Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian KESAKSIAN YESUS—KHUSUS DAN BERKONSUMASI (Bahagian 1/3)
KEPERLUAN MELATIH ROH SECARA PRAKTIKAL (Bahagian 2/2)
KESAKSIAN YESUS—KHUSUS DAN BERKONSUMASI (Bahagian 2/3)
KESAKSIAN YESUS—KHUSUS DAN BERKONSUMASI (Bahagian 1/3)
2020-07-30 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (93)

Nota Editor:

“Buku Wahi menyingkapkan gereja dengan cara yang sangat khusus. Dalam mesej ini, kita akan mempersembahkan rumusan bagi aspek-aspek gereja yang didapati dalam Wahi.”

“Pertama sekali, gereja-gereja dalam buku Wahi disingkapkan sebagai kaki pelita...Sebagai gereja-gereja lokal, sifat kaki pelita adalah emas. Dalam tipologi, emas menandakan kedivinan, yakni sifat divin Tuhan. Semua gereja lokal adalah divin dalam sifat; mereka dikonstitusikan dengan sifat divin Tuhan...Walaupun gereja terdiri daripada keinsanan berserta kedivinan, namun keinsanan tidak harus menjadi sifat asas gereja-gereja lokal. Sifat asas gereja-gereja lokal haruslah kedivinan, yakni sifat divin Tuhan.”

“Semua kaki pelita adalah serupa dengan satu sama lain. Banyak orang Kristian telah menerima konsep yang salah, dengan itu berhasrat untuk menjadi berbeza daripada orang Kristian lain...Kita tidak harus cuba menjadikan diri kita luar biasa atau berbeza—inilah kesombongan...Oleh sebab kita semua satu gereja, maka semua gereja di bumi haruslah sama secara universal.”

“Kesaksian Yesus ialah himpunan orang ramai...Himpunan orang ramai ini telah keluar daripada kesengsaraan dengan cara yang jayeng kerana mereka memegang ranting-ranting palma yang melambangkan kemenangan mereka atas kesengsaraan...Dalam keabadian, mereka akan menikmati naungan Tuhan dan penggembalaan Kristus. Inilah takdir kita.”

KESAKSIAN YESUS—KHUSUS DAN BERKONSUMASI
(Bahagian 1/3)

(Kajian-hayat Wahi, Mesej 3)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Wahi 1:12 “Dan aku berpaling untuk melihat suara yang berbicara denganku; setelah aku berpaling, aku nampak tujuh kaki pelita emas.”

Wahi 1:20b “Tujuh kaki pelita itu ialah tujuh gereja.”

Wahi 7:9 “Selepas hal-hal ini, aku melihat, dan lihatlah, ada himpunan orang ramai yang tidak terhitung oleh siapa-siapa, daripada setiap bangsa dan semua suku, kaum, dan bahasa, sedang berdiri di hadapan takhta dan di hadapan Anak Domba, berjubah putih dan memegang ranting-ranting palma di tangan mereka.” 

Buku Wahi pertama sekali mewahikan Kristus, dan kedua, mewahikan kesaksian Yesus. Dengan kata lain, buku ini adalah berkenaan Kristus dan gereja. Dalam Wahi, Kristus dan gereja diwahikan dalam cara yang unik dan khusus. Dalam mesej terakhir, kita menunjukkan bahawa banyak aspek Kristus yang tidak dijumpai dalam buku Bible yang lain telah disingkapkan dalam Wahi. Berkenaan gereja, halnya juga sedemikian. Buku Wahi menyingkapkan gereja dengan cara yang sangat khusus. Dalam mesej ini, kita akan mempersembahkan rumusan bagi aspek-aspek gereja yang didapati dalam Wahi, sementara dalam mesej-mesej yang akan datang, kita akan meliputi perinciannya.

I. KAKI PELITA

Pertama sekali, gereja-gereja dalam buku Wahi disingkapkan sebagai kaki pelita (1:11-20). Istilah ini tidak digunakan dalam mana-mana buku Wasiat Baru yang lain untuk merujuk kepada gereja. Dalam buku-buku lain, kita diberitahu bahawa gereja ialah himpunan umat pilihan Tuhan, bahawa gereja ialah Tubuh Kristus, dan bahawa gereja ialah rumah Tuhan. Selain buku Wahi, kita tidak diberitahu bahawa gereja ialah kaki pelita. Sebagai kaki pelita, gereja-gereja bersinar dalam kegelapan. Perkataan kaki pelita membolehkan kita lebih banyak memahami gereja dan fungsinya. Gereja bukan pelita tetapi kaki pelita, iaitu sebuah pemegang bagi pelita. Tanpa pelita, kaki pelita adalah kosong dan tidak bermakna. Namun kaki pelita memegang pelita yang bersinar. Seperti yang telah kita lihat dalam mesej yang lepas, Tuhan ialah cahaya dan Anak Domba ialah lampu (pelita) (21:23). Oleh itu, Kristus ialah pelita, dan gereja ialah kaki pelita yang memegang pelita. Tuhan berada dalam Kristus dan Kristus yang merupakan pelita dipegang oleh kaki pelita untuk memancar kemuliaan Tuhan. Inilah kesaksian gereja.

