Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kidung Kidung: Tuhan Tak Pernah Menjanjikan…
Kidung: TUAN YESUS, KU RINDU HIDUP DEPAN-MU
Kidung: O mari dalam Tuan kita bergirang
Kidung: Tuhan Tak Pernah Menjanjikan…
2016-12-09 | 375 Baca | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kidung #526

Tuhan tak pernah menjanjikan:
S’panjang hidup mu—langit biru,
Tiada gemawan, cerah ’tiasa,
Tiada derita, aman saja.

Korus
Tapi Dia janji beri kudrat,
Pancaran cah’ya, istirahat,
Kurnia dan bantuan bila ujian,
Simpati, kasih tak terbatas.

Sememangnya selepas kita diselamatkan, Tuhan tidak pernah menjanjikan kehidupan yang aman dan damai sejahtera sentiasa. Kesukaran, kelemahan dan kegagalan masih akan wujud dan berlaku sepanjang hidup kita. Namun, pembaca sekalian, tahukah kamu bahawa kita ialah orang yang mempunyai waadah?

Dalam buku pertama Bible, Tuhan telah meletakkan pelangi di awan sebagai tanda waadah (Kej. 9:13). Pelangi ini menandakan kesetiaan-Nya. Pada penghujung Bible, dutus Yohanes melihat Tuhan duduk di atas takhta dan ada pelangi di sekeliling takhta itu (Wahi 4:3). Oleh itu, pelangi dilihat dalam buku pertama dalam Bible, dan pelangi dilihat semula pada akhir Bible. Ini menunjukkan bahawa Tuhan sentiasa adalah setia, dan kesetiaan-Nya kekal buat selama-lamanya (Mzm. 117:2). Haleluya!

Pelangi menandakan kesetiaan Tuhan dalam berpegang pada waadah-Nya. Dia setia kepada sabda-Nya, dan sabda-Nya ialah waadah-Nya. Sebaik sahaja Tuhan membicarakan sabda-Nya, Dia akan berpegang pada sabda-Nya. Oleh itu, apabila awan-gemawan datang menyelubungi kamu, kamu harus mengisytiharkan kesetiaan Tuhan, iaitu mengisytiharkan pelangi. Setiap kali kamu berasa lemah, kamu harus berseru kepada kesetiaan Tuhan dengan berkata, “O Tuhan, Engkau adalah setia. Saya adalah lemah, namun Engkau harus menguatkan aku menurut sabda-Mu.”

Kehidupan Kristian dan kehidupan gereja kita sama sekali merupakan kehidupan waadah. Kita berada di bawah waadah Tuhan. Kita dapat melihat janji Tuhan dalam setiap ayat Bible dalam Wasiat Baru. Contohnya, 1 Korintus 10:13 berkata, “Tidak ada godaan yang mencengkam kamu melainkan apa yang lazim bagi manusia; Tuhan adalah setia, Dia tidak akan membiarkan kamu digoda melampaui apa yang kamu mampu, tetapi bersama dengan godaan itu, Dia juga akan membuka jalan keluar agar kamu dapat bersabar-tahan.” Ayat Bible ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita tidak kira apa jua situasi yang menimpa kita. Sekiranya kita berpegang pada waadah Tuhan, tidak kira apa yang menimpa kita, kita mempunyai satu ayat Bible yang merupakan janji yang hidup. Kita dapat hidup melalui janji ini dan hidup bergantung padanya.

Kita perlu belajar untuk hidup di bawah waadah Tuhan. Kita tidak harus berasa terugut atau terancam oleh kutukan diri, perasaan dan sekitaran kita. Kita harus berdiri di bawah waadah, tidak mempercayai kegagalan, kelemahan atau apa-apa perkara yang negatif. Kita ialah orang yang mempunyai waadah; kita mempunyai satu ayat janji yang boleh menghadapi setiap situasi.

Kidung: TUAN YESUS, KU RINDU HIDUP DEPAN-MU
Kidung: O mari dalam Tuan kita bergirang
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)