Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Menjadi Pencinta Yesus yang Gila
Persembahan Diri Merupakan Permulaan Segala Pengalaman
Kehidupan yang Cetek Tidak Berakar
Menjadi Pencinta Yesus yang Gila
2017-02-05 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Dalam 1 dan 2 Timotius dan Titus, tujuh jenis pencinta atau pengasih disebut: (1) pencinta diri, (2) pencinta wang (ay. 2; 1 Tim. 6:10), (3) pencinta keseronokan, (4) pencinta Tuhan (ay. 4), (5) pencinta kebaikan (Tit. 1:8), (6) pengasih suami, dan (7) pengasih anak-anak (Tit. 2:4). Begitu juga, dua jenis bukan pencinta disebut: (1) bukan pencinta kebaikan, dan (2) bukan pencinta Tuhan (ay. 3-4). Apa sahaja yang dicintai seseorang, pada benda itulah segenap hatinya, malah seluruh dirinya ditempatkan, diduduki dan dimiliki. Ini amat penting!

Di tepi Laut Tiberias, Tuan bertanya kepada Petrus, “Simon Petrus,…adakah kamu mengasihi Aku lebih daripada segala ini?” (Yoh. 21:15). Kehidupan orang Kristian bukan perkara berkenaan bekerja untuk-Nya atau melayan-Nya. Lupakan semua ini. Syaitan, yang licik itu, akan masuk memperdaya kamu dengan menggoda kamu untuk melayan Tuan. Hari ini, dalam generasi ini, Tuan tidak memerlukan banyak orang muda bekerja untuk-Nya. Dia memerlukan orang muda mengasihi Dia secara terdesak. Jika kamu mengasihi-Nya hanya setengah hari, kamu akan menjadi gila. Hari ini Tuan Yesus memerlukan banyak pencinta yang gila.

Mengatakan “O Tuan Yesus, aku mengasihi-Mu,” bukan satu ungkapan semata-mata. Ini merupakan pernafasan rohani melalui penyeruan nama-Nya. Apabila kamu berkata, “Tuan Yesus, aku mengasihi-Mu,” kamu mempunyai perasaan manis di dalam. Apabila kamu mengatakan ini, kamu memberi Dia lebih banyak ruang di dalam diri kamu. Dia akan menyebarkan diri-Nya ke dalam diri kamu dan menepui diri kamu dengan segala apanya Dia, dengan segala kekayaan-Nya. Jika kamu berbuat demikian siang dan malam, kamu akan ditepui Yesus secara menyeluruh. Inilah Yesus diwahikan dalam kamu (Gal. 1:16a), hidup dalam kamu (2:20a), terbentuk dalam kamu (4:19), dan berumah dalam seluruh diri kamu (Ef. 3:17a). Dari dalam roh, kamu perlu memberitahu Tuan seribu kali sehari, “Tuan Yesus, aku mengasihi-Mu.” Nama Yesus ialah nama yang termanis di bumi. Dengan memberitahu Tuan bahawa kamu mengasihi-Nya, secara spontan kamu akan memberi lebih banyak ruang, lebih banyak tempat, dalam kamu kepada Yesus.

Dalam Kristianiti terdapat terlalu banyak kerja, terlalu banyak pelayanan manusia. Bahkan mereka menggelar perhimpunan mereka sebagai kebaktian (service), yang juga membawa maksud pelayanan. Namun kita harus sedar bahawa perhimpunan kita ialah perjamuan. Kita berhimpun untuk menikmati Yesus sebagai jamuan dengan mengasihi-Nya. Kita perlu dipikat oleh-Nya. Terhadap semua perasaan kita, tidak harus ada apa-apa yang sebegitu manis, sebegitu berharga, sebegitu memikat, dan sebegitu ajaib seperti Yesus. Kita semua harus berdoa, “Tuan Yesus, buatlah aku mengasihi-Mu. Tunjukkanlah keelokan-Mu. Tunjukkanlah keindahan-Mu. Tunjukkanlah kecantikan-Mu. Tunjukkanlah kemanisan-Mu.” Nama Yesus haruslah begitu manis bagi kamu. Jika semua orang muda rela ditawan oleh keindahan Kristus yang menawan, seluruh negara akan dipengaruhi. Kita tidak memerlukan penginjil, minister, atau pastor. Kita memerlukan pencinta Yesus.

Setiap benua memerlukan pencinta yang sedemikian. Kita perlu menjadi gila dengan Yesus demi seluruh bumi. Setiap tempat memerlukan pencinta Yesus. Jangan prihatin tentang kehidupan, takdir, atau masa depan kamu. Takdir kamu ialah mengasihi Yesus, menjadi gila untuk Yesus. Setiap kota, setiap negeri, dan setiap negara memerlukan sekumpulan orang muda, pencinta Yesus yang gila. Kita semua perlu menjadi pencinta Yesus yang gila! Inilah yang diperlukan oleh generasi hari ini.

Persembahan Diri Merupakan Permulaan Segala Pengalaman
Kehidupan yang Cetek Tidak Berakar
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)