PEMBEBASAN
ROH ITU DALAM ROH KITA (2)
Ayat-ayat Bible: Roma 8:1-6
Kajian-hayat: Mesej 15
Bacaan Bible:
Roma 8:2 Kerana hukum
Roh hayat telah membebaskan aku dalam Kristus Yesus daripada hukum dosa dan
maut.
Roma 8:6 Kerana minda diletakkan pada tubuh daging ialah
maut, tetapi minda diletakkan pada roh ialah hayat dan damai sejahtera.
Petikan
Bacaan:
Dalam mesej ini, kita akan mula
melihat Roma 8:1-6.
PEMBEBASAN
HUKUM ROH HAYAT
Kini
Tidak Ada Pengutukan
Pada pengakhiran Roma 7 Paulus
berseru, “Aku manusia yang sengsara! Siapakah yang akan menyelamatkan aku
daripada tubuh kepunyaan maut ini?” (ay.24). Paulus memulakan bab lapan dengan
berkata, “Jadi sekarang, tidak ada pengutukan terhadap mereka yang berada dalam
Kristus Yesus” (ay.1). Dalam buku Roma terdapat dua jenis pengutukan:
pengutukan luaran yang objektif dan pengutukan dalaman yang subjektif.
Pengutukan luaran diselesaikan sepenuhnya melalui darah penebusan Kristus.
Pengutukan dalaman yang subjektif
ditemui dalam bab tujuh. Apabila Paulus meratap, “Aku manusia yang sengsara,”
dia bukan mengalami pengutukan Tuhan, tetapi mengalami pengutukan yang datang
daripada dirinya, yakni pengutukan diri oleh orang yang cuba mematuhi hukum.
Jika kamu seorang yang bersikap acuh tak acuh, tidak pernah cuba menjadi baik,
kamu tidak akan mengalami pengutukan dalaman. Akan tetapi, jika kamu berkata,
“Aku mesti jadi betul dan sempurna,” kamu akan dikutuk oleh diri sendiri.
Semakin kamu cuba memperbaiki diri kamu, semakin kamu berada di bawah
pengutukan diri. Pengutukan ini bukan datang daripada Tuhan. Tuhan akan
berkata, “Anak yang jahil, Aku tidak mahu kamu mengalami pengutukan sedemikian.
Kamu sendiri yang mencari masalah.”
Pada penghujung bab tujuh, selepas
Paulus berseru dalam kesengsaraan, dia mengisytiharkan dalam kemenangan,
“Sekarang, tidak ada pengutukan terhadap mereka yang berada dalam Kristus
Yesus.”
Pembebasan
Hukum Roh Hayat
Hukum yang membebaskan kita ini
mempunyai potensi yang terbesar berbanding dengan mana-mana hukum. Walaupun di
luar kita terdapat hukum Tuhan yang menuntut, dalam minda kita terdapat hukum
kebaikan yang bersetuju dengan hukum Tuhan, dan dalam tubuh kita terdapat hukum
dosa yang berperang menewaskan hukum kebaikan, namun kita harus memuji Tuan
kerana dalam roh kita terdapat hukum Roh hayat. Hukum ini berada dalam kita dan
membebaskan kita.
Bagaimanakah hukum Roh hayat
membebaskan kita? Ia membebaskan kita dengan cara yang “hebat”. Menurut kaedah
peperangan zaman kuno, jika sesetengah tentera dikepung oleh pasukan musuh,
mereka perlu menyerang untuk merempuh keluar. Akan tetapi, dalam peperangan
zaman moden, tidak ada keperluan sedemikian; kita ada jalan naik ke atas. Kita
boleh berkata kepada Syaitan, “Syaitan, kamu lebih berkuasa berbanding dengan
saya. Tetapi tidak tahukah kamu bahawa saya mempunyai Tuhan yang ajaib, yang
berada dalam roh saya dan di syurga-syurga? Syaitan, saya tidak perlu merempuh
keluar. Saya hanya berkata, ‘Puji Tuan’, saya sudah berada di syurga ketiga.
Syaitan, kamu dan tentera kamu yang menyerang berada di bawah kaki saya, dan
saya adalah bebas.”
Minda
Ialah Kunci
Kita akan menyimpulkan dengan 8:6,
“Kerana minda diletakkan pada tubuh daging ialah maut, tetapi minda diletakkan
pada roh ialah hayat dan damai sejahtera.” Minda yang sendirinya tidak berupaya
mematuhi hukum Tuhan boleh menjadi minda hayat dan damai sejahtera apabila
minda ini diletakkan pada roh.
Ini bukan teori; perkara ini
berkesan dari segi amalan. Jika kamu mengamalkannya, kamu sendiri akan
mengesahkannya. Paulus menulis Roma 8 bukan menurut teori, tetapi menurut
pengalamannya. Hukum mudah digenapi secara spontan. Sebenarnya bahkan kita
tidak perlu melakukannya sendiri, kerana hukum itu akan digenapi dalam kita
secara spontan dan tanpa disedari. Walaupun kita tidak berniat untuk menggenapi
hukum itu, kita mendapati bahawa hukum telah digenapi. Kamu mungkin tidak
berniat hendak mengasihi isteri kamu, namun kamu mengasihinya tanpa disedari.
Inilah penggenapan tuntutan hukum secara spontan dan automatik dengan
meletakkan minda pada roh.
Soalan-soalan Kajian:
1. Bagaimanakah hukum Roh hayat membebaskan kita?
(Sila rujuk KH Roma, Mes. 15, ms. 199-201)
2. Doa-baca Roma 8:6. Kongsikan dengan teman rohani
anda tentang pengalaman terhadap ayat ini. (Sila rujuk KH Roma, Mes. 15, ms.
207-209)