Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 34: Pendispenan Tuhan Tritunggal Untuk Menghasilkan Tempat Tinggal-Nya (2)
Mesej 33: Pendispenan Tuhan Tritunggal Untuk Menghasilkan Tempat Tinggal-Nya (1)
Mesej 35: Pendispenan Tuhan Tritunggal Demi Menghasilkan Tempat Tinggal-Nya (3)
Mesej 34: Pendispenan Tuhan Tritunggal Untuk Menghasilkan Tempat Tinggal-Nya (2)
2022-04-19 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PENDISPENAN TUHAN TRITUNGGAL UNTUK MENGHASILKAN TEMPAT TINGGALNYA (2)

Bacaan Bible: Yohanes 14:3-6

Kajian Hayat: Mesej 29,30

Petikan Bacaan:  

“Rumah Bapa-Ku” ialah Tubuh Kristus, iaitu Gereja sebagai Rumah Tuhan 

Menurut konsep alamiah, kebanyakan orang Kristian berfikir bahawa rumah Bapa yang disebut dalam ayat 2 semestinya merujuk kepada syurga ketiga, iaitu tempat huni Tuhan Bapa. Akan tetapi, kita tidak harus mentafsirkan Bible menurut konsep alamiah kita. Sebaliknya, kita harus mentafsirkan Kitab menurut dan menggunakan Kitab. Kita harus memahami Bible menurut dan dengan menggunakan Bible. Frasa “rumah Bapa-Ku” digunakan dua kali dalam Injil Yohanes. Frasa ini digunakan buat kali pertama dalam 2:16; di sana ia jelas merujuk kepada bait, tempat huni Tuhan di bumi. Bait adalah satu tamsil, lambang bagi tubuh Yesus (2:21). Pentafsiran bagi frasa “rumah Bapa-Ku” ini ditunjukkan dengan jelas dalam bab dua. Kita harus menerapkan definisi ini pada 14:2 yang mempunyai frasa yang sama. Apabila frasa ini digunakan buat kali kedua dalam Injil yang sama, ia seharusnya mempunyai makna yang sama dengan kali pertama digunakan. Oleh yang demikian, rumah Bapa dalam bab empat belas juga harus bermaksud tempat huni Tuhan di bumi, bukan bermaksud syurga ketiga. Dalam bab dua rumah Bapa akhirnya merupakan Tubuh Kristus; dalam bab empat belas rumah Bapa juga semestinya merupakan Tubuh Kristus. Tidak ada seorang yang dapat menyangkal hal ini. Sekarang kita ada pentafsiran yang betul bagi frasa “rumah Bapa-Ku”, iaitu Tubuh Kristus yang juga merupakan gereja. 

Dalam Surat-surat, wahi berkenaan Tubuh Kristus sebagai gereja dan gereja sebagai rumah Tuhan diperkembangkan dengan sepenuhnya. Satu Timotius 3:15 menyingkapkan bahawa gereja ialah rumah bagi Tuhan yang hidup.  

Adakah kamu percaya bahawa dalam alam semesta ini Tuhan mempunyai dua binaan- mahligai di syurga dan gereja di bumi? Tuhan hanya ada satu binaan. Mengatakan bahawa Dia ada dua binaan adalah tidak masuk akal. Sungguhpun kamu suka akan syurga, tetapi Tuhan tidak berpuas hati dengannya. Jika kamu membaca Yesaya 66, kamu akan mendapati bahawa Tuhan berhasrat memperoleh tempat huni dalam manusia. Suka-Nya terhadap syurga tidak dapat menandingi suka-Nya terhadap manusia yang menjadi kediaman-Nya. Tuhan ingin huni dalam manusia. Banyak orang Kristian ingin pergi ke syurga, namun Tuhan berhasrat untuk turun dari syurga dan huni bersama dengan manusia di bumi. Banyak pengajar Kristian memberitahu kita bahawa apabila Tuan mengatakan bahawa Dia akan pergi menyediakan satu tempat untuk kita, maksud-Nya ialah Dia akan pergi menyediakan satu mahligai syurgawi. Akan tetapi, mereka semua bersetuju bahawa syurga yang dibicarakan oleh mereka itu merupakan kota yang berasas yang disediakan Tuhan seperti yang disebut dalam Ibrani 11:10, iaitu Yerusalem Baru yang dibicarakan dalam Wahi 21. Namun begitu, Yerusalem Baru tidak akan berada di syurga selama-lamanya, tetapi akan turun dari syurga (Wahi 21:2). Mungkin kamu berhasrat untuk naik ke syurga, tetapi Tuhan berhasrat untuk turun dari syurga. 

Tuhan hanya ada satu binaan dalam alam semesta. Pada masa Wasiat Lama, binaan Tuhan ada bersama dengan bani Israel; ini ditamsilkan oleh tabernakal dan bait. Tabernakal dan bait melambangkan bahawa umat Tuhan ialah tempat huni-Nya di bumi. Pada masa Wasiat Baru, gereja dibina. Dalam erti kata rohani, gereja ialah kesinambungan tabernakal dan bait. Dalam Wasiat Lama kita ada tabernakal dan bait, dan dalam Wasiat Baru kita ada gereja yang merupakan bait Tuhan. Pada hari ini, kita ialah bait Tuhan. Akhirnya, pembinaan pekudus Wasiat Lama dan Wasiat Baru akan berkonsumat dalam Yerusalem Baru yang akan menjadi tabernakal abadi, iaitu kediaman Tuhan dalam kalangan manusia hingga selama-lamanya. Inilah pembinaan Tuhan. Jika kamu membaca Wahi 21 dan 22 dengan teliti, kamu akan mendapati bahawa Yerusalem Baru bukanlah kota fizikal, tetapi satu kota yang terdiri daripada orang yang hidup. Kita mengetahui hal ini kerana terdapat nama dua belas suku Israel dan nama dua belas dutus Anak Domba di sana (Wahi 21:12, 14). Kita juga akan berada di sana sebagai satu batu yaspis yang telah dibina menjadi tembok (Wahi 21:11, 18). Yerusalem Baru adalah satu komposisi hidup yang terdiri daripada orang hidup yang dibina bersama-sama menjadi kediaman Tuhan buat selama-lamanya. 

Percayakah kamu bahawa dalam zaman gereja sekarang, Tuhan tidak mempunyai kediaman dalam kalangan manusia di bumi? Sudah pasti Dia ada kediaman! Kediaman ini ialah gereja. Di manakah gereja? Gereja ada di bumi. Kediaman Tuhan hari ini adalah satu komposisi hidup yang terdiri daripada percayawan hidup di bumi. Apabila kita sebagai percayawan yang hidup dibina bersama-sama, maka Tuhan mempunyai satu kediaman di bumi. Inilah pembinaan Tuhan di bumi hari ini. Oleh sebab kita telah ditebus, dibasuh dalam darah, dan dilahirukan oleh hayat divin, maka kita dijadikan satu bahagian hidup daripada binaan yang hidup ini. Binaan yang hidup ini adalah tempat yang akan disediakan Tuan untuk kita, seperti yang dikatakan-Nya dalam Yohanes 14:2. 


Mesej 33: Pendispenan Tuhan Tritunggal Untuk Menghasilkan Tempat Tinggal-Nya (1)
Mesej 35: Pendispenan Tuhan Tritunggal Demi Menghasilkan Tempat Tinggal-Nya (3)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)