Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Menikmati Kekayaan Kristus Setiap Hari (1)
Cawan Itu
Menikmati Kekayaan Kristus Setiap Hari (2)
Menikmati Kekayaan Kristus Setiap Hari (1)
2018-05-16 | 84 Baca | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kekayaan Kristus adalah tidak terduga dan luas tidak terbatas! Semua kekayaan Kristus tersedia untuk kita hargai, alami, dan nikmati dalam kehidupan harian kita! Akan tetapi, adakah kita menikmatinya? Ini amat bergantung pada berapa banyak kita melihat kekayaan Kristus dalam sabda Tuhan, iaitu Bible.

Di sini kita bukan berbicara tentang kekayaan fizikal atau kekayaan dari segi kebendaan, tetapi kekayaan Kristus sendiri. Tuhan berhasrat agar kita menerima, mengalami, dan menikmati kekayaan Kristus (Ef. 1:3).

Efesus 3:8 berkata, “Kepada aku yang lebih kecil daripada yang terkecil dalam kalangan pekudus, telah diberi kurnia ini untuk menginjilkan kekayaan Kristus yang tidak terduga kepada bangsa Asing.”

Nota kaki 2 bagi ayat ini dalam Bible Versi Pemulihan berkata:

“Dutus bukannya memberitakan doktrin tetapi memberitakan kekayaan Kristus. Kekayaan Kristus ialah segala apanya Kristus kepada kita, seperti cahaya, hayat, keadilbenaran, dan kekudusan, segala yang dimiliki-Nya untuk kita, dan segala yang telah disempurnakan, dicapai, dan diperoleh-Nya untuk kita. Kekayaan Kristus ini tidak terduga dan tidak tertelusur.

Di sini kita melihat tiga aspek kekayaan Kristus untuk kita nikmati: (1) segala apanya Kristus kepada kita, (2) segala yang dimiliki-Nya untuk kita, dan (3) segala yang telah disempurnakan, dicapai, dan diperoleh-Nya untuk kita.

Dalam artikel ini kita akan melihat aspek pertama kekayaan Kristus ini dan bagaimana kita dapat menghargai, mengalami, dan menikmatinya dalam kehidupan harian kita.

I. Segala Apanya Kristus kepada Kita

Seperti yang disebut dalam nota kaki di atas, kekayaan Kristus ialah apanya Dia kepada kita, termasuklah cahaya, hayat, keadilbenaran, dan kekudusan, dan banyak lagi. Yohanes 1:4 berkata, “Dalam Dia ada hayat, dan hayat itu cahaya manusia.” Dalam 1 Korintus 1:30 pula Paulus berkata, “Tetapi daripada-Nya [Tuhan], kamu berada dalam Kristus Yesus yang telah menjadi kearifan kepada kita daripada Tuhan: keadilbenaran, pengudusan, dan penebusan.”

Hayat

Adakah kamu perlukan hayat? Kristus ialah hayat Tuhan yang abadi dan divin (Yoh. 14:6). Jika kita tidak menerima Dia sebagai hayat, kita semua akan binasa (3:16). Akan tetapi, apabila kita percaya kepada Anak Tuhan, Yesus Kristus, kita mempunyai hayat abadi ini (1 Yoh. 5:12). Kamu dapat menerima hayat abadi ini, iaitu Yesus Kristus sekarang juga! Hanya seru dan berkata, “Tuan Yesus, aku percaya ke dalam-Mu. Aku menerima-Mu!”

Cahaya

Adakah kamu perlukan cahaya? Kristus ialah cahaya hayat (8:12). Tanpa cahaya kita tidak dapat maju, tidak ada cara untuk bertumbuh secara rohani, tidak ada arah tuju untuk kehidupan kita. Kristus bukan sahaja cahaya dunia secara umum tetapi Dia cahaya yang bersinar dalam hati kita secara peribadi (2 Kor. 4:6).

Kekudusan dan keadilbenaran

Bagaimana pula dengan kekudusan dan keadilbenaran? Tidak ada orang yang dapat menjadi kudus seperti Tuhan dan tidak ada orang yang dapat menjadi adilbenar sepenuhnya. Namun Kristus ialah kedua-dua ini. Dia sama sekali kudus dan adilbenar—bahkan Dia digelar sebagai “Yesus Kristus, Yang Adilbenar itu” (1 Yoh. 2:1).

Dengan menyeru Tuan, kita dapat menikmati kekayaan-Nya. Kamu hanya perlu menghubungi Tuan Yesus dengan menggunakan roh kamu menyeru nama-Nya. “Tuan Yesus!” Dia akan menjadi begitu kaya kepada kamu.

Dalam Roma 10:12b Paulus berkata, “Tuan yang sama ialah Tuan kepada semua dan kaya kepada semua yang menyeru-Nya.” Roma 10:12 memberitahu kita bahawa rahsia untuk menikmati kekayaan Kristus ialah menyeru nama-Nya. Cubalah!

Apabila kita menyeru, “Tuan Yesus!” Dia bagaikan cek kosong untuk kita isikan jumlah itu. Oh, Dia memenuhi keperluan kita dengan apanya Dia sebagai hayat, cahaya, kekudusan dan keadilbenaran!

Dalam artikel yang seterusnya, kita akan melihat dua lagi aspek kekayaan Kristus serta belajar menikmati kekayaan Kristus ini dalam kehidupan harian kita.

Cawan Itu
Menikmati Kekayaan Kristus Setiap Hari (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
Kiriman yang disyorkan
Kata-kata Persekutuan dalam Kasih dan Penting pada Saat-saat Genting
Kata-kata-Persekutuan_2_08060610.png
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (1) KATA-KATA PERSEKUTUAN DALAM KASIH DAN PENTING PADA SAAT-SAAT GENTING  Nota Editor: Dengan bermulanya siaran satu siri rencana secara berturutan... Terus Baca
Merebut Peluang—Catatan Bicara Dengan Rakan Sekerja (Samb.)
peluang_3_08060613.png
(Koleksi Watchman Nee, Set 3, Jil. 55: Ministri & Pintu Terbuka,  Terbitan No. 21—15 September 1950) MEREBUT PELUANG— CATATAN BICARA DENGAN RAKAN SEKERJA (Samb.) Perasaan... Terus Baca
Menebus Masa = Merebut Peluang (3)
photo1_01060614.jpg
Masalahnya hari ini bukan Tuan tidak memberi kita peluang, tetapi kita melepaskan peluang. Kita semua harus bangkit. Dikbang-dikbang yang bertanggungjawab dalam gereja harus bangkit. Kita... Terus Baca
Apakah Makna Kehidupan Manusia?
img45_03060619.jpg
Banyak orang sering tertanya-tertanya apakah makna kehidupan manusia dan mereka ingin tahu jawapannya. Manusia meluangkan seumur hayat hidup di bumi, jika dia tidak tahu dari... Terus Baca
Syarat untuk Dibaptis
img44_03060633.jpg
Apakah syarat untuk dibaptis? Bilakah seseorang itu boleh dibaptis? Menurut wahi dan contoh dalam Bible, satu-satunya syarat untuk dibaptis ialah percaya. Markus 16:16 berkata, “Dia... Terus Baca
Makna Doa
img52_03060627.jpg
Perkataan doa memang biasa bagi seorang Kristian. Akan tetapi, apakah sebenarnya makna doa ialah pokok perbincangan kita pada hari ini. Kita akan melihat aspek tertentu... Terus Baca
Kategori
Cari Kami di Facebook