Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bible Menebus Masa = Merebut Peluang (1)
Bible—Sebuah Buku yang Mengkhasiati Orang Kristian
Menebus Masa = Merebut Peluang (2)
Menebus Masa = Merebut Peluang (1)
2019-10-07 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kolose 4:5 berkata, “Tebuslah masa,” dan Efesus 5:16 berkata, “Tebuslah masa.”

Saya ingin berbual dengan kamu berkenaan perkara ini beberapa hari yang lepas. Terdapat beberapa perkataan Yunani untuk perkataan masa, seperti yang diterjemahkan dalam dua ayat yang baru kita baca. Dalam kedua-dua ayat itu, perkataan Yunaninya bukan chronos, tetapi kairos. Perkataan ini bukan sahaja merujuk kepada masa. Terdapat beberapa ayat yang menggunakan perkataan Yunani ini bersama dengan perkataan yang lain, dan di semua tempat itu perkataan ini diterjemahkan sebagai peluang. Contohnya Galatia 6:10 berkata, “Oleh itu, apabila kita berpeluang, haruslah kita melakukan apa yang baik terhadap semua orang.” Ini bermakna bahawa kita harus merebut peluang untuk melakukan apa yang baik. Kata-kata daripada Bible menunjukkan kepada kita pemikiran Tuan berkenaan peluang. Tuan amat memandang penting perkara peluang ini. Kita dapat menterjemahkan perkataan masa dalam ayat-ayat daripada Kolose dan Efesus itu sebagai “tebuslah peluang”. Saya tidak tahu sejauh mana kamu memahami perkataan peluang. Saya selalu tertanya-tanya berapa banyak peluang yang telah saya lepaskan. Dalam banyak perkara, dari segi negatif, kita tidak tahu berapa banyak peluang yang telah kita lepaskan. Banyak hal yang dapat kita lakukan namun kita tidak melakukannya. Banyak orang yang dapat kita selamatkan namun kita tidak menyelamatkan mereka. Di sesetengah kota, kita dapat memulakan perhimpunan tetapi kita tidak memulakannya. Sesetengah dikbang dapat kita peroleh tetapi kita tidak memperoleh mereka. Kita telah kehilangan banyak peluang! Ketika kita berhadapan dengan Tuan pada masa hadapan, kita benar-benar akan menyesal! Kita keliru dan tidak jelas tentang segala-galanya, dan kita tidak tahu berapa banyaknya peluang yang telah kita lepaskan!

Daripada segala hari yang ditetapkan Tuan untuk kita, mungkin semalam sepatutnya menjadi hari terbesar dalam hidup kita, tetapi kita mungkin melalui hari semalam dengan cara yang biasa sahaja. Inilah ertinya melepaskan peluang. Seseorang yang belajar untuk melayan tidak harus melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukannya semalam. Jika dia adalah sama pada hari ini seperti semalam, dia telah membazirkan peluangnya. Jika kita tidak tahu apa yang dilakukan Tuan hari ini atau apa yang akan berlaku hari ini, kita sedang melepaskan peluang.

Mengapakah Bible menterjemahkan masa sebagai peluang? Hal ini kerana “peluang” ialah sesuatu yang hanya ditemui dalam masa. Setiap hari Tuan memberi kita peluang. Hari ini kita dapat menunduk kepala dan berkata kepada Tuan, “Aku tidak tahu peluang apa yang Engkau berikan kepadaku hari ini. Tidak ada sehari yang tidak ada pengaturan-Mu. Setiap hari Engkau telah menentukan sesuatu yang akan berlaku kepadaku.” Orang yang dapat digunakan Tuhan tidak pernah melepaskan peluang yang diberikan-Nya. Tuan mungkin menentukan bahawa kita harus menyewa tempat tertentu pada hari esok. Kita harus menyewa tempat itu. Atau Dia mungkin menentukan bahawa kita membantu seseorang untuk mengatasi masalah tertentu. Kita harus berbuat demikian. Semasa kita habis melakukan satu perkara, satu perkara lagi akan datang. Apabila perkara kedua selesai, perkara ketiga, keempat akan datang. Hal-hal berlaku secara berterusan, dan kita tidak tahu betapa besarnya sesuatu hal itu akan menjadi. Kita boleh menyamakannya dengan membuang batu ke dalam air; riak air terus berkembang dalam bulatan sampai menyentuh tebing. Jika kita setia untuk mengikuti setiap peristiwa, kita tidak akan melepaskan apa-apa peluang, dan kita akan menuai manfaat yang besar. Namun begitu, jika kita melepaskan apa-apa peluang, riak air itu mungkin akan berhenti berkembang disebabkan kita.

Siapakah yang akan sangka bahawa seorang tukang kasut yang tidak berpelajaran akan menjadi Moody pada suatu hari? Jika seseorang telah melepaskan peluang untuk menginjil kepadanya, dunia tidak akan mempunyai Moody. Siapakah yang akan meneka bahawa Filipus akan bertemu dengan sida-sida pada hari dia pergi ke gurun tandus (Kis. 8:26-39)? Seluruh gereja di Afrika bermula disebabkan hari itu. Gereja di Afrika bermula lebih awal daripada gereja di Eropah!

Kita tidak tahu berapa banyak peluang yang telah kita lepaskan. Apabila kita bangun awal pagi, kadang-kadang kita berasa seolah-olah semuanya cahaya (mungkin kerana cahaya matahari). Pada masa lain kita mungkin berasa seolah-olah semuanya gelap (mungkin kerana memikirkan masa depan kita). Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita. Saya meminta kamu agar meneroka setiap peluang yang diberikan Tuhan kepada kamu setiap hari. Kita berharap kita dapat meneroka peluang-peluang hari ini dan bukannya diperingatkan tentangnya pada masa hadapan. Hari ini Tuan telah meletakkan peluang tertentu di hadapan saya, dan saya dapat melihat semuanya hari ini. Menebus masa bererti melihat apa yang diaturkan Tuan untuk kita. Jika kita tidak melepaskan peluang, Tuan akan mendapat keuntungan yang besar, dan kerja akan bertambah maju. (The Collected Works of Watchman Nee, set 3, jil. 55, The Open Door, No. Terbitan 21)

Bible—Sebuah Buku yang Mengkhasiati Orang Kristian
Menebus Masa = Merebut Peluang (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)