Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Soalan Injil Mengapakah penderitaan menimpa saya sedangkan Tuhan yang saya percaya itu ialah Tuhan kasih dan Tuhan maha perkasa?
Tuhan ialah Roh, manusia ada roh
Kesetiaan Tuhan Bukannya Menurut Kefahaman Alamiah Kita
Mengapakah penderitaan menimpa saya sedangkan Tuhan yang saya percaya itu ialah Tuhan kasih dan Tuhan maha perkasa?
2022-08-14 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Soalan Injil 1 

Kesengsaraan yang Sementara akan Mengerjahasilkan Kemuliaan yang Abadi

Adakah kamu bingung dan berasa ragu-ragu apabila penderitaan menimpa kamu sedangkan Tuhan yang kamu percaya itu ialah Tuhan kasih dan Tuhan maha perkasa? 

    Bible menyingkapkan kepada kita bahawa Tuhan kita ialah Tuhan kasih dan juga Tuhan maha perkasa. Dalam penciptaan-Nya, segala sesuatu adalah indah dan menyenangkan. Manusia dicipta dan diletakkan di Taman Eden yang merupakan pusat alam semesta. Di Taman Eden terdapat pelbagai buah pohon yang sedap dipandang mata dan baik untuk dimakan, dan seluruh taman di bawah jagaan dan lindungan Tuhan. Tuhan ialah perbekalan manusia, kegirangan manusia, dan perlindungan manusia. Dengan adanya Tuhan, manusia tidak khuatir, manusia tidak kekurangan apa-apa dan manusia hidup dengan bahagia. 

    Namun, mengapa wujudnya penderitaan? Dari manakah penderitaan datang? Tuhan tidak pernah mengingini manusia menderita. Penderitaan bukannya hasrat hati asal Tuhan. Penderitaan datang hanya selepas kejatuhan manusia, setelah manusia ditipu oleh Syaitan lalu berbuat dosa, jatuh, memberontak terhadap Tuhan dan bersalah terhadap Tuhan. Ini mengakibatkan seluruh dunia berada di bawah pengutukan dan penghakiman Tuhan, ciptaan Tuhan turut dilaknat. Oleh itu, kita boleh mengatakan bahawa penderitaan atau kesengsaraan ialah akibat kejatuhan manusia. 

    Mungkin kamu akan tertanya-tanya, sedangkan Tuhan kita Tuhan kasih dan Tuhan maha perkasa, mengapakan Dia tidak mengambil pergi penderitaan agar manusia hidup aman dan damai? Tidak! Tuhan kita bukan sahaja Tuhan kasih dan Tuhan maha perkasa, Tuhan kita juga Tuhan yang adilbenar. Mazmur 89:14 memberitahu kita bahawa keadilbenaran dan keadilan ialah asas takhta Tuhan. Menurut atribut divin Tuhan iaitu keadilbenaran-Nya, upah dosa ialah maut (Roma 6:23) dan tidak ada orang yang dikecualikan daripada penghakiman selepas mati.

    Sungguhpun demikian, Tuhan yang kasih masih begitu mengasihi dunia sehingga Dia menyerahkan Anak tunggal-Nya agar semua yang percaya ke dalam-Nya tidak binasa, tetapi beroleh hayat abadi (Yoh. 3:16). “Dunia” di sini bukan merujuk kepada manusia yang dicipta Tuhan pada asalnya tetapi merujuk kepada manusia selepas kejatuhan. Kita diselamatkan menerusi-Nya. Dia telah menebus manusia menerusi Dia mati dan mengalir darah supaya manusia diselamat dari laknat; Dia juga bangkit menjadi roh beri-hayat dan mendispenkan hayat abadi ke dalam setiap orang ke percaya kepada-Nya. 

    Dengan demikian, setiap satu yang percaya kepada-Nya tidak akan binasa dan dilaknat, malah memperoleh hayat abadi untuk menjadi anak-anak Tuhan. Pada suatu hari nanti, setelah tergenapnya bilangan anak-anak Tuhan dan mereka mencapai tahap kematangan tertentu, Tuan akan kembali ke bumi ini untuk menggenapkan hasrat hati asal-Nya, iaitu menghapuskan segala penderitaan, laknat di bumi serta mendirikan kingdom milenium-Nya!

    Pada zaman milenium, segala penderitaan akan dihapuskan. Serigala dan anak domba akan makan bersama-sama, dan singa akan makan jerami seperti lembu serta semua ini tidak akan mendatangkan kecederaan dan kemusnahan (Yes. 65:25). Selepas zaman milenium, tibanya langit baru dan bumi baru. Di langit baru dan bumi baru, tidak akan ada laknat. Wahi 21:3-7 berkata, “Aku terdengar suara yang kuat dari takhta berkata, Lihatlah, tabernakal Tuhan ada bersama dengan manusia, dan Dia akan bertabernakal bersama dengan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Nya, dan Tuhan sendiri akan bersama dengan mereka dan menjadi Tuhan mereka. Dia akan menyeka setiap air mata dari mata mereka; maut tidak akan ada lagi dan tidak akan ada kesedihan, tangisan, atau kesakitan lagi; kerana hal-hal dahulu sudah berlalu. Dia yang duduk di atas takhta berkata, Lihatlah, Aku menjadikan segala sesuatu baru. Dan Dia berkata, Tulislah, kerana sabda ini setia dan benar. Dan Dia berkata kepadaku, Sudah terlaksana. Akulah Alfa dan Omega, Permulaan dan Penamat. Aku akan memberi dia yang haus itu minum dari mata air bagi air hayat secara percuma. Dia yang jayeng akan mewarisi hal-hal ini, dan Aku akan menjadi Tuhan kepadanya dan dia akan menjadi anak kepada-Ku.”

    Penderitaan yang ada sekarang adalah sementara, ia merupakan satu proses. Dalam proses ini, Tuhan ingin menyempurnakan penyelamatan-Nya, iaitu menebus mereka yang percaya kepada-Nya, melahirukan mereka agar mereka menjadi anak-anak Tuhan, bertumbuh dan matang dalam hayat, sehingga tergenapnya bilangan. Apabila tergenapnya bilangan orang yang diselamatkan dan bilangan mereka yang matang dalam hayat, Kristus akan datang kali kedua untuk menebus seluruh alam semesta. Kesengsaraan yang sementara lagi ringan ini akan mengerjahasilkan kemuliaan yang abadi lagi berat (2 Kor. 4:18).

    Pembaca yang dikasihi, hari ini kita masih berada dalam proses ini. Seluruh alam semesta masih dalam laknat. Roma 8:19-23 berkata, “Kerana ciptaan sedang menjengah dengan gelisah, menanti-nantikan penampakan para anak Tuhan. Kerana ciptaan ditundukkan kepada kehampaan bukanlah atas kehendak sendiri, tetapi disebabkan Dia yang menundukkannya, dengan harapan agar ciptaan itu sendiri juga akan dibebaskan daripada pengabdian kekorupan ke dalam kebebasan kemuliaan anak-anak Tuhan. Kerana kita mengetahui bahawa seluruh ciptaan sama-sama mengeluh dan sama-sama menderitai sakit bersalin hingga sekarang. Dan bukan itu sahaja, malah kita sendiri juga yang mempunyai buah sulung Roh itu, bahkan kita sendiri mengeluh dalam diri sendiri, menanti-nantikan keanakan, iaitu penebusan tubuh kita.” Pada masa kini, makhluk ciptaan termasuk haiwan dan tumbuhan masih diperabdikan di bawah hukum kereputan dan kekorupan, sehingga anak Tuhan dipernampakkan, maka Kristus akan kembali untuk menebus seluruh bumi ini. Di langit baru dan bumi baru, tidak lagi ada penderitaan, yang ada hanyalah penyatuan, pembauran, dan inkorporasi bagi Tuhan dan manusia serta kesejahteraan hingga ke abadi.  


Tuhan ialah Roh, manusia ada roh
Kesetiaan Tuhan Bukannya Menurut Kefahaman Alamiah Kita
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)