Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 1: Prakata (1)
Mesej 2: Prakata (2)
Mesej 1: Prakata (1)
2021-12-14 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PRAKATA (1)

Kajian-hayat: Mesej 1

Petikan Bacaan:

Mesej ini ialah prakata bagi kajian-hayat Injil Yohanes. Kita perlu mempunyai pandangan sepintas lalu terhadap seluruh Bible. Bible adalah sebuah buku tentang hayat dan pembinaan.

Bible amat bersinambungan dalam pembicaraannya. Jika kamu membaca Bible dengan penglihatan dalaman dan visi syurgawi, kamu akan mendapati bahawa Bible bermula dengan hayat dan pembinaan. Kita melihat hayat dan pembinaan dalam Kejadian 2. Sejurus selepas manusia dicipta, hayat dibawa masuk. Setelah Yehova Tuhan mencipta manusia, Dia menempatkan manusia di sebuah taman, di hadapan pohon hayat (Kej. 2:7-9). Selepas pohon hayat diperkatakan, kita melihat sungai yang mengalir dan tiga jenis bahan berharga: emas, damar bedolah, iaitu mutiara, dan batu oniks, iaitu bahan berharga. Menurut wahi yang seterusnya dalam Kitab, terutamanya Wahi 21, bahanbahan berharga ini bertujuan untuk pembinaan Tuhan. Dalam Kejadian 2:22, kita mendapati bahawa pembinaan disebut secara khusus. “Dan Yehova Tuhan membina tulang rusuk yang telah diambil-Nya daripada manusia itu menjadi seorang perempuan lalu membawanya kepada manusia itu” (Ibr.). Tuhan mengeluarkan satu tulang rusuk dari sisi Adam dan menggunakannya untuk membina seorang isteri bagi Adam. Justeru, lelaki dicipta tetapi perempuan dibina. Dalam Kejadian 2, kita melihat hayat, bahan-bahan yang terhasil daripada aliran hayat, dan pembinaan seorang isteri. Oleh itu, dalam Kejadian 2, kita ada hayat dan pembinaan. 

Dalam dua bab terakhir Bible, kita dapat melihat pembinaan Yerusalem Baru. Dalam Yerusalem Baru, sungai hayat mengalir dan pohon hayat bertumbuh di dalam air sungai (Wahi 22:1-2). Justeru, jelas bahawa cara Bible berakhir adalah sebagaimana cara Bible bermula, iaitu dengan hayat dan pembinaan. 

Kita sudah melihat bahawa Bible bermula dan berakhir dengan hayat dan pembinaan. Injil Yohanes, iaitu jambatan di antara dua hujung Bible, merupakan buku yang memperkatakan hayat dan pembinaan.  Beberapa perkataan dalam bab pertama injil ini boleh meyakinkan kita tentang hakikat ini. “Pada mulanya ada Sabda....Dalam Dia ada hayat” (1:1, 4). Seterusnya, ayat 42 dalam bab yang sama mengatakan berkenaan batu. Apabila Simon dibawa oleh abangnya Andreas untuk berjumpa dengan Tuan, Tuan memberinya satu nama baru, iaitu Kefas yang bermakna batu. Dalam bab yang sama kita diberitahu bahawa dalam Tuan ada hayat dan salah seorang daripada disipal-Nya menjadi batu. Ini bermaksud bahawa hayat bukan sahaja memulihkan, menghidupkan, dan melahirukan manusia, tetapi hayat juga mentransform manusia. Hayat akan mentransform percayawan menjadi batu. Tujuan dan fungsi batu diwahikan dalam 1:51. Semasa berbicara dengan Natanael, Tuan berkata, “Sesungguh-sungguhnya Aku beritahu kamu, Kamu akan melihat syurga terbuka dan malaikat-malaikat Tuhan naik dan turun pada Anak Manusia.” Ini merupakan penggenapan mimpi Yakub yang tercatat dalam Kejadian 28:10-22. Dalam mimpi tersebut, Yakub nampak satu tangga yang didirikan di atas bumi. Satu hujungnya mencapai syurga dan pada tangga ini, malaikat-malaikat Tuhan naik dan turun (Kej. 28:12). Yakub menamai tempat dia bermimpi itu Betel (Kej. 28:19), yang bermakna “rumah Tuhan”. Justeru, berdasarkan cahaya yang tersirat dalam semua ayat ini dalam Yohanes 1, kita nampak bahawa Injil Yohanes adalah berkenaan hayat dan pembinaan. 

