Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Memberitakan Injil Menjadi Saksi-saksi Tuan
Injil ialah Satu-satunya Amanat dan Pekerjaan Gereja
Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (1)
Menjadi Saksi-saksi Tuan
2019-01-13 | 1 Komen
A- A+ Simpan

Dalam Kisah Para Dutus 1:6, disipal-disipal Tuan bertanya kepada-Nya, adakah Tuan akan merestorasikan kingdom untuk Israel pada masa kini? Tuan menjawab mereka bahawa bukanlah bagi mereka untuk mengetahui masa atau musim yang ditetapkan Bapa dengan kuasa-Nya sendiri. Akan tetapi, apabila Roh Kudus turun ke atas mereka lalu mereka memperoleh kudrat, mereka akan menjadi saksi-saksi-Nya. Paulus ialah saksi sedemikian. Dia hidup dalam kalangan bangsa Asing dalam Kisah 27 hingga 28. Di atas kapal itu, jika ada orang Yahudi pun sedikit sahaja bilangannya. Dalam pelayaran itu, setiap perkara memikul ciri-ciri bangsa Asing. Makanan, sekitaran, dan suasana semuanya kepunyaan bangsa Asing. Bahkan di atas pulau Malta pun tidak ada satu benda yang kepunyaan orang Yahudi. Di sekeliling Paulus hanya ada bangsa Asing dan cara hidup bangsa Asing. Namun begitu, dalam keadaan seperti itu, kehidupan Paulus pula seperti raja di dalam istana.

Kita harus menghidup keluar Kristus, seperti yang dilakukan oleh Paulus dalam Kisah bab 27 hingga 28. Jika kita hanya berhidupkan Kristus dalam keadaan yang memenuhi adat resam, perwatakan, konstitusi, dan perangai kita, apa yang kita hidupkan itu bukanlah yang sebenar. Dalam dua bab ini, Paulus berhidupkan Kristus dalam situasi yang sama sekali bertentangan dengan adat resam dan perwatakannya. Banyak perkara yang berlaku tidak menggalakkan bahkan mengecewakan Paulus, namun dia masih dapat menghidup keluar kehidupan dengan standard yang tertinggi. Inilah Tuhan-manusia yang ajaib, unggul, dan penuh misteri, yang hidup dalam buku Injil, dan terus hidup dalam Kisah Para Dutus menerusi seorang daripada anggota-Nya yang banyak! Inilah saksi hidup bagi Kristus yang berinkarnasi, tersalib, bangkit, dan dijunjung Tuhan! Paulus berhidupkan Kristus dan memperbesar Kristus dalam pelayarannya (Flp. 1:20-21).

Ini juga harus menjadi kehidupan kita. Pada akhir zaman ini, tidak kira apa jua situasi yang kita hadapi, semoga kita tetap berhidupkan Kristus dan memperbesar Kristus untuk menjadi saksi-saksi Tuan yang hidup. Dengan demikianlah kita memaparkan Kristus dan menyalurkan-Nya kepada pelbagai bangsa di sekeliling kita.

Kidung #665

Pada dunia, bekal Kristus,
Tak hanya dengan kata,
Salur Kristus lewat hidup,
Pada insan yang m’rana.
Korus:
Pada dunia, bekal Kristus,
Dalam hidup nyatakan-Nya;
Hidup Kristus, salur Kristus,
Berilah Dia pada s’mua.

Injil ialah Satu-satunya Amanat dan Pekerjaan Gereja
Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Toni pada 2019-02-21
Amen