Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Menyangkal Sukma Kita
Berhidupkan Kristus ialah Kehidupan Pembauran
Berhidupkan Kristus dengan Mengasihi-Nya
Menyangkal Sukma Kita
2020-09-24 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Untuk berhidupkan Kristus, hidup kerana Kristus, kita harus belajar menyangkal sukma kita. Kebenaran menyangkal sukma ini telah ditentang oleh sesetengah orang. Mereka mengatakan bahawa sekiranya kita menyangkal sukma kita, kita akan tamat. Walau bagaimanapun, menyangkal sukma kita sebenarnya bermaksud menyangkal sukma sebagai persona kita, bukan sebagai organ kita. Sebagai organ kita, sukma kita-minda, emosi, dan tekad kita-adalah sangat berguna. Dalam pengalaman rohani, semakin rohaninya kita, semakin kayanya pemikiran kita. Semakin rohaninya kita, semakin kayanya emosi kita. Sebenarnya, jika kita tidak tahu bagaimana menangis atau mengalirkan air mata, kita tidak begitu rohani. Walau bagaimanapun, kita perlu mempertimbangkan bagaimana kita mengalirkan air mata. Sekiranya kita mengalirkan air mata daripada sukma kita sebagai persona, ini bukan berhidupkan Kristus. 


Selama banyak tahun saya tidak pernah mengalirkan air mata daripada sukma saya yang merupakan persona saya. Akan tetapi, apabila saya mula hidup dalam roh, dalam manusia baru saya, dan mengambil sukma sebagai organ saya, saya mula mengalirkan air mata. Pada masa ini saya mengalirkan air mata melalui sukma sebagai organ saya, bukan sebagai persona saya. Persona yang mengalirkan air mata ialah roh saya. Prinsipnya juga sama pada hari ini. Apabila kita mengasihi seseorang melalui sukma kita sebagai persona, itu adalah salah. Ia mungkin kasih, tetapi kasih itu berasal daripada manusia lama dan masih berkaitan dengan tubuh daging. Mengasih melalui sukma sebagai persona adalah salah, tetapi mengasih melalui roh kita sebagai persona dan sukma kita sebagai organ kita adalah betul. Kita tidak mungkin dapat mengasihi seseorang tanpa menggunakan sukma kita. Secara tegasnya, roh kita tidak mempunyai keupayaan untuk mengasih. Untuk mengasih, kita mesti mempunyai organ yang mengasih. Organ yang mengasih ialah emosi kita, iaitu sebahagian daripada sukma kita.

(Pengalaman & Pertumbuhan dalam Hayat, Mesej 5)

Berhidupkan Kristus ialah Kehidupan Pembauran
Berhidupkan Kristus dengan Mengasihi-Nya
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)