Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Gereja Mengenali Mazhab-mazhab (1)
“Mengapa Kamu Menindas Aku?”
Mengenali Mazhab-mazhab (II)
Mengenali Mazhab-mazhab (1)
2016-10-25 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Apa itu gereja? Gereja ialah jemaah yang dipanggil keluar, Tubuh Kristus, pasangan Kristus, rumah Tuhan, dan manusia baru yang korporat. Kelima-lima pengenalan utama berkenaan gereja ini adalah positif dan merupakan realiti, iaitu kebenaran yang paling asas dalam Bible. Akan tetapi, disebabkan kejatuhan gereja, kita juga perlu mengenali kebenaran yang paling asas namun dari segi negatif, iaitu perpecahan yang berlaku dalam Kristianiti yang dipanggil umum sebagai mazhab-mazhab atau denominasi-denominasi yang kita lihat pada hari ini.

Adakah Kristus Terbahagi?

Pada masa dahulu, masalah berpuak-puak pernah tercetus dalam gereja di Korintus (1 Kor. 1:11-13). Paulus menegur mereka dengan berkata, Adakah Kristus terbahagi? Sudah tentunya Kristus tidak pernah terbahagi dan tidak dapat dibahagikan. Namun, orang yang telah percaya dan dibaptis ke dalam Kristus pula yang terbahagi-bahagi antara satu sama lain. Perbuatan mereka menyinggung Kristus dan memecahbelahkan Tubuh-Nya. Dengan itu, perkara ini mengakibatkan terbentuknya mazhab-mazhab yang berlainan. Hal ini juga berlaku pada hari ini, ada orang yang ditebus dan dibaptis ke dalam Kristus mengatakan bahawa mereka kepunyaan Luther (mazhab Lutheran), atau Wesley (mazhab Wesley), atau Baptis (mazhab Baptis), atau Presbyteri (mazhab Presbyteri) dan sebagainya. Bagi Paulus, dengan kerasnya dia menegur dan mengutuk mereka yang berpuak-puak dan terbahagi-bahagi malah menyangkal segala perpuakan, mazhab, dan denominasi dalam Kristianiti.  

Tubuh Kristus adalah Unik

Kristus tidak terbahagi; oleh itu, orang Kristian yang kepunyaan Kristus tidak harus terbahagi-bahagi menjadi mazhab. Memandangkan Tubuh Kristus adalah unik (Ef. 4:4- 6), maka orang Kristian yang merupakan anggota Tubuh ini sama sekali tidak boleh membahagikan Tubuh yang unik ini menjadi mazhab-mazhab yang berpecah belah. Kita hanya mahu Tubuh Kristus yang unik, bukan mazhab-mazhab yang merupakan buatan manusia. Tubuh Kristus hanya mempunyai satu Roh; Tubuh-Nya hanya mempunyai satu Tuan, iaitu satu Kepala; malah para anggota yang kepunyaan Tubuh-Nya itu dilahirukan oleh satu Tuhan dan Bapa, dan mereka didiami-Nya. Tuhan yang tritunggal ini berbaur dengan semua percayawan menjadi satu, dan esens kesatuan divin-Nya juga mengkonstitusikan mereka menjadi Tubuh yang tidak terbahagi. Roh itu ialah hayat yang sama-sama dimiliki oleh mereka semua. Mungkinkah satu Tubuh mempunyai dua atau lebih hayat? Tuan ialah satu-satunya Kepala yang dimiliki mereka. Mungkinkah satu Tubuh mempunyai dua atau lebih Kepala? Tuhan ialah satu-satunya Bapa yang melahirkan mereka. Mungkinkah anak-anak Tuhan mempunyai dua atau lebih Bapa? Memang janggal dan tidak masuk akal bagi satu tubuh mempunyai lebih daripada satu hayat, atau satu tubuh mempunyai lebih daripada satu kepala, atau satu keluarga mempunyai lebih daripada seorang bapa! Namun, perkara yang tidak masuk akal dan janggal ini pula disokong, diterima, dan digalakkan oleh kebanyakan orang Kristian! Orang yang mengasihi Tuan, mengetahui hasrat hati-Nya, dan mengetahui kebenaran Bible tidak harus berbuat demikian! Sebaliknya mereka harus meneladani dutus Paulus yang mengutuk dan menyangkal perkara-perkara yang menyinggung Kristus, menyedihkan Tuhan, dan mendukakan Roh Kudus.

“Mengapa Kamu Menindas Aku?”
Mengenali Mazhab-mazhab (II)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)