Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Memberitakan Injil Memberitakan Injil ialah membawa Orang ke dalam Kingdom Tuhan (2)
Memberitakan Injil ialah membawa Orang ke dalam Kingdom Tuhan (1)
Pemberitaan Injil ialah Pemberitaan Sabda Tuhan
Memberitakan Injil ialah membawa Orang ke dalam Kingdom Tuhan (2)
2020-03-03 | 70 Baca | 0 Komen
A- A+ Simpan

Memberitakan injil, menurut Kisah 26:18, ialah “membuka mata mereka, untuk memalingkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya serta daripada kuasa Syaitan kepada Tuhan.” Hal ini menunjukkan kepada kita bahawa pemberitaan injil bukan sahaja untuk membuka mata orang dan memalingkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya, tetapi juga menyelamatkan mereka daripada kuasa Syaitan. Kolose 1:13 juga berkata, “Dia telah menyelamatkan kita daripada kuasa kegelapan dan memindahkan kita ke dalam kingdom Anak yang dikasihi-Nya.” Diselamatkan daripada kuasa kegelapan bererti diselamatkan daripada kuasa Syaitan atau kingdom Syaitan. Dipindahkan ke dalam kingdom Anak yang dikasihi Tuhan bererti dipindahkan ke dalam kingdom Tuhan. Oleh yang demikian, pemberitaan injil sama sekali ialah peperangan rohani untuk mengusir kuasa Syaitan dalam manusia dan membawa masuk kingdom Tuhan. Seseorang yang tidak percaya kepada Tuan sudah tentu menolak nama Tuhan, tidak mempunyai pemerintahan Tuhan dalamnya, dan tidak ada kena-mengena dengan kehendak Tuhan. Sebaliknya, dia berada di bawah kuasa Syaitan sepenuhnya, dan seluruh dirinya berada dalam kegelapan kingdom Syaitan. Ketika seseorang diselamatkan, pertama-tamanya dia percaya kepada nama Tuan; kedua, dia menyeru nama Tuan; dan ketiga, dia berada dalam nama Tuan; dia kepunyaan nama Tuan. Oleh yang demikian, dia diselamatkan daripada kuasa Syaitan dan kepunyaan nama Tuan. Sebaik sahaja nama Tuan ada padanya, kuasa Tuan menyertainya. Sebaik sahaja kuasa Tuan datang kepadanya, kuasa Syaitan disingkirkan. Oleh itu secara tegasnya, memberitakan injil, membawa penyelamatan kepada manusia, dan memimpin mereka kepada Tuan, merupakan sejenis peperangan rohani. (The Experience of Life, bab 18)

Dalam Matius 28:18, Kristus yang bangkit berbicara kepada disipal-Nya dengan berkata, “Segala kuasa di syurga dan di bumi telah diberikan kepada-Ku.” Dalam kedivinan-Nya sebagai Anak tunggal Tuhan, Tuan Yesus mempunyai kuasa atas segala sesuatu. Akan tetapi, dalam keinsanan-Nya sebagai Anak Manusia untuk menjadi Raja kingdom syurgawi, semua kuasa di syurga dan di bumi diberikan kepada-Nya selepas kebangkitan-Nya.

Dalam ayat 19, Tuan Yesus seterusnya berkata, “Oleh itu, pergi dan disipalkanlah semua bangsa, baptislah mereka ke dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus.” Oleh sebab segala kuasa telah diberikan kepada-Nya, maka Tuan Yesus mengutus disipal-Nya pergi dan mendisipalkan semua bangsa. Mereka pergi dengan kuasa-Nya. Mendisipalkan bangsa-bangsa bererti menyebabkan bangsa Asing menjadi umat kingdom demi penubuhan kingdom-Nya, iaitu gereja di bumi pada hari ini.

Perhatikan bahawa Tuan Yesus bukan mengarahkan disipal sekadar memberitakan injil tetapi mendisipalkan bangsa-bangsa. Perbezaan antara memberitakan injil dengan mendisipalkan bangsa-bangsa ialah memberitakan injil sekadar membawa pendosa kepada penyelamatan, tetapi mendisipalkan bangsa-bangsa pula ialah menyebabkan bangsa Asing menjadi umat kingdom. Para disipal diutus oleh Tuan bukan sahaja untuk membawa orang kepada penyelamatan tetapi juga mendisipalkan bangsa-bangsa.

Dalam ayat 19, Tuan berbicara tentang membaptis bangsa-bangsa ke dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus. Baptisan bererti membawa orang yang bertaubat itu keluar daripada keadaan lama mereka untuk masuk ke dalam keadaan baru dengan menamatkan hayat lama mereka dan mencambahkan mereka dengan hayat baru Kristus supaya mereka dapat menjadi umat kingdom. (The Conclusion of the New Testament, mesej 74)

Kita ialah duta syurgawi Tuan yang diamanahkan dengan segala kuasa di syurga dan di bumi untuk membaptis orang ke dalam Tuhan Tritunggal. Kita perlu mengarahkan orang supaya bertaubat dan mengaku dosa mereka. Kita perlu memimpin mereka berdoa. Selepas berdoa, kita perlu memberitahu mereka bahawa sekarang mereka boleh dibaptis. Jika kita menggunakan kuasa divin ini, banyak orang yang kita lawat itu akan menjadi seperti anak domba. Kita akan dapat memimpin mereka keluar dari kingdom Syaitan ke dalam kingdom Tuhan. (The God-ordained Way to Practice the New Testament Economy, bab 10)

Memberitakan Injil ialah membawa Orang ke dalam Kingdom Tuhan (1)
Pemberitaan Injil ialah Pemberitaan Sabda Tuhan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
Kiriman yang disyorkan
Kata-kata Persekutuan dalam Kasih dan Penting pada Saat-saat Genting
Kata-kata-Persekutuan_2_08060610.png
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (1) KATA-KATA PERSEKUTUAN DALAM KASIH DAN PENTING PADA SAAT-SAAT GENTING  Nota Editor: Dengan bermulanya siaran satu siri rencana secara berturutan... Terus Baca
Merebut Peluang—Catatan Bicara Dengan Rakan Sekerja (Samb.)
peluang_3_08060613.png
(Koleksi Watchman Nee, Set 3, Jil. 55: Ministri & Pintu Terbuka,  Terbitan No. 21—15 September 1950) MEREBUT PELUANG— CATATAN BICARA DENGAN RAKAN SEKERJA (Samb.) Perasaan... Terus Baca
Menebus Masa = Merebut Peluang (3)
photo1_01060614.jpg
Masalahnya hari ini bukan Tuan tidak memberi kita peluang, tetapi kita melepaskan peluang. Kita semua harus bangkit. Dikbang-dikbang yang bertanggungjawab dalam gereja harus bangkit. Kita... Terus Baca
Apakah Makna Kehidupan Manusia?
img45_03060619.jpg
Banyak orang sering tertanya-tertanya apakah makna kehidupan manusia dan mereka ingin tahu jawapannya. Manusia meluangkan seumur hayat hidup di bumi, jika dia tidak tahu dari... Terus Baca
Syarat untuk Dibaptis
img44_03060633.jpg
Apakah syarat untuk dibaptis? Bilakah seseorang itu boleh dibaptis? Menurut wahi dan contoh dalam Bible, satu-satunya syarat untuk dibaptis ialah percaya. Markus 16:16 berkata, “Dia... Terus Baca
Makna Doa
img52_03060627.jpg
Perkataan doa memang biasa bagi seorang Kristian. Akan tetapi, apakah sebenarnya makna doa ialah pokok perbincangan kita pada hari ini. Kita akan melihat aspek tertentu... Terus Baca
Kategori
Cari Kami di Facebook