Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Mengalami Kristus Menerusi Perbekalan Limpah Lengkap Daripada Roh Yesus Kristus (1)
Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 2, 3 dan 4
Mengalami Kristus Menerusi Perbekalan Limpah Lengkap Daripada Roh Yesus Kristus (2)
Mengalami Kristus Menerusi Perbekalan Limpah Lengkap Daripada Roh Yesus Kristus (1)
2020-10-26 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Ketika saya seorang Kristian yang muda, kadangkala kawan-kawan dan saudara-mara saya yang tidak mengasihi Kristus akan berdebat dengan saya, dengan berkata: "Lihatlah betapa banyaknya Dutus Paulus mengasihi Kristus. Adakah Kristus menyelamatkannya dari penjara Rom? Adakah Kristus menyelamatkannya daripada menjadi orang yang martir? Kamu tidak patut percaya kepada-Nya atau mengasihi-Nya kerana Dia tidak dapat dilihat, dan Dia tidak dapat melakukan apa-apa untuk kamu. Yesus Kristus tidak melakukan apa-apa untuk Dutus Paulus, dan dia telah martir. Di manakah penyelamatan kamu?" Penyelamatan ini mungkin tidak menyelamatkan kita daripada kemartiran; sebaliknya penyelamatan ini memberi kita kemenangan dalam kemartiran. 

Pada tahun 1930-an semasa Komunis menular di negara China, mereka menangkap dan membunuh dua mubaligh. Seorang daripada mereka mengatakan bahawa muka orang yang martir ialah muka malaikat, dan hatinya hati singa. Mubaligh ini mengalami penyelamatan sehingga tahap yang tertinggi. Dutus Paulus juga menikmati Kristus malah semasa berdepan dengan kemartiran menerusi perbekalan limpah lengkap daripada Roh Yesus Kristus. Paulus mungkin berdoa: "Tuan, aku bersyukur kerana Engkau telah memilih aku, mengamanatkan aku, dan mengutus aku. Bukan Kaisar yang membawa aku ke sini, tetapi Engkau yang membawa aku ke sini. Tuan, aku rela dan bersedia untuk mati martir. Betapa mulianya aku dapat mati untuk Engkau." Roh Yesus Kristus menjadi penyelamatan Paulus yang tertinggi.

Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 2, 3 dan 4
Mengalami Kristus Menerusi Perbekalan Limpah Lengkap Daripada Roh Yesus Kristus (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)