Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 1b: Prakata (2)
Mesej 1a: Prakata (1)
Mesej 2: Injil Tuhan
Mesej 1b: Prakata (2)
2021-03-11 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PRAKATA (2)

Bacaan Bible: 

2 Korintus 3:18 Tetapi kita semua degan muka yang tidak diselubungi, seperti cermin menatap dan memantulkan kemuliaan Tuan, sedang ditransform menjadi imej yang sama daripada kemuliaan kepada kemuliaan, sebagaimana daripada Tuan Roh. 

Petikan Bacaan: 

Bahagian-bahagian Dalam Buku Roma

Pembaca sekalian, sekarang kita akan melihat bahagian-bahagian dalam buku Roma. Tuan memberi kita lapan istilah untuk merujuk kepada lapan bahagian dalam buku ini: pengenalan, pengutukan, justifikasi, pengudusan, pemuliaan, pemilihan, transformasi, dan kesimpulan. Kami menggalakkan para pembaca untuk menghafal lapan istilah ini. 

A. Pengenalan—Injil Tuhan 

Pengenalan (1:1-17) berbicara tentang tema buku Roma, iaitu injil Tuhan.

B. Pengutukan—Keperluan untuk Diselamatkan

Berikutan bahagian pengenalan, terdapat bahagian pengutukan (1:18—3:20) yang menyingkapkan kepada kita keperluan terhadap penyelamatan Tuhan. Kita semua adalah orang yang tidak mempunyai harapan dan tidak berkeupayaan. Kita memerlukan penyelamatan.

C. Justifikasi—Penyempurnaan Penyelamatan

Bahagian ketiga, iaitu justifikasi (3:21—5:11), mewahikan penyempurnaan penyelamatan Tuhan. Berhubung dengan soal justifikasi ini, terdapat tiga butir yang lain—propisiasi, penebusan, dan pendamaian. Justifikasi Tuhan bergantung pada penebusan Kristus dan penebusan pula mempunyai satu aspek yang utama—propisiasi. Sebagai pendosa, kita banyak berhutang kepada Tuhan. Walau bagaimanapun, masalah ini telah diselesaikan oleh Kristus yang menjadi korban propisiasi kita. Justifikasi Tuhan menghasilkan pendamaian. Haleluya!

D. Pengudusan—Proses Hayat dalam Penyelamatan

Selepas justifikasi, terdapat pengudusan (5:12—8:13). Apakah maksud dikuduskan? Jika kita memasukkan teh ke dalam segelas air kosong, air itu akan “ditehkan”. Sebaik mana pun, kita hanyalah air kosong. Namun kita sebenarnya bukan air kosong, tetapi air kotor. Kita memerlukan teh untuk masuk ke dalam diri kita. Kristus sendiri ialah teh syurgawi. Kristus berada dalam kita. Haleluya! Apabila kita sampai ke bab 8, kita melihat bahawa Tuhan kita kini berada dalam kita. Kristus berada dalam diri kita (Roma 8:10)! Akhirnya air akan “ditehkan” sepenuhnya, dan memiliki rupa luaran, bau, dan rasa teh yang sebenar. 

E. Pemuliaan—Tujuan Penyelamatan

Bahagian yang seterusnya dalam buku Roma ialah pemuliaan (Roma 8:14-3) yang mewahikan tujuan penyelamatan Tuhan. Tujuan penyelamatan Tuhan ialah menghasilkan banyak dikbang untuk Kristus. Pada asalnya, Kristus ialah Anak tunggal Tuhan. Kini Anak tunggal Tuhan telah menjadi Anak sulung Tuhan. Kita sendiri akan melalui suatu proses untuk menjadi dikbang-dikbang Kristus dan anak Tuhan yang banyak. 

F. Pemilihan—Ekonomi Penyelamatan

Selepas pemuliaan, kita sampai kepada pemilihan yang mewahikan ekonomi penyelamatan (Roma 9:1-11:36). Tuhan amat arif dan Dia mengatur segala sesuatu untuk menggenapi tujuan-Nya. Dia tahu apa yang sedang dilakukan-Nya. Dia tahu siapa umat pilihan-Nya dan Dia tahu bila umat pilihan-Nya akan dipanggil. 

G. Transformasi—Amalan Kehidupan dalam Penyelamatan

Berikutan itu, terdapat bahagian transformasi; bahagian ini menyingkapkan amalan kehidupan dalam penyelamatan (Roma 12:1—15:13). Dari satu segi, kita berada dalam pengudusan, dari segi yang lain, kita juga berada dalam transformasi. Kita berada dalam proses hayat dan juga amalan kehidupan; ini membolehkan kita mempunyai kehidupan Tubuh berserta kehidupan peribadi yang wajar.

H. Kesimpulan—Konsumasi Muktamad bagi Penyelamatan

Bahagian terakhir buku Roma ialah kesimpulannya; bahagian ini menunjukkan konsumasi muktamad bagi penyelamatan (Roma 15:14-16:27). Konsumasi muktamad bagi penyelamatan Tuhan ialah gereja-gereja-bukan sahaja Tubuh, malah juga gereja-gereja lokal yang merupakan ekspresi Tubuh. Haleluya! Buku Roma bermula dengan injil Tuhan dan berakhir dengan gereja-gereja lokal. Secara kesimpulannya, struktur utama buku Roma ialah penyelamatan, hayat, dan pembinaan.

Soalan-soalan Kajian:

    1. Sila jelaskan maksud “pengudusan” kepada seorang percayawan baru menggunakan teh sebagai contoh. (Sila rujuk KH Roma, Mes. 1, m.s.12-13, bahagian Pengudusan)

    2. Bagaimanakah kita dapat mengalami proses hayat sehingga mencapai pemuliaan secara praktikal dalam kehidupan harian kita? 

Bacaan selanjutnya: 

Kajian-hayat Roma, Mesej Satu, m.s. 11-16

Mesej 1a: Prakata (1)
Mesej 2: Injil Tuhan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)