Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian KESAKSIAN YESUS—KHUSUS DAN BERKONSUMASI (Bahagian 2/3)
KESAKSIAN YESUS—KHUSUS DAN BERKONSUMASI (Bahagian 1/3)
KESAKSIAN YESUS—KHUSUS DAN BERKONSUMASI (Bahagian 3/3)
KESAKSIAN YESUS—KHUSUS DAN BERKONSUMASI (Bahagian 2/3)
2020-07-31 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (94)

Nota Editor:

“Dalam 12:1-17, kita melihat satu lagi simbol gereja: perempuan itu bersama dengan anak lelaki...Perempuan dalam bab ini mewakili seluruh Tubuh umat Tuhan, dan anak lelaki mewakili bahagian umat Tuhan yang lebih kuat. Sebagaimana anak lelaki berada dalam perempuan itu, begitu juga dalam kalangan umat Tuhan terdapatnya bahagian yang lebih kuat...Anak lelaki akan diraptur sebelum kesengsaraan...kerana Tuhan memerlukan anak lelaki untuk berperang dengan Syaitan di syurga-syurga dan mencampakkannya ke bawah.”

“Walaupun Yesus telah menewaskan Syaitan di atas salib, gereja masih perlu melaksanakan kemenangan-Nya ke atas musuh. Disebabkan begitu banyak anggota Tubuh yang gagal dalam hal ini, hanya bahagian yang lebih kuat dalam Tubuh, yakni anak lelaki, yang akan melaksanakan kemenangan Kristus ke atas Syaitan. Anak lelaki akan diraptur ke syurga-syurga untuk menyempurnakan tugas ini...Saya betul-betul berhasrat menjadi sebahagian daripada anak lelaki.”

“Gereja bukan sahaja merupakan kaki pelita yang bersinar dan anak lelaki yang berjuang, tetapi juga merupakan ladang yang bertumbuhkan tanaman sehinggalah tanaman itu masak...Semua pejayeng peringkat awal akan diangkat ke rumah Tuhan di syurga untuk dinikmati Tuhan. Kerapturan terutamanya bukan untuk kenikmatan kita tetapi untuk kenikmatan Tuhan.”

“Dalam Wahi 14, selepas buah sulung, terdapatnya tuaian...Tuaian itu ditinggalkan untuk menempuh kesengsaraan dahsyat...Kesengsaraan dahsyat adalah seperti cahaya matahari terik yang akan menjadikan semua pekudus yang belum bersiap sedia sebelum kesengsaraan itu masak. Pendek kata, jika pada hari ini kamu tidak melepaskan dunia dan hidup untuk Kristus, Kristus akan meninggalkan kamu di bumi untuk menempuh kesengsaraan dahsyat. Pada masa itu, kamu pasti akan melepaskan dunia dan sedar bahawa cara hidup yang paling baik ialah hidup untuk Kristus...Saya menasihati kamu supaya jangan tunggu sampai musim menuai. Melalui kurnia-Nya, tampillah untuk menjadi sebahagian daripada buah sulung.”

KESAKSIAN YESUS—KHUSUS DAN BERKONSUMASI
(Bahagian 2/3)

(Kajian-hayat Wahi, Mesej 3)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Wahi 12:5 “Dan perempuan itu melahirkan seorang anak, anak lelaki, iaitu dia yang akan menggembala semua bangsa dengan gada besi; anaknya diangkat ke atas kepada Tuhan dan ke takhta-Nya.”

Wahi 14:4 “Inilah mereka yang tidak pernah tercemar dengan perempuan, kerana mereka suci seperti dara. Inilah mereka yang mengikut Anak Domba ke mana sahaja Dia pergi. Mereka ini dibeli daripada kalangan manusia sebagai buah sulung kepada Tuhan dan kepada Anak Domba.”

III. PEREMPUAN ITU BERSAMA DENGAN ANAK LELAKI

A. Perempuan Itu

Dalam 12:1-17, kita melihat satu lagi simbol gereja: perempuan itu bersama dengan anak lelaki. Gereja bukan hanya kaki pelita dan himpunan orang ramai yang ditebus; gereja juga merupakan sebahagian besar daripada perempuan itu bersama dengan anak lelaki. Tidak ada minda manusia yang akan memikirkan gereja dengan cara ini. Perempuan dalam bab ini mewakili seluruh Tubuh umat Tuhan, dan anak lelaki mewakili bahagian umat Tuhan yang lebih kuat. Sebagaimana anak lelaki berada dalam perempuan itu, begitu juga dalam kalangan umat Tuhan terdapatnya bahagian yang lebih kuat. Perempuan ini, yang terang dengan matahari, bulan, dan dua belas bintang (12:1) dan yang ditindas oleh Syaitan, naga merah besar itu, mewakili umat Tuhan sepanjang semua generasi. Dalam setiap generasi, sentiasa ada sebahagian umat Tuhan yang ditindas oleh Syaitan. Walau bagaimanapun, semasa tiga tahun setengah kesengsaraan dahsyat ini, dia akan dilindungi Tuhan daripada serangan ular itu.

