Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Mengambil Kristus Sebagai Rahsia Kita
Penyelamatan Daripada Sungutan Dan Bantahan
Kristus ialah Realiti Virtu Insani Kita
Mengambil Kristus Sebagai Rahsia Kita
2020-11-06 | 0 Komen
A- A+ Simpan

MENGAMBIL KRISTUS SEBAGAI RAHSIA KITA

Kristus yang kita hidupkan bukan sahaja kudrat kita tetapi juga rahsia kita. Filipi 4:12 berkata, “Aku tahu bagaimana hidup kekurangan dan aku tahu bagaimana hidup kelebihan; dalam setiap hal dan dalam segala sesuatu, aku telah belajar rahsia bagaimana hidup kekenyangan dan kelaparan, kelebihan dan kekurangan." Kelebihan bererti kaya, manakala kekurangan bererti miskin. Paulus tahu bagaimana mengendalikan kemiskinan dan kelebihan. Kemiskinan tidak akan menewaskannya, dan kekayaan tidak akan merosakkannya. Kekenyangan bererti kaya dengan jauh lebih daripada sekadar cukup makan, manakala kelaparan bererti miskin, mempunyai kekurangan, dan menderita kemelaratan kerana tidak cukup makan. Paulus telah mempelajari rahsia untuk menjadi kaya dan menjadi miskin. Buku Filipi berakhir dengan kehidupan yang tidak berbeza pendapat dengan orang lain, penuh dengan sabar-toleran, tanpa kekhuatiran, dan penuh dengan virtu insani. Filipi berakhir dengan persona yang begitu benar, bermartabat, adilbenar, suci, diperkenan, dan disanjung. Orang sebegini penuh dengan virtu insani berserta atribut divin sebagai isi kandungan mereka untuk mengekspresikan Kristus dengan cara yang berperi kemanusiaan. Kita juga harus menjadi orang sebegini. Rahsia bagi kehidupan sebegini ialah Kristus, Dia yang memperkudratkan kita. 

Penyelamatan Daripada Sungutan Dan Bantahan
Kristus ialah Realiti Virtu Insani Kita
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)