Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 2: Injil Tuhan
Mesej 1b: Prakata (2)
Mesej 3: Punca Kedurjanaan Dan Jalan Mengekang
Mesej 2: Injil Tuhan
2021-03-16 | 0 Komen
A- A+ Simpan

INJIL TUHAN

Bacaan Bible:

Roma 1: 3-4 Berkenaan Anak-Nya yang dilahirkan daripada benih Daud menurut tubuh daging, Yang dilantik tentu sebagai Anak Tuhan dalam kudrat menurut Roh kekudusan daripada kebangkitan orang mati, Yesus Kristus, Tuan kita.

1:16a, 17 Kerana aku tidak berasa malu akan injil; sesungguhnya injil ini kudrat Tuhan untuk menyelamatkan setiap orang yang percaya…Kerana keadilbenaran Tuhan dinyatakan dalam injil ini daripada iktikad kepada iktikad…

Petikan Bacaan:

Dalam bacaan hari ini, kita akan melihat injil dalam buku Roma. Injil dalam buku Roma mengatakan bahawa Kristus ialah Roh itu yang berada dalam kita selepas kebangkitan-Nya. Dialah Yang subjektif itu.

BERKENAAN KRISTUS—

DILANTIK TENTU SEBAGAI ANAK TUHAN DARIPADA KEBANGKITAN

Injil Tuhan ini memperkatakan seorang persona, iaitu Kristus. Sudah tentunya pengampunan, penyelamatan, dan seterusnya terangkum dalam injil, namun semua ini bukan butir utama. Injil Tuhan adalah berkenaan persona Anak Tuhan, iaitu Yesus Kristus Tuan kita. Persona ajaib ini mempunyai dua sifatsifat divin dan sifat insani, iaitu kedivinan dan keinsanan.

Kristus dilahirkan daripada benih Daud (1:3). Inilah sifat insani-Nya, keinsanan-Nya. Seterusnya Paulus mengatakan bahawa Dia "dilantik tentu sebagai Anak Tuhan dalam kudrat menurut Roh kekudusan daripada kebangkitan orang mati” (1:4). Ini dengan jelasnya memperkatakan kedivinan Kristus.

Mula-mulanya, Kristus menempuh proses inkarnasi untuk menjadi tubuh daging. Kemudian Dia menempuh proses kematian dan kebangkitan. Melalui langkah kedua dalam proses-Nya, Dia menjadi Anak Tuhan daripada kebangkitan. Sebelum inkarnasi-Nya, Dia ialah Anak Tuhan; bahkan Roma 8:3 berkata, “Tuhan...mengutus Anak-Nya." Memandangkan Kristus sememangnya Anak Tuhan sebelum inkarnasi, mengapakah Dia masih perlu dilantik tentu sebagai Anak Tuhan daripada kebangkitan? Hal ini kerana melalui inkarnasi, Dia memakai elemen yang sama sekali tidak ada kena-mengena dengan kedivinan, iaitu sifat insani, tubuh daging manusia. Melalui kebangkitan, Kristus telah menguduskan dan meninggikan bahagian sifat insani, yakni keinsanan-Nya, dan Dia dilantik tentu daripada kebangkitan sebagai Anak Tuhan bersama dengan sifat insani ini. Dengan itu, dalam erti kata ini, Bible mengatakan bahawa Dia diperanakkan menjadi Anak Tuhan dalam kebangkitan-Nya (Kis. 13:33; Ibr. 1:5). Marilah kita mempertimbangkan contoh biji benih bunga teluki yang kecil. Apabila biji benih ini disemaikan ke dalam tanah, biji benih ini bertumbuh dan memekarkan bunga; kita dapat menamakan proses ini sebagai pelantiktentuan bunga teluki. Pemekarannya ialah pelantiktentuannya.

Kristus menjadi tubuh daging untuk menyempurnakan kerja penebusan. Penebusan memerlukan darah. Sudah tentu kedivinan tidak ada darah; keinsanan sahaja yang ada darah.  Oleh yang demikian, Kristus menjadi tubuh daging demi kerja penebusan. Namun demikian, penebusan bukanlah matlamat Tuhan. Sebaliknya penebusan hanya membuka jalan agar hayat dapat diberi. Kristus menjadi tubuh daging untuk menyempurnakan kerja penebusan bagi kita, manakala Dia dilantik tentu sebagai Anak Tuhan daripada kebangkitan untuk menyalurkan diri-Nya ke dalam kita untuk menjadi hayat kita. Buku Roma mempunyai satu matlamat. Matlamat ini ialah menghasilkan anak Tuhan yang banyak. Matlamat untuk menghasilkan anak Tuhan yang banyak ini memerlukan penebusan, penyaluran hayat, dan kehidupan melalui hayat ini.

KEADILBENARAN TUHAN DINYATAKAN DALAM INJIL 

Menurut Yohanes 3:16, penyelamatan berasal daripada kasih Tuhan. Menurut Efesus 2:8 pula, penyelamatan diberi melalui kurnia Tuhan. Akan tetapi, dalam ayat ini Paulus tidak mengatakan bahawa penyelamatan berasal daripada kasih Tuhan atau diberi melalui kurnia Tuhan; dia mengatakan bahawa penyelamatan datang menerusi keadilbenaran Tuhan.

Dari satu segi, Tuhan tidak terikat untuk mengasihi kita. Tambahan pula, Tuhan tidak terikat dari sisi hukum untuk memberi kita kurnia. Akan tetapi, keadilbenaran pula amat berkait rapat dengan hukum. Memandangkan Kristus telah memenuhi semua tuntutan adilbenar dalam hukum, maka Tuhan perlu menyelamatkan kita. Keadilbenaran ialah ikatan yang kuat. Tuhan tidak dapat mengelak. Dia mesti menyelamatkan kita kerana Dia adilbenar. Satu Yohanes 1:9 mengatakan bahawa jika kita mengaku dosa-dosa kita, Tuhan adalah adilbenar untuk mengampunkan dosa-dosa kita. Injil yang diberitakan oleh Paulus mempunyai kudrat kerana keadilbenaran Tuhan dinyatakan dalamnya. Haleluya!

Keadilbenaran Tuhan dinyatakan dalam injil daripada iktikad dan kepada iktikad (1:17); ini bermaksud bahawa asalkan kita ada iktikad, kita akan beroleh keadilbenaran Tuhan. Keadilbenaran Tuhan berasal daripada iktikad kita dan dinyatakan kepada iktikad kita. Asalkan kamu menyeru nama Tuan Yesus, Dia adalah kaya bagi kamu. Apabila kamu menyeru "O Tuan Yesus", Dia menjadi iktikad kamu.

Soalan-soalan Kajian:

1. Subjek buku Roma ialah injil Tuhan. Apakah perbezaan antara empat Injil (Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes) dengan Roma? (Sila rujuk KH Roma, Mesej 2, kata pendahuluan)

2. Sila bentangkan Persona ajaib ini kepada seorang rakan Kristian menurut Roma 1:3-4. Jelaskan juga pelantiktentuan-Nya sebagai Anak Tuhan dan bagaimana ini berkait dengan matlamat Tuhan memperoleh anak-Nya yang banyak. (Sila rujuk KH Roma, Mes. 2, m.s. 18-23, nota kaki bagi Roma 1:3-4)

Bacaan Selanjutnya:

Roma 1:1-17, sila baca dengan terperinci nota kaki 1:3 dan 4

Kajian-hayat Roma, Mesej Dua, m.s. 17-31

Mesej 1b: Prakata (2)
Mesej 3: Punca Kedurjanaan Dan Jalan Mengekang
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)