kamu tidak akan melihat bunga atau bahan. Kamu hanya akan melihat manusia kecil yang tidak ada kegunaan lain melainkan untuk menghasilkan buah.

Penghasilan Buah

Kelimpahan Kekayaan Hayat Dalaman

Apakah itu penghasilan buah? Penghasilan buah bererti kelimpahan kekayaan hayat dalaman. Jangan cuba membawa orang kepada Kristus dengan usaha sendiri. Jangan gunakan helah untuk mendapatkan orang. Menghasilkan buah adalah soal kelimpahan hayat dalaman kamu. Kita perlu menikmati Kristus sebagai segala-gala kita secara berterusan. Dengan demikian, kita akan mempunyai hayat dalaman yang berlimpah-limpah. Daripada hayat dalaman yang berlimpah-limpah ini, terdapat suatu aliran yang akan mencapai orang lain dan meresapi hayat mereka. Aliran ini akan menghasilkan banyak buah. Ini bukan sekadar soal menginjil atau mendapatkan orang, tetapi soal menghasilkan buah melalui kelimpahan kekayaan daripada hayat dalaman. 

Penghasilan buah yang sedemikian merupakan manifestasi hayat dalaman. Hayat dalaman pohon anggur merupakan kekayaan daripada segala apanya Bapa dan segala yang dimiliki Bapa. Hayat ini dimanifeskan melalui penghasilan buah pohon anggur. Justeru, penghasilan buah pohon anggur adalah untuk mengekspresikan Bapa dalam Anak.

Mesej 36: Pendispenan Tuhan Tritunggal untul Penghasilan Tempat Tinggal-Nya (4)
Mesej 38: Organisma Tuhan Tritunggal Dalam Pendispenan Divin (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)