Tambahan pula, Yohanes 14:2 berkata, “Dalam rumah Bapa-Ku, ada banyak tempat tinggal; jika bukan demikian, Aku pasti sudah beritahu kamu; kerana Aku pergi untuk menyediakan tempat bagimu.” Ayat ini memberitahu kita bahawa Tuan akan pergi menyediakan banyak tempat tinggal di dalam rumah Bapa. Jika kita mengasihi Tuan, Dia akan datang bersama dengan Bapa dan membuat tempat tinggal bersama dengan kita (14:23). Jika kita mengkaji Yohanes 14, kita akan melihat bahawa ini merujuk kepada pembinaan kediaman abadi Tuhan, iaitu pembinaan yang mempunyai banyak tempat tinggal. Justeru, Injil Yohanes adalah sama sekali injil yang memperkatakan hayat dan pembinaan. Jika kamu ingin mengetahui makna sebenar Bible, kamu tidak boleh meninggalkan Injil Yohanes. Kunci bagi seluruh Bible ada pada buku ini. 

Hayat adalah Tuhan digarapkan ke dalam diri kita. Jika Tuhan Tritunggal benar-benar telah digarapkan ke dalam kita, apa yang terhasil ialah Tuhan yang diperbesar dan diperluas. Seperti mana yang telah saya katakan sebelum ini dalam mesej ini, Tuhan tidak mencipta satu pasangan. Dia hanya mencipta seorang manusia. Si isteri berasal daripada suaminya, dan menjadi suaminya yang diperbesar. Inilah pembinaan. Hawa, isteri Adam, merupakan pembinaan Tuhan, dan pembinaan ini ialah Adam yang diperbesar. Adam ialah lambang dan tamsil bagi Tuhan yang menjadi seorang manusia, manakala Hawa ialah lambang dan tamsil pembinaan Tuhan. Memandangkan pembinaan ini sebahagian daripada Adam, tentunya pembinaan ini ialah dirinya yang diperbesar dan diperluas. 

Kita perlu membaca Bible dengan teliti. Dalam Kejadian 1, Tuhan berseorangan. Pada hujung buku Wahi pula, Tuhan berada di pusat kota kudus, Yerusalem Baru, iaitu Tuhan yang diperbesar. Pada mulanya kita hanya melihat Tuhan sendiri tanpa sebarang perluasan atau pembesaran. Namun begitu, sepanjang zaman, dari satu generasi ke satu generasi, Tuhan terus menggarapkan diri-Nya ke dalam umat pilihan-Nya. Akhirnya kita semua akan menjadi pembinaan-Nya, pembinaan yang merupakan Tuhan sendiri yang diperbesar. Justeru, pembinaan ini akan menjadi perluasan Tuhan, dan perluasan ini akan mengekspresikan Tuhan secara korporat. Inilah pembinaan Tuhan. Pembinaan bukan sekadar bererti saya bersandar pada kamu, dan kamu bersandar pada saya, dan dikbang serta dikkak bersandar pada satu sama lain. Pemahaman berkenaan pembinaan ini tidak memadai. Pembinaan yang wajar ialah Tuhan yang diperbesar, iaitu Tuhan Tritunggal yang diperluas, yang membolehkan Tuhan diekspresikan secara korporat. Inilah wahi dalam Injil Yohanes. Injil Yohanes mewahikan bahawa Tuhan Tritunggal sedang mendispenkan diri-Nya ke dalam percayawan-Nya dan semua percayawan-Nya menjadi Tuhan yang diperbesar sebagai hasil daripada transfusi dan infusi Tuhan Tritunggal ke dalam mereka. Tuhan Tritunggal yang diperbesar adalah Tuhan yang diperluas, dibina, dan diekspresikan. Inilah wahi dalam Injil Yohanes. Justeru, semasa memperkatakan pembinaan Tuhan, maksud kita ialah Tuhan Tritunggal digarapkan ke dalam kita sebagai hayat secara terus-menerus, dan di bawah transfusi dan infusi-Nya, kita menjadi satu ekspresi-Nya. Ekspresi ini ialah Tuhan yang diperbesar dan diperluas. Semoga pemikiran ini tertulis pada hati kita. 

Mesej 2: Prakata (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)