A. Sifat Adalah Emas (Divin)

Sebagai gereja-gereja lokal, sifat kaki pelita adalah emas. Dalam tipologi, emas menandakan kedivinan, yakni sifat divin Tuhan. Semua gereja lokal adalah divin dalam sifat; mereka dikonstitusikan dengan sifat divin Tuhan. Mengatakan hal ini adalah sama sekali menurut Bible, kerana buku Wahi mengatakan bahawa gereja-gereja lokal ialah kaki pelita emas (1:20). Kaki-kaki pelita ini bukan dibuat daripada tanah liat, kayu, atau apa-apa bahan yang kurang bermutu; kaki-kaki pelita ini dibina daripada emas tulen. Ini bermakna bahawa semua gereja lokal haruslah divin. Tanpa kedivinan, tidak akan ada gereja. Walaupun gereja terdiri daripada keinsanan berserta kedivinan, namun keinsanan tidak harus menjadi sifat asas gereja-gereja lokal. Sifat asas gereja-gereja lokal haruslah kedivinan, yakni sifat divin Tuhan. Melalui tiga perkataan mudah ini—kaki pelita emas—kita menyedari banyak hal tentang gereja: Gereja merupakan sesuatu yang bersinar dengan Kristus dan yang dikonstitusikan dengan sifat divin.

B. Bersinar dalam Kegelapan

Kaki pelita bersinar dalam kegelapan. Jika tidak ada kegelapan, penyinaran cahaya pelita tidak diperlukan. Penyinaran pelita agak khusus. Untuk pelita bersinar, pelita harus ada minyak membakar dalamnya. Jika minyak di dalam pelita membakar, cahaya akan memancar dalam segala kegelapan. Inilah fungsi gereja. Fungsi gereja bukan sekadar menginjil atau mengajar doktrin. Pada malam gelap zaman ini, gereja harus memancarkan kemuliaan Tuhan. Inilah kesaksian gereja.

C. Serupa dengan Satu Sama Lain

Semua kaki pelita adalah serupa dengan satu sama lain. Banyak orang Kristian telah menerima konsep yang salah, dengan itu berhasrat untuk menjadi berbeza daripada orang Kristian lain. Semasa saya datang ke negara ini empat belas tahun yang lalu, saya bertemu dengan beberapa orang Kristian yang terganggu dengan keadaan yang serupa antara gereja lokal di setiap tempat. Mereka memberitahu saya bahawa mereka ingin cuba sebaik mungkin untuk menjadi berbeza. Ini tidak betul. Setiap orang mempunyai satu kepala, dua bahu, dua lengan, dua tangan, dan sepuluh jari, dan setiap kepala manusia mempunyai tujuh lubang: dua telinga, dua mata, dua lubang hidung, dan satu mulut. Memang pelik untuk berkata, “Saya tidak mahu mempunyai penampilan yang sama seperti orang lain. Untuk menjadi berbeza, saya ingin mempunyai lima lubang pada kepala saya.” Betapa tidak masuk akal! Orang yang mendakwa bahawa setiap gereja lokal haruslah unik berdasarkan konsep mereka pada perbezaan antara tujuh gereja dalam Wahi 2 dan 3. Sesetengah orang berkata, “Lihat! Kesemua tujuh gereja adalah berbeza.” Banyak tahun dahulu, ketika saya masih muda, saya dipengaruhi oleh konsep ini dan saya mengajar perkara yang sama. Namun pada suatu hari, cahaya menyinari saya dan saya melihat bahawa semua perbezaan pada gereja-gereja lokal dalam Wahi 2 dan 3 adalah negatif, bukan positif. Efesus kehilangan kasih pertamanya—negatif; Pergamus bersifat duniawi—negatif; Tiatira bersifat demon—negatif; dan Laodikia menjadi suam—negatif. Namun begitu, dari segi positif, semua gereja lokal adalah serupa, kerana mereka semua merupakan tujuh kaki pelita emas. Jika kamu menempatkan kesemua tujuh kaki pelita di atas meja di hadapan kamu, melainkan kamu menombori dan melabel setiap satu, kamu tidak dapat membezakan satu dengan yang lain. Kesemua tujuh kaki pelita adalah sama.

Akan tetapi, sejak tahun 1962, ada suara di Amerika Syarikat yang mengisytiharkan dengan kuat bahawa mereka sama sekali tidak akan menjadi seperti gereja di Los Angeles. Di manakah suara-suara itu hari ini? Suara mereka telah lenyap, dan semua konsep pelik yang didukung mereka juga telah gagal. Saya tidak mengatakan bahawa semua orang mesti mengikut gereja di Los Angeles. Namun jika Los Angeles ada tujuh “lubang”, maka tidaklah masuk akal jika orang lain berkeras hendak mempunyai lima “lubang”. Dari segi positif, semua gereja lokal haruslah serupa. Namun begitu, dari segi negatif, gereja-gereja adalah berbeza. Jika gereja di Los Angeles menyembah berhala, sudah tentu kita tidak harus mengikut mereka. Dalam hal-hal seperti ini, kita haruslah berbeza. Namun adalah salah untuk mengatakan bahawa dari segi positif, gereja-gereja lokal tidak patut sama. Kita tidak harus cuba menjadikan diri kita luar biasa atau berbeza—inilah kesombongan. Pada suatu hari, Tuan menunjukkan kepada saya bahawa keempat-empat sisi Yerusalem Baru adalah betul-betul sama. Setiap sisi tembok dibina dengan bahan yang sama—batu yaspis. Bukannya satu sisi tembok dibina dengan batu yaspis manakala sisi yang satu lagi dibina dengan tembaga. Tidak, kesