Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Amalan Hayat Menyeru Nama Tuan Menyeru Nama Tuan (2)
Menyeru Nama Tuan – Rahsia Kenikmatan Kita terhadap Tuan
Menyeru Nama Tuan (2)
2016-08-17 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Menyeru Tuan untuk Menimba Air Dari Mata Air Penyelamatan

Amalan menyeru Tuan bukan hanya ada dalam Wasiat Baru tetapi juga ada dalam Wasiat Lama. Yesaya 12:2 memberitahu kita bahawa Tuhan sendiri ialah penyelamatan kita dan kidung kita. Ayat 3 mengatakan bahawa Dia ialah mata air penyelamatan, dan kita perlu menimba air daripada mata air ini dengan girang. Kemudian ayat yang seterusnya memberitahu kita bagaimana menimba air ini. Ayat 4 mengatakan bahawa kita perlu bersyukur kepada Tuan kemudian menyeru nama-Nya. Ayat 6 pula mengatakan bahawa kita harus berseru dan bersorak.

Bagaimanakah kita minum air penyelamatan? Sesetengah orang mungkin mengatakan bahawa kita perlu merenungi Tuan secara senyap atau mengkaji Sabda. Akan tetapi, Yesaya 12 jelas memberitahu kita bahawa Tuhan ialah penyelamatan kita dan kidung kita. Dia ialah mata air penyelamatan. Kita perlu menimba air dari mata air ini, bukan dengan merenung, bukan dengan menjadi senyap, tetapi dengan memuji Tuan, dengan menyeru nama-Nya, bahkan dengan berseru dan bersorak. Menurut Roma 10, jika kita hendak menikmati penyelamatan Tuan dan masuk ke dalam kenikmatan terhadap segala kekayaan Kristus, kita perlu menggunakan mulut kita untuk menyeru nama-Nya. Menurut Yesaya 12, cara untuk menimba air hidup dari mata air penyelamatan ialah bersyukur kepada Tuan, menyeru nama-Nya, bahkan berseru dan bersorak.

Tuan ialah Roh almuhit yang hidup. Dia turun dari syurga-syurga untuk menjadi seorang insan, yang merupakan Adam terakhir dan naik dari abis untuk menjadi Roh beri-hayat dalam kebangkitan (1 Kor. 15:45b). Kini Dia ialah pneuma, sama seperti udara dalam mulut kamu. Jika kita membuka mulut kita dari dalaman hati kita dan dengan roh kita untuk menyeru “Tuan Yesus”, Dia akan masuk ke dalam kita. Inilah cara untuk menerima Kristus ke dalam kita yang merupakan wadah. Dia ialah isi kandungan, dan kita ialah bekas. Cara bagi kita, yakni bekas, menerima-Nya masuk sebagai isi kandungan ialah menggunakan mulut kita untuk menyeru nama-Nya: “O Tuan Yesus! O Tuan Yesus!” Dengan cara ini semua botol, wadah, akan diisi penuh dengan Kristus, bukan hanya memperoleh Kristus sebagai penyelamatan mereka, tetapi juga memperoleh segala apanya Dia dalam kekayaan-Nya yang tidak terduga. Di sini, Roma 10:12 mengatakan bahawa Tuan adalah “kaya kepada semua yang menyeru-Nya”. Cara untuk menikmati segala kekayaan Kristus yang tidak terduga ini ialah menyeru-Nya!

Kidung #T16

Dengan girang timbalah air
Di sumur penyelamatan
Hari itu katalah,
Puji Tuan.

(Ulang empat baris di atas)
Seru nama-Nya, b’ritakan kerja-Nya pada bangsa,
Junjungi dan masyhurkan nama-Nya.
Sorak-sorai! Wahai penduduk di Zion:
Ker’na agungnya Sang Kudus Israel di kalangan mu.

Menyeru Nama Tuan – Rahsia Kenikmatan Kita terhadap Tuan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)