Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Mempersembahkan Diri (2)
Apakah Itu Hayat (1)
APAKAH ITU HAYAT (2)
Mempersembahkan Diri (2)
2016-08-16 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Tujuan Mempersembahkan Diri

2 Korintus 5:15 berkata, “Dia mati untuk semua agar mereka yang hidup tidak lagi hidup terhadap diri mereka tetapi terhadap Dia yang mati untuk mereka dan telah dibangkitkan.” Tujuan kita mempersembahkan diri kepada Tuan ialah kita hidup terhadap-Nya. Hidup terhadap-Nya lebih tinggi daripada hidup bagi-Nya. Berkenaan hidup bagi-Nya, kita mungkin masih terpisah daripada Tuan; kita dan Dia mungkin masih dua entiti. Berkenaan hidup terhadap-Nya pula, kita dan Dia perlu menjadi satu, bukan sahaja mengambil Dia sebagai hayat, malah mengambil Dia sebagai persona. Segala kehidupan dan gerak laku kita haruslah berasaskan Dia dan membenarkan Dia dihidup keluar daripada kita. Tuan amat gembira apabila kita berhidupkan Dia dan membenarkan Dia hidup sebagai persona dalam kita. Kita perlu mempersembahkan diri kepada Tuan, jika tidak, kita masih akan hidup terhadap diri kita dan tidak hidup terhadap Dia yang mati untuk kita. Kita mempersembahkan diri kita agar kita dapat memuaskan hati Tuan. Inilah tujuan utama kita mempersembahkan diri kepada Tuan dan ini juga pelayanan kita yang munasabah. Pelayanan ini bukan bergantung pada apa yang kita lakukan untuk Tuan, tetapi bergantung pada kepuasan Tuhan.

Efesus 2:10 berkata, “Kerana kita ialah mahakarya-Nya yang dicipta dalam Kristus Yesus untuk kerja-kerja baik yang disediakan Tuhan terlebih dahulu supaya kita dapat bergerak-hidup dalamnya.” Menurut ayat ini, kita melihat bahawa percayawan yang telah dipilih dan ditebus Tuhan ialah mahakarya yang dicipta Tuhan dalam Kristus Yesus. Tuhan mencipta kita untuk kerja-kerja baik. Kerja-kerja ini bukanlah hal-hal baik menurut konsep umum kita tetapi ialah perbuatan-perbuatan baik tertentu yang dirancang dan ditetapkan Tuhan terlebih dahulu supaya kita bergerak-hidup dalamnya. Kerja-kerja baik sedemikian sudah tentu merujuk kepada pelaksanaan kehendak-Nya agar kita dapat menjalani kehidupan gereja dan menjadi kesaksian Yesus. Hal ini memerlukan persetujuan kita untuk mempersembahkan diri kita kepada-Nya dan memberi Dia kebebasan penuh untuk bekerja dalam kita demi menyempurnakan kerja-kerja baik-Nya. Tujuan muktamad mempersembahkan diri kita kepada Tuan ialah memuliakan Tuhan (1 Kor. 6:20), iaitu membenarkan Tuhan dihidup keluar daripada kita dan ternyata daripada kita sebagai kemuliaan-Nya.

Hasil Mempersembahkan Diri

Hasil pertama daripada kita mempersembahkan diri kepada Tuan ialah kita benar-benar menjadi abdi yang dibeli Kristus, yang akur kepada hak milik-Nya dalam segala sesuatu. Kita tidak melayan sesiapa yang lain, tetapi melayan Kristus sahaja, sebagai abdi kepunyaan Kristus (1 Kor. 7:22). Kedua, kita ialah mahakarya Tuhan, bagaikan wadah tanah di tangan tukang tembikar, yang dibentuk Tuhan (lihat Yes. 64:8). Apabila kita mempersembahkan diri kepada Tuan, Tuan mendapat persetujuan kita untuk membentuk kita menurut kesukaan-Nya. Ini membuka jalan bagi Tuan menggenapi tujuan abadi-Nya menerusi kita. Ketiga, apabila kita mempersembahkan diri kita dan anggota-anggota tubuh kita kepada Tuan, anggota-anggota kita menjadi senjata keadilbenaran, abdi keadilbenaran agar kita terlepas daripada belenggu dosa dan menjadi kudus (Roma 6:13-14, 19). Keempat, kesudahan korban bakaran dalam Wasiat Lama ialah korban bakaran itu menjadi abu di hadapan orang dan menjadi haruman di hadapan Tuhan (Im. 1:9). Hari ini, jika kita mempersembahkan diri sebagai korban yang hidup kepada Tuan dan benar-benar setia terhadap Tuan, maka hasilnya juga sama, kita akan menjadi abu di hadapan orang dan menjadi haruman yang memuaskan hati Tuhan di hadapan-Nya.

Apakah Itu Hayat (1)
APAKAH ITU HAYAT (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)