Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Manusia ialah Wadah yang Makan di Hadapan Pohon Hayat
Hanya Hayat Abadi Tuhan yang Merupakan Hayat
Hidup Kerana Kristus (1)
Manusia ialah Wadah yang Makan di Hadapan Pohon Hayat
2020-09-20 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Tuhan mencipta manusia sebagai satu wadah yang makan. Makan bererti menerima, menghadam, dan mengasimilasikan makanan. Dengan cara ini, apa-apa sahaja yang kamu makan akhirnya akan menjadi kamu. Semalam saya makan ikan yang sangat bagus. Sebelum saya makan ikan, ikan itu ikan. Akan tetapi, pagi ini semasa saya duduk di sini, ikan itu telah menjadi saya. Ikan itu telah saya terima semalam ketika makan malam. Kemudian saya menghadamkannya. Tidak lama kemudian, ikan itu diasimilasikan ke dalam saya, dan akhirnya pagi ini ikan menjadi saya. Lihatlah gambar dalam Kejadian 1 dan 2. Manusia dicipta sebagai satu wadah yang mempunyai imej dan rupa Tuhan secara luaran serta roh sebagai penerima secara dalaman. Setelah manusia dicipta dengan cara ini, Tuhan membawanya ke pohon hayat (2:9). Pohon hayat ini baik untuk dijadikan makanan. Ini seperti membawa seseorang ke meja makan. Sebaik sahaja dia mula makan makanan itu, dia mula menghadam dan mengasimilasikan makanan itu. Akhirnya makanan itu menjadi sebahagiannya.

Sebelum manusia dapat makan pohon hayat, Bible memberitahu kita bahawa Syaitan, Iblis itu, menyimpangkan manusia menerusi ular (Kej. 3:1-6). Akibatnya, manusia diasingkan daripada pohon hayat (ay. 22-24). Akhirnya, Tuan Yesus datang supaya kita beroleh hayat dan berolehnya secara berlimpah-limpah (Yoh. 10:10). Hayat yang dibawa oleh Tuan semasa Dia datang ialah hayat daripada pohon hayat, pohon yang baik untuk dijadikan makanan (Kej. 2:9). Dalam Injil Yohanes, Tuan juga memberitahu kita bahawa Dialah pohon anggur (15:1, 5) dan bahawa Dia ialah makanan (6:35, 55), baik untuk dimakan (ay. 51, 53, 57). Gambaran dalam ayat-ayat ini dalam Injil Yohanes ialah gambar yang sama seperti dalam Kejadian 2. Dalam Kejadian 2 manusia diletakkan di hadapan pohon hayat, dan dalam Injil Yohanes kita disuruh makan Yesus, yakni pohon hayat (15:1).

Tuhan bukan suatu agama. Tuhan ialah hayat dan Dia adalah untuk hayat. Hari ini, hayat ini berada dalam sabda (Yoh.6:63). Oleh itu, kita harus datang kepada sabda dan memakannya. Tuhan ialah hayat dan Dia adalah untuk hayat, dan hayat ini berada dalam sabda. Oleh yang demikian, kita harus datang kepada sabda dan memakannya. Kita perlu menerima hayat ini dengan memakan sabda. Cara untuk memakan sabda adalah dengan melatih roh untuk menerima sabda. Roh kita ialah organ kita untuk menerima sabda Tuhan. Oleh itu, setiap hari dan sepanjang masa, kita harus melatih organ ini untuk menerima sabda. Dengan cara ini, kita menerima hayat. Inilah pengalaman hayat. Pengalaman hayat ialah kita melatih roh untuk memakan sabda agar kita dapat menerima hayat. Selepas kita menerima hayat ini, hayat ini akan menghidup keluar segala jenis benda yang divin, rohani, dan syurgawi dengan cara yang tidak terbatas.

(Pengalaman & Pertumbuhan dalam Hayat, Mesej 1)

Hanya Hayat Abadi Tuhan yang Merupakan Hayat
Hidup Kerana Kristus (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)