Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Menikmati Penyelamatan Penuh Tuhan
Siapakah yang Dapat Memisahkan Kita daripada Kasih Kristus?
Siapakah Kemenangan?
Menikmati Penyelamatan Penuh Tuhan
2021-03-31 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e-Roti Hayat

31 Mac 2021

Menikmati Penyelamatan Penuh Tuhan 

Ayat Bible: 

Roma 6:6 Kerana mengetahui ini, bahawa manusia lama kita telah disalibkan bersama dengan-Nya supaya tubuh dosa dapat dimansuhkan, agar kita tidak lagi melayan dosa sebagai abdi.

Roma 6:11 Begitu juga dengan kamu, kiralah dirimu sebagai yang mati terhadap dosa, tetapi hidup terhadap Tuhan dalam Kristus Yesus. 

Petikan Bacaan:

    Dikbang dan dikkak, adakah Tuhan menyelamatkan kita tetapi membiarkan kita terus berbuat dosa dan terus menyesal? Adakah kita masih boleh berbuat dosa sekiranya Anak Tuhan telah mati untuk kita? Sebelum kita diselamatkan, kita berbuat dosa. Sekarang kita telah diselamatkan, adakah kita masih berbuat dosa? Sebelum diselamatkan, dosa meraja. Setelah diselamatkan, adakah dosa masih meraja? Oh, dosa bertentangan dengan Tuhan; kesan dosa tidak seharusnya ada pada kita. Dosa tidak seharusnya terus tinggal pada kita. Adakah Tuhan akan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan diri-Nya? Pasti tidak. Oh, betapa jahatnya dosa! Dosa tetap dosa, tanpa kira dosa itu dosa perwatakan, dosa kegagalan, dosa tubuh badan, atau dosa minda.

    Marilah kita berbicara kepada Tuan, “O Tuan, aku bersyukur kepada-Mu dan memuji-Mu! Penyempurnaan-Mu di atas salib bukan sahaja menyelamatkan aku daripada hukuman dosa, tetapi juga menyelamatkan aku daripada kuasa dosa. Tuan, tunjukkanlah kepada aku bahawa penyelamatanku masih tidak lengkap. Tunjukkanlah kepada aku bahawa aku perlu jayeng.” Dikbang dan dikkak sekalian, sekiranya pengalaman kita tidak sepadan dengan kata-kata Bible, maka kita perlu jayeng. Kita perlu memohon kepada Tuan agar menyinari kita dan mendedahkan diri kita. Kita tidak harus menipu diri sendiri dengan mengatakan bahawa orang Kristian tidak dapat mengelak daripada berbuat dosa. Saya berasa tidak ada kata-kata yang lebih melukakan hati Tuan daripada kata-kata ini! Dikbang dan dikkak, adakah kamu tahu apa yang telah disempurnakan Tuan di atas salib? Adakah kamu berfikir bahawa Tuan pergi ke salib hanya untuk kita terus berada dalam keadaan kita sekarang? Janganlah berbohong. Jangan mengatakan bahawa kamu dapat menahan diri dan mengawal diri. Penahanan dan pengawalan bukanlah jayeng. Kemenangan Tuan menghancurkan dosa sama sekali. Haleluya! Dosa telah diinjak di bawah kaki Tuan! Jika ada sesiapa yang belum pernah mempunyai persekutuan yang tanpa halangan dengan Tuhan, jika ada sesiapa yang belum pernah menerima kudrat untuk jayeng atas dosa, maka orang itu perlu jayeng. Semoga Tuhan menaruh kurnia dan berkat pada kita!

(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 32-34 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my)

Siapakah yang Dapat Memisahkan Kita daripada Kasih Kristus?
Siapakah Kemenangan?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)