Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Gereja Mengenali Gereja
“Mengapa Kamu Menindas Aku?”
Mengenali Gereja
2016-08-16 | 658 Baca | 0 Komen
A- A+ Simpan

Menurut pandangan umum, banyak orang berfikir bahawa gereja ialah katedral atau tempat untuk menyembah Tuhan. Gereja itu sesuatu yang berada di luar dan tidak organik. Namun begitu, menurut wahi dalam Bible, banyak ayat Bible dapat menunjukkan kepada kita bahawa gereja ialah satu entiti yang hidup dan organik. Gereja dikonstitusikan daripada semua orang yang percaya ke dalam Kristus dan mempunyai hayat-Nya. Sebagaimana yang disebut dalam Satu Korintus 1:2, gereja ialah mereka yang dikuduskan dalam Kristus Yesus, yakni pekudus yang dipanggil. Sesiapa yang percaya ke dalam Kristus dapat menjadi sebahagian daripada gereja secara organik. Berikut merupakan beberapa petikan Bible yang memaparkan apa itu gereja.

  • Dalam Matius 16:18 Tuan berkata, “Di atas batuan ini, Aku akan membina gereja-Ku.” Hal ini menunjukkan bahawa gereja ialah apa yang akan dibina oleh Kristus menerusi kematian dan kebangkitan serta kenaikan-Nya ke syurga. Perkataan “gereja” dalam bahasa asal ialah ekklesia yang bermaksud jemaah yang dipanggil keluar. Oleh itu, menurut maksud perkataan ini, gereja ialah jemaah yang dipanggil keluar oleh Tuhan dari dunia.
  • Efesus 1:23 berkata, “Gereja ialah Tubuh-Nya, iaitu kepenuhan Dia yang memenuhi segala dalam segala.” Gereja merupakan semua orang yang percaya ke dalam Kristus dan berada dalam hayat dan roh-Nya untuk dikonstitusikan-Nya menjadi Tubuh yang mengambil-Nya sebagai kepala. Gereja ialah organisma yang hidup dan bukan organisasi tanpa hayat, seperti kelab atau persatuan dalam masyarakat. Tubuh manusia ialah kepenuhan manusia untuk mengekspresikan manusia. Demikian juga, gereja ialah kepenuhan Kristus untuk mengekspresikan Kristus. Kristus yang tidak terbatas dan memenuhi segala sesuatu ini memerlukan satu Tubuh yang agung untuk mengekspresikan-Nya dalam segala sesuatu.
  • Efesus 5:25 berkata, “Suami, kasihilah isterimu, bahkan sebagaimana Kristus juga mengasihi gereja dan menyerahkan diri-Nya untuk gereja.” Ayat ini menunjukkan bahawa gereja juga pasangan Kristus. Sebagai Tubuh Kristus, gereja menerima hayat daripada-Nya untuk mengekspresikan-Nya (soal hayat); manakala sebagai pasangan Kristus, gereja menerima kasih-Nya untuk memuaskan hasrat hati-Nya (soal kasih).
  • Bagi Kristus, gereja ialah Tubuh dan pasangan-Nya; bagi Tuhan, gereja ialah rumah Tuhan (1 Tim. 3:15). Dari satu segi, rumah ini merujuk kepada tempat tinggal Tuhan; dari segi lain, rumah ini juga merujuk kepada keluarga Tuhan. Rumah seseorang ialah tempat dia hidup, tinggal, dan beristirahat; begitu juga, gereja ialah tempat Tuhan hidup, tinggal, dan beristirahat di bumi. Tuhan adalah hidup; gereja sebagai rumah Tuhan juga adalah hidup, mempunyai hayat Tuhan, dan dapat hidup, tinggal, dan beristirahat bersama dengan-Nya.
  • Akhir sekali, gereja ialah satu manusia baru yang korporat (Kol. 3:10-11). Manusia sejagat ialah manusia lama yang korporat yang dicipta dalam Adam. Gereja, satu manusia baru, dicipta dalam Kristus sendiri di atas salib setelah Dia membatalkan segala hukum perintah yang menyebabkan perselisihan sesama manusia (Ef. 2:14-15). Manusia baru ini mempunyai imej Penciptanya dan juga mengambil Dia sebagai hayat serta isi kandungannya. Dalam manusia baru ini, tidak ada manusia dalam ciptaan lama yang terdiri daripada apa-apa bangsa, agama, budaya, atau kelas. Hanya Kristus ialah segala konstituen manusia baru ini. Gereja sebagai Tubuh Kristus mengambil Kristus sebagai hayatnya untuk mengekspresikan Kristus; gereja sebagai manusia baru pula mengambil Kristus sebagai personanya untuk menggenapi tujuan Tuhan.

Kidung #616

Tuan, ku cinta kediaman-Mu,
G’reja-Mu yang mulia;
Dalamnya ku tinggal kekal,
Tak lagi merantau.

“Mengapa Kamu Menindas Aku?”
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)