Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Amalan Hayat Menyeru Nama Tuan Menghubungi Tuan dalam situasi yang terbatas dan tertekan!
Manfaat Menyeru Nama Tuan
Menghubungi Tuan dalam situasi yang terbatas dan tertekan!
2020-03-13 | 2 Komen
A- A+ Simpan

Yohanes 12:24 – Sesungguh-sungguhnya Aku berkata kepada kamu, Melainkan biji gandum itu jatuh ke dalam tanah dan mati, gandum itu tetap sebiji, tetapi jika mati, gandum itu menghasilkan banyak buah.

Daripada Yohanes 12:24, kita dapat melihat bahawa Tuan ialah sebiji gandum yang jatuh ke tanah lalu mati, dan dikebumikan. Gandum mewakili Kristus yang berinkarnasi. Kristus ialah Tuhan yang berinkarnasi menjadi seorang manusia untuk jatuh ke tanah, mati, dan dikebumikan. Inilah gandum. Gandum mentamsilkan Kristus yang berinkarnasi, Kristus yang mati, dan Kristus yang dikebumikan. (Kristus Almuhit, m.s. 47)

Mari kita lihat pengalaman tentang gandum. Dikbang dan dikkak, di bawah ketentuan Tuan, bila-bila masa kamu diletakkan ke dalam situasi yang membuat kamu dibatasi, tertekan, kamu dapat mengalami Tuan sebagai gandum. Apabila kamu berada dalam situasi yang terbatas dan tertekan itu dan kamu menghubungi Tuan, Dia umpama sebiji gandum bagi kamu. Sebaik sahaja kamu menghubungi-Nya, kamu dapat berasa betul-betul puas dengan situasi kamu dan pengehadan kamu. Oh, hayat yang berada dalam kamu itu Kristus sendiri yang merupakan biji gandum. Hayat ini hayat seorang tukang kayu yang kecil, Dia yang berinkarnasi, dan Dia yang terbatas. Apabila kamu berada dalam sekitaran tertentu yang menyebabkan kamu dibatasi dan tertekan, kamu mempunyai sentuhan yang hidup dengan Kristus, kamu akan berkata, “O Tuan, Engkaulah Tuhan yang tidak terbatas, tetapi Engkau menjadi seorang manusia yang terbatas. Dalam Engkau ada suatu kudrat yang dapat menghadapi sebarang jenis pengehadan.” Kamu akan mengalami Kristus sebagai gandum.

Dalam banyak sekitaran, Tuan Yesus ialah biji gandum bagi kebanyakan daripada kita. Semakin kita mengalami-Nya, semakin kita sedar bahawa Dia ialah Seorang yang demikian. Dia hidup dalam kita. Dialah hayat kita dan menjadikan kita rela dibatasi, rela mati, rela dikebumikan, rela menjadi tiada.

Adakah kamu mempunyai pengalaman ini? Apakah jenis pengalaman yang kamu punyai? Adakah kamu bertengkar dengan isteri kamu atau suami kamu? Jika ada, habislah hubungan kamu dengan Kristus. Kamu harus mengalami Kristus dengan kayanya. Kamu harus mengalami Dia sebagai air hidup dan sebagai biji gandum. Jika kamu memandang kepada Tuan semasa kamu sangat dibatasi dan bingung, saya yakin bahawa Dia akan menunjukkan kepada kamu bahawa Dia pernah dibatasi, dimatikan, dan dikebumikan. Dia akan menunjukkan kepada kamu bahawa Dialah Seorang yang demikian untuk hidup dalam kamu. Dia akan membekali kamu supaya kamu dapat dibatasi. Dia akan menyokong kamu supaya kamu dapat dimatikan dan dikebumikan. Dia akan memberi tenaga kepada kamu hingga ke tahap demikian dan memperkudratkan kamu menjadi orang yang demikian. Dengan itu, kamu akan mengalami Kristus sebagai biji gandum. (Kristus Almuhit, m.s. 48-50)

Dutus Paulus menganggap dirinya banduan Kristus [Ef. 3:1]. Dia nampaknya terkurung di dalam penjara fizikal, tetapi sebenarnya dia dipenjarakan dalam Kristus. Berdasarkan status sedemikian, iaitu status yang digunakan oleh Paulus untuk menjalani kehidupan praktikalnya, dia merayu kepada para pekudus.…Statusnya sebagai banduan Tuan menyatakan gerak-hidupnya dalam Tuan; dengan status ini, dapatlah dia mendorong dan merayu kepada pekudus agar bergerak-hidup dalam Tuan seperti yang dilakukannya.

Kemudian dalam 4:1 Paulus memperkenalkan dirinya sebagai “banduan dalam Tuan”. Kristus ialah penjara Paulus. Pada suatu hari, Kristus yang kamu kasihi akan menjadi penjara kamu. Lambat-laun, setiap penyelenggara Tuhan, setiap minister yang membekalkan kekayaan Tuhan, setiap pencinta Kristus yang setia, akan dipenjarakan bukan sahaja oleh Kristus malah dalam Kristus. Semakin kamu mengasihi-Nya, semakin kamu akan berada dalam-Nya. Akhirnya, kamu akan berada dalam-Nya hingga satu tahap Dia menjadi penjara kamu.…Di sini kamu menikmati Kristus hingga kemuncak. (Life-study of Ephesians, m.s. 242-243)

Manfaat Menyeru Nama Tuan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
2 Komen / Perkongsian
Eirini Tang pada 2020-03-21
Terima kasih atas perkongsian di atas. Saya mendapat bantuan yang tepat pada masa! Kristus sebagai gandum amat benar apabila saya berasa tertekan dan dihadkan dalam situasi pembelajaran dan kehidupan saya dengan rakan-rakan di kolej. Apabila saya ingin naik marah, saya terfikir nama Tuan Yesus dan terus saya menyeru nama-Nya “O, Tuan Yesus!”, dengan segera saya diselamatkan dari kemarahan saya. Saya menjadi rela hati untuk memaafi mereka, dan juga sudi membantu mereka, saya berasa ada sesuatu di dalam saya yang membolehkan saya berbuat demikian. Adakah ini kerja Tuan Yesus terhadap saya? Bagaimana saya boleh ada perasaan sebegini dan bukan hanya pada waktu saya naik marah? Mohon jawapan 🙂
injil eKebenaran pada 2020-04-07
Pengalaman hayat adalah secara beransur-ansur. Sebenarnya menyeru nama Tuan merupakan suatu pernafasan rohani yang berlangsung sepanjang masa. Namun disebabkan hayat kita masih bertumbuh, kita memerlukan situasi luaran untuk membantu kita berlatih supaya kita mengalami kerja Tuhan dalam kita. Teruskan berlatih sampai kita menjadi orang penuh dewasa (Ibr. 5:14).