Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kidung Menghayati Kidung 311 & 77
Menyanyi Kidung
Kidung 130
Menghayati Kidung 311 & 77
2016-08-22 | 263 Baca | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kidung 311

  1. O Tuan, pandang dan beri
    Ketulusan nan manis;
    Miskin roh, rendah hati,
    Kenal-Mu, lain tak cari.
  2. Lepas diri nan bongkak,
    Lepas sandaran harta,
    Lepas minat bermegah,
    Lepas nafsu dipuja.
  3. S’gala keangkuhan ku,
    Mohon kikiskan s’luruh;
    Tekad ku patuhi-Mu,
    Berhati rendah s’lalu
  4. Bagai anak yang kecil,
    Hapus s’mua hikmat diri;
    Jalan dalam cah’ya-Mu,
    Gerak dengan daya-Mu.

Dalam Matius 5:3, Tuan Yesus berkata, “Berberkatlah orang yang miskin dalam roh kerana kingdom syurga-syurga ialah milik mereka.” Roh dalam ayat 3 bukan merujuk kepada Roh Tuhan tetapi merujuk kepada roh manusia kita, bahagian diri kita yang paling dalam, organ yang kita gunakan untuk menghubungi Tuhan dan mengerti hal-hal rohani.

Miskin dalam roh bukan bermaksud mempunyai roh yang miskin. Roh kita tidak harus menjadi miskin. Miskin dalam roh bukan sahaja merujuk kepada rendah diri tetapi juga merujuk kepada roh kita, iaitu bahagian dalaman diri kita, dikosongkan sepenuhnya, tidak berpegang pada hal-hal lama dalam zaman lampau tetapi dipunggah untuk menerima hal-hal baru, hal-hal kingdom syurga-syurga.

Apabila Tuan Yesus datang memberita, “Bertaubatlah, kerana kingdom syurga-syurga sudah dekat” (Mat. 4:17), tidak banyak orang yang dapat menerima kata-kata-Nya disebabkan roh mereka dipenuhi perkara-perkara lain. Minuman yang terbaik telah disediakan, tetapi wadah mereka sudah penuh. Oleh yang demikian, mereka tidak dahaga. Apabila roh kita penuh, wadah kita tidak dapat menampung minuman yang terbaik. Oleh itu, apabila Tuan berbicara kepada disipal-disipal di atas gunung, kata pembuka dekri-Nya ialah kita harus miskin dalam roh dan roh kita harus dikosongkan daripada segala-galanya.

Kita semua perlu memberi perhatian kepada kata-kata Tuan berkenaan miskin dalam roh, dengan berkata, “Tuan, punggahkan aku. Kosongkan roh aku. Aku tidak mahu menyimpan apa-apa dalam rohku. Tuan, aku mahu seluruh ruang dalam rohku disediakan untuk-Mu.”

Kidung 77

  1. Kaulah Tuhan tinggi, mulia,
    Namun dalam daging tiba,
    Jadi insan yang merendah;
    O Tuan, Kau ku kenang!
  1. Hati-Mu merendah, lembut,
    Rela t’rima s’gala d’rita,
    Tuhan, insan, Kau tak rungut;
    O Tuan, Kau ku kenang!
  1. Murad Bapa Kau lakukan,
    Tak terima dusta Syaitan,
    Tiada yang s’perti-Mu setia,
    O Tuan, Kau ku kenang!

Dalam Matius 11:29-30, Tuan berkata, “Pikullah kuk Aku padamu dan belajarlah daripada-Ku, kerana Aku lembut-halus dan rendah hati, maka kamu akan beroleh rehat untuk sukmamu. Kerana kuk Aku mudah dan beban-Ku ringan.” Kuk Tuan bererti mengambil kehendak Bapa, didesak oleh kehendak Bapa. Tuan menjalani kehidupan sedemikian; Dia tidak mengambil berat tentang apa jua kecuali kehendak Bapa-Nya (Yoh. 4:34; 5:30; 6:38). Dia tunduk sepenuhnya kepada kehendak Bapa (26:39, 42).

Tuan adalah lembut-halus dan rendah hati. Lembut-halus bererti tidak melawan sebarang penentangan, dan rendah diri bererti tidak memandang tinggi akan diri sendiri. Dalam semua penentangan, Tuan adalah lembut-halus, dan dalam semua penolakan, Dia adalah rendah diri. Dia menundukkan diri sepenuhnya kepada kehendak Bapa, tidak mahu melakukan apa-apa untuk diri-Nya dan juga tidak berharap untuk mendapatkan sesuatu untuk diri-Nya. Oleh itu, tidak kira apa juga keadaan, Dia beroleh rehat dalam hati-Nya. Dia dipuaskan sepenuhnya dengan kehendak Bapa-Nya.

Tuan mahu kita belajar daripada-Nya. Kuk kita ialah kehendak Bapa. Oleh yang demikian, kita tidak bebas untuk melakukan kerja dengan sesuka hati; sebaliknya, kita memikul kuk. Kuk Tuan ialah kehendak Bapa, dan beban-Nya ialah kerja untuk melaksanakan kehendak Bapa. Kuk sedemikian adalah menyenangkan, tidak pahit, dan beban sedemikian adalah ringan, tidak berat.

Jika kita memikul kuk-Nya dan belajar daripada-Nya, kita akan beroleh rehat dalam sukma kita. Kristus, Raja syurgawi, sentiasa tunduk kepada kehendak Bapa, mengambil kehendak Tuhan sebagai bahagian-Nya dan tidak menolak apa-apa. Oleh itu, dia sentiasa berehat. Kita harus belajar daripada-Nya dan juga menerima pandangan ini. Jika kita adalah demikian, kita akan beroleh rehat dalam sukma kita.

Menyanyi Kidung
Kidung 130
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)