Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Menyerah Diri
Bermegah dalam Kelemahan Sendiri
Apa Itu Salib?
Menyerah Diri
2021-06-26 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e-Roti Hayat


Menyerah Diri


Syarat pertama ialah: "Aku telah disalibkan bersama dengan Kristus." Apakah maksud ayat ini? Mengapakah kita harus disalibkan bersama dengan Kristus dahulu, barulah kita dapat beroleh hayat yang jayeng? Dikbang dan dikkak, berapakah persona yang tinggal dalam kamu? Kita tahu bahawa pada saat kita percaya, Tuan hidup dalam kita. Dua Korintus 13:5 berkata, "Tidakkah kamu sedar akan dirimu bahawa Yesus Kristus berada dalam kamu, melainkan kamu tidak teruji lulus” Kita sebagai percayawan tahu bahawa kita bukannya orang yang tidak teruji lulus. Oleh itu, Tuan berada dalam kita sememangnya satu hakikat yang pasti. Akan tetapi, malangnya bukan sahaja Kristus yang hidup dalam kita, malah diri kita juga hidup dalam kita. Sekiranya kita hendak mengalami Tuan sebagai hayat yang jayeng, maka kita perlu berpindah keluar. Kita perlu beredar, dan kita perlu lepas tangan. Jika kita telah keluar, kita akan beroleh hayat yang jayeng ini.


Semalam seorang dikkak bertanya kepada saya, “Bagaimanakah saya dapat beroleh hayat yang jayeng ini?" Saya menjawab, “Kamu perlu berpindah.” Masalah sekarang bukan sama ada Kristus berada dalam kita atau tidak, kerana pada saat kita percaya, Kristus sudah pun mula hidup dalam kita. Masalah hari ini bukanlah Dia tidak berada dalam kita, tetapi kita harus berpindah keluar. Kita penghuni yang terlalu kotor; kita banyak berbuat dosa. Sebaik sahaja kita berpindah, segala-gala akan menjadi baik. Oleh itu, syarat pertama ialah kita harus keluar. Syarat pertama ialah kita harus berpindah. 


(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 86 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my)

Bermegah dalam Kelemahan Sendiri
Apa Itu Salib?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)