Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Mendapat, bukan Mencapai
Terima Kurniaan Tuhan Sekarang!
Sebaik Percaya, Kamu Menerima
Mendapat, bukan Mencapai
2021-04-28 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e-Roti Hayat

28 April 2021

Mendapat, Bukan Mencapai

Bacaan Bible: 

Roma 5:17 Kerana jika, melalui kesalahan satu orang, maut telah meraja menerusi satu orang itu, maka lebih-lebih lagi mereka yang menerima kelimpahan kurnia dan kelimpahan berian keadilbenaran akan meraja dalam hayat menerusi Satu orang, Yesus Kristus.

Petikan Bacaan:  

   Hayat yang jayeng ialah sesuatu yang kita dapat, bukan sesuatu yang kita capai. Perkara ini hanya boleh kita dapat, tidak boleh dicapai. Apakah maksud mendapat? Mendapat bermaksud beroleh sesuatu benda. Apakah maksud mencapai? Untuk mencapai sesuatu, seseorang memerlukan perjalanan yang jauh; dia perlu maju sedikit demi sedikit dan belum pasti lagi dapat mencapai tujuannya. Haleluya, kemenangan orang Kristian bukan perjalanan sedikit demi sedikit....Kemenangan ialah sesuatu yang kita dapat, bukan dicapai. Segala perkara berkenaan Roh Kudus kita terima, dan segala perkara berkenaan kemenangan juga kita terima.        

    Menurut Roma 5:17, kemenangan ialah satu berian dan kamu hanya perlu menerimanya. Kemenangan bukan sesuatu yang kamu capai secara beransur-ansur. Kemenangan ialah satu berian yang diletakkan ke dalam tangan kamu dan tidak memerlukan usaha kamu. Jika saya memberikan Bible ini kepada Dikbang Chang, berapakah usaha yang perlu dikeluarkannya? Dia hanya perlu menghulurkan tangan dan pada saat itu juga dia akan menerima Bible itu. Apabila saya menghadiahi kamu Bible, itu merupakan berian. Perlukah kamu balik ke rumah untuk berpuasa? Perlukah kamu berlutut menghadap Yerusalem tiga kali sehari? Perlukah kamu berazam agar tidak lagi melepaskan kemarahan? Tidak, kamu hanya perlu menerima. Apakah langkah-langkah yang perlu kamu lalui untuk menerima Bible ini? Kamu tidak perlu melalui apa-apa langkah. Kamu hanya perlu menghulurkan tangan, dan Bible itu menjadi milik kamu. Kemenangan ialah satu berian, bukan sesuatu yang kamu capai, tetapi sesuatu yang kamu dapat.

(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 44-45 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my)

Terima Kurniaan Tuhan Sekarang!
Sebaik Percaya, Kamu Menerima
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)