B. Anak Lelaki

Seperti yang telah kita lihat, anak lelaki ialah bahagian yang lebih kuat dalam umat Tuhan. Dalam kalangan umat Tuhan, malah dalam kalangan kita dalam pemulihan Tuhan hari ini, terdapatnya bahagian yang lebih kuat. Bahagian yang lebih kuat ini akan diraptur ke takhta Tuhan sebelum kesengsaraan dahsyat. Dengan kata lain, perempuan itu akan ditinggalkan di bumi untuk menempuh kesengsaraan, tetapi bahagian yang lebih kuat, anak lelaki, akan diraptur ke takhta Tuhan sebelum kesengsaraan. Mengapakah anak lelaki akan diraptur sebelum kesengsaraan? Hal ini kerana Tuhan memerlukan anak lelaki untuk berperang dengan Syaitan di syurga-syurga dan mencampakkannya ke bawah. Walaupun Tuhan mempunyai banyak malaikat yang akan berperang dengan Syaitan, namun kemenangan terakhir atas musuh tidak akan diraih oleh malaikat tetapi oleh anak lelaki. Tuhan memerlukan anak lelaki. Tuhan akan mengaibkan Syaitan dengan menggunakan manusia yang dikorupkan Syaitan untuk mengalahkannya. Tuhan mungkin berkata, “Syaitan, kamu telah mengkorupkan manusia ciptaan Aku. Tetapi Aku telah memperoleh anak lelaki daripada manusia yang terkorup ini untuk menewaskan kamu. Dia akan menewaskan kamu terutamanya bukan di bumi, tetapi di syurga.” Anak lelaki akan berperang dari bawah ke atas, berjuang hingga ke takhta untuk mencampakkan Syaitan dari langit ke bumi. Inilah sebahagian daripada kesaksian Yesus. Walaupun Yesus telah menewaskan Syaitan di atas salib, gereja masih perlu melaksanakan kemenangan-Nya ke atas musuh. Disebabkan begitu banyak anggota Tubuh yang gagal dalam hal ini, hanya bahagian yang lebih kuat dalam Tubuh, yakni anak lelaki, yang akan melaksanakan kemenangan Kristus ke atas Syaitan. Anak lelaki akan diraptur ke syurga-syurga untuk menyempurnakan tugas ini.

Kerapturan bukan hanya untuk berkat kita. Kita tidak harus hanya berkata, “Alangkah baiknya saya dapat diraptur ke syurga-syurga!” Kita harus sedar bahawa Tuhan memerlukan kita diraptur—kita harus diraptur ke syurga supaya kita dapat berperang dengan musuh. Selepas mendengar ini, jika kamu berkata, “Saya tidak mahu pergi ke sana dan terlibat dalam peperangan,” ertinya kamu tidak layak diraptur sebelum kesengsaraan. Jika kamu tidak pergi ke syurga untuk bertemu dengan Syaitan dan mencampakkan dia ke bawah, dia akan turun ke bumi untuk menemukan kamu dan mengatasi kamu. Kita harus menjadi anak lelaki. Saya betul-betul berhasrat menjadi sebahagian daripada anak lelaki. Saya tidak berpuas sekadar menjadi sebahagian daripada perempuan itu. Saya ingin termasuk dalam bahagian yang lebih kuat. Ini juga merupakan satu aspek daripada kesaksian Yesus.

IV. BUAH SULUNG DAN TUAIAN

Sekarang kita datang kepada buah sulung dan tuaian (14:1-5, 14-16). Gereja bukan sahaja merupakan kaki pelita yang bersinar dan anak lelaki yang berjuang, tetapi juga merupakan ladang yang bertumbuhkan tanaman sehinggalah tanaman itu masak. Apa-apa tanaman yang masih hijau tidak sesuai untuk dituai kerana terlalu muda. Akan tetapi, sebaik sahaja tanaman di ladang masak, tanaman itu akan dituai dengan segera.

A. Buah Sulung

Bahagian tanaman yang masak terlebih dahulu dipanggil buah sulung. Buah sulung akan diraptur ke Zion di syurga-syurga sebelum kesengsaraan dahsyat. Sebagaimana yang ditunjukkan dalam 14:4, buah sulung ialah orang yang “mengikut Anak Domba ke mana sahaja Dia pergi”. Sebagai buah sulung, mereka diraptur ke rumah Tuhan di Zion untuk menjadi kenikmatan yang segar bagi Tuhan, demi kepuasan Tuhan. Menurut tamsil yang terdapat dalam Wasiat Lama, buah sulung daripada tuaian yang masak tidak dibawa ke gudang tetapi dibawa ke dalam bait Tuhan (Kel. 23:19). Ini menunjukkan bahawa semua pejayeng peringkat awal akan diangkat ke rumah Tuhan di syurga untuk dinikmati Tuhan. Kerapturan terutamanya bukan untuk kenikmatan kita tetapi untuk kenikmatan Tuhan. Kerapturan adalah untuk mengalahkan musuh dan memuaskan Tuhan. Kita bukan sahaja harus menjadi kaki pelita hari ini, tetapi juga menjadi anak lelaki hari ini untuk berjuang menentang musuh Tuhan dan menjadi buah sulung hari ini untuk memuaskan hasrat Tuhan.

B. Tuaian

Dalam Wahi 14, selepas buah sulung, terdapatnya tuaian. Ayat 15 berkata, “Malaikat yang satu lagi keluar dari bait, berseru dengan suara yang kuat kepada Dia yang duduk di atas awan itu, Utus sabit-Mu dan tuailah, kerana sudah tiba waktu untuk menuai disebabkan tuaian di bumi sudah masak.” Tuaian akan dituai menjelang akhir kesengsaraan dahsyat. Tuaian akan diraptur ke angkasa; Kristus berada di situ di atas awan. Mengapakah tuaian itu ditinggalkan untuk menempuh kesengsaraan dahsyat? Hal ini kerana ladang-ladang hijau yang belum masak memerlukan penyinaran cahaya matahari yang terik untuk menjadi masak. Dari satu segi, kesengsaraan dahsyat adalah seperti cahaya matahari terik yang akan menjadikan semua pekudus yang belum bersiap sedia sebelum kesengsaraan itu masak. Pendek kata, jika pada hari ini kamu tidak melepaskan dunia dan hidup untuk Kristus, Kristus akan meninggalkan kamu di bumi untuk menempuh kesengsaraan dahsyat. Pada masa itu, kamu pasti akan melepaskan dunia dan sedar bahawa cara hidup yang paling baik ialah hidup untuk Kristus. Semua anak Tuhan harus berbuat demikian; jika tidak, mereka tidak akan menjadi masak. Jika kamu tidak mempercayai kata-kata saya, tunggu dan lihatlah. Mungkin kamu berasa bahawa dunia terlalu menawan sehinggakan kamu tidak sanggup melepaskannya. Jika begitu, Tuan akan berkata, “Memandangkan engkau begitu mengasihi dunia, Aku akan meninggalkan engkau bersama dengan dunia. Biarlah engkau melihat sama ada dunia ini betul-betul menawan atau tidak.” Kemudian, Tuan akan menggoyahkan dunia, dan akhirnya kamu akan berkata, “Tuan, aku bertaubat.” Namun demikian, pertaubatan itu mungkin agak lewat. Jangan tunggu sampai kesengsaraan dahsyat barulah kamu bertaubat. Bertaubatlah sekarang! Lambat-laun, setiap orang Kristian yang sejati pasti akan bertaubat. Saya berkeyakinan penuh bahawa akhirnya semua orang yang diselamatkan akan sedar bahawa dunia tidak menawan, sebaliknya beracun. Semakin kamu mengasihi dunia, semakin kamu diracuninya. Dunia bermusuhan dengan Tuhan, dan kita semua harus membencinya. Lambat-laun, Tuan akan membuat kamu sedar bahawa Dia amat benci akan dunia ini. Hari itu akan tiba apabila kita semua menjadi masak. Namun demikian, janganlah berkata, “Saya tidak peduli sama ada saya menjadi masak atau tidak. Asalkan saya telah diselamatkan, segala-galanya akan menjadi baik.” Hari ini kamu mungkin berbalah dengan saya dengan tekad yang tegar dan kuat, namun hari itu akan tiba dan kamu akan sedar bahawa kamu perlu menjadi masak. Saya menasihati kamu supaya jangan tunggu sampai musim menuai. Melalui kurnia-Nya, tampillah untuk menjadi sebahagian daripada buah sulung. (bersambung...)

KESAKSIAN YESUS—KHUSUS DAN BERKONSUMASI (Bahagian 1/3)
KESAKSIAN YESUS—KHUSUS DAN BERKONSUMASI (Bahagian 3/3)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)