Mengapakah orang Kristian, yang percaya kepada Tuhan dan sepatutnya dijaga-Nya, masih mengalami penderitaan di dunia ini?
Tuhan yang dipercayai orang Kristian bukan Tuhan yang dibayangkan dalam agama, tetapi Tuhan yang diwahikan dalam Bible. Secara umum, agama menganggap Tuhan sebagai Tuhan yang menjaga kebajikan manusia, memberi damai sejahtera, kemakmuran dan kesenangan hidup. Inilah sebab utama manusia menyembah dan memuja dewa dewi serta pelbagai berhala. Namun begitu, Tuhan orang Kristian bukan Tuhan sedemikian. Bible mewahikan Tuhan yang mempunyai kehendak, tujuan, rancangan, dan ekonomi. Dia mempunyai kehendak-Nya pada setiap percayawan-Nya. Dalam proses ini, Dia mengizinkan sesetengah sekitaran malah penderitaan menimpa anak-anak-Nya supaya Dia dapat menyempurnakan kehendak-Nya yang baik pada mereka.
Misalnya, seorang raja ingin menyempurnakan dan melatih anaknya untuk menjadi raja yang layak menggantikannya. Sudah tentu dia perlu mengizinkan anaknya melalui kesusahan tertentu. Kadang-kadang dia mungkin mengatur sekitaran tertentu supaya anaknya menghadapi masalah dan menempuh penderitaan supaya akhirnya dia mendapat manfaat dan disempurnakan. Tujuannya supaya anaknya layak dan berkeupayaan untuk mewarisi takhtanya. Demikian juga Tuhan kita. Walaupun Dia membenarkan kita melalui sekitaran tertentu, namun di sebalik semua pengalaman ini terdapatnya tangan-Nya yang maha penentu dan penuh kasih, dan tangan-Nya yang menjaga dan memelihara.
Sebenarnya, penderitaan yang dialami orang Kristian mempunyai beberapa aspek:
Roma 8:28-29a berkata, “Kita tahu bahawa segala sesuatu bekerja bersama demi kebaikan mereka yang mengasihi Tuhan, iaitu mereka yang dipanggil menurut tujuan-Nya. Kerana mereka yang dipraketahui-Nya juga dipratakdirkan-Nya agar dikonform kepada imej Anak-Nya.” Segala sesuatu di sini termasuk semua orang, semua perkara, dan semua benda, termasuk yang positif dan juga yang negatif. Kebaikan di sini pula tidak berkaitan dengan orang, perkara, atau benda yang fizikal, tetapi merujuk kepada kita memperoleh lebih banyak Kristus yang digarapkan ke dalam diri kita, agar kita dapat ditransform dan akhirnya dikonform kepada imej-Nya, imej Anak Tuhan.
Kita perlu memohon rahmat daripada Tuhan, agar kita tidak menderita disebabkan kesalahan diri sendiri, sebaliknya kita perlu bersikap positif untuk menghadapi penderitaan demi Tuhan, demi injil, dan demi pembinaan Tubuh Kristus. Penderitaan sebegini adalah bernilai di hadapan Tuhan dan diingati Tuhan.
Kidung #526
Tuhan tak pernah menjanjikan:
S’panjang hidup mu—langit biru,
Tiada gemawan, cerah ’tiasa,
Tiada derita, aman saja.
Tapi Dia janji beri kudrat,
Pancaran cah’ya, istirahat,
Kurnia dan bantuan bila ujian,
Simpati, kasih tak terbatas.