Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Masih Kurang Seperkara Lagi
Kehidupan Yang Mengekspresi, Bukan Kehidupan Yang Menahan (2)
Langkah Pertama untuk Jayeng: Melihat bahawa Kita Tidak Mampu
Masih Kurang Seperkara Lagi
2021-06-09 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e-Roti Hayat

9 Jun 2021

Masih Kurang Seperkara Lagi 



Bacaan Bible:  

Mrk 10:21: "Maka Yesus, sambil memandangnya, tersentuh dengan kasih terhadapnya dan berkata kepadanya, Seperkara lagi yang masih kamu kurang: pergi; apa yang kamu miliki, jual dan berikan kepada yang miskin, dan kamu akan mempunyai harta di syurga, kemudian marilah ikut Aku."

 

Petikan Bacaan:  

Jika kamu cuba untuk diselamatkan atau jika kamu cuba untuk jayeng, Tuhan selalunya akan meletakkan “seperkara” di hadapan kamu. Kerap kali kita berasa diri kita telah berbuat dengan baik. Dahulu saya panas baran, namun sekarang saya sudah dapat mengawal kemarahan saya. Dahulu saya agak sombong, namun sekarang saya dapat merendah diri sedikit. Dahulu saya selalu cemburu akan orang lain, namun sekarang saya tidak begitu mudah cemburu lagi. Dahulu saya suka bercakap, namun sekarang saya lebih pendiam. Kita menyangka bahawa kita sudah hampir jayeng, malah kita pasti akan jayeng. Akan tetapi, sungguhpun kita tidak mudah naik marah, tidak sombong, tidak cemburu, dan tidak suka bercakap, namun kita mendapati diri kita masih ada satu kekurangan. Walaupun kita dapat melakukan perkara-perkara yang lain dengan agak baik, namun kita masih kekurangan dalam sesuatu perkara. Perkara itu mungkin amat kecil, contohnya suka makan atau tidak [64] dapat bangun awal sebelum pukul lapan atau sembilan pagi. Kamu mungkin berasa bingung kerana kamu dapat mengatasi semua dosa yang lain, tetapi dalam satu-satunya perkara ini kamu gagal; dalam perkara ini kamu tidak terdaya. Kamu banyak berusaha untuk mengatasinya. Kamu mungkin meminta orang lain membangunkan kamu, kamu mungkin menggunakan jam loceng, tetapi kamu masih tidak dapat bangun awal pagi. Kamu tidak dapat menjelaskan kenapa kamu mampu melakukan banyak perkara melainkan perkara ini. Biar saya beritahu kamu, tidak ada sebab lain melainkan inilah prinsip “masih kurang seperkara lagi” dalam Lukas 18. Tuhan ingin membuktikan kepada kamu bahawa kamu tidak mampu. Pada akhirnya, kamu sendiri perlu mengaku bahawa kamu tidak mampu. Oleh itu, Tuan membiarkan kamu mampu dalam hal-hal tertentu, namun kamu masih akan kurang seperkara. Tuan ingin menunjukkan kepada kamu bahawa masih ada seperkara yang dalamnya kamu tidak mampu. Jika Tuhan mahu kamu jayeng, Dia harus membuktikan kepada kamu bahawa kamu tidak mampu. Kemenangan itu diberikan oleh Kristus; kamu tidak dapat jayeng dalam diri sendiri. Oleh itu, Tuhan meninggalkan satu perkara atau dua perkara yang tidak dapat kita atasi. Tuhan menunjukkan kepada kita bahawa kita “masih kurang seperkara lagi”.

Kehidupan Yang Mengekspresi, Bukan Kehidupan Yang Menahan (2)
Langkah Pertama untuk Jayeng: Melihat bahawa Kita Tidak Mampu
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)