Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Mempercayai Hakikat Tuhan
Apa Itu Salib?
Percaya bahawa Kamu telah Menerimanya, maka Kamu akan Mendapatnya
Mempercayai Hakikat Tuhan
2021-07-03 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e-Roti Hayat


Mempercayai Hakikat Tuhan



    Injil Tuhan menunjukkan kepada kita bahawa Tuhan telah menyerahkan Anak-Nya kepada kita. Anak Tuhan telah menjadi keadilbenaran kita, penebusan kita, malah kekudusan kita. Kita tidak perlu menerima Dia sebagai hayat kita dahulu dan kemudian mengharapkan Dia mengagihkan kesempurnaan, kesabaran, dan kelembuthalusan-Nya kepada kita; Dia sudah pun menjadi hayat kita. Bible menunjukkan kepada kita bahawa Kristus telah menjadi Kepala kita. Sebagaimana kepala mempunyai perasaan terhadap tubuh, bertanggungjawab atas tubuh dan mengawal tubuh, demikian juga Kristus sebagai Kepala kita. Kita tidak perlu memohon Dia untuk menjadi Kepala kita dan kita menjadi Tubuh Nya. Dia telah pun merupakan Kepala, dan kita telah pun merupakan anggota. Hal ini memerlukan iktikad. Dari segi negatif, kita telah menyerah diri. Sekarang dari segi positif, adakah kita percaya bahawa Kristus ialah Kepala kita, dan Dia mempunyai perasaan terhadap kita, bertanggungjawab atas kita, dan mengawal segala hal untuk kita? Adakah kita percaya bahawa Dia benar-benar ialah Kepala kita, seperti yang dikatakan Bible, dan Dia bertanggungjawab sebagai Kepala? Sabda Tuhan mengatakan bahawa Dia ialah Kepala. Dapatkah kamu percaya bahawa Dia sememangnya Kepala kamu? Dapatkah kamu percaya bahawa kamu tidak perlu bertanggungjawab atas apa-apa lagi, dan mulai sekarang Dia akan bertanggungjawab untuk kamu, malah sudah pun mula bertanggungjawab pada saat ini?


(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 98 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my)

Apa Itu Salib?
Percaya bahawa Kamu telah Menerimanya, maka Kamu akan Mendapatnya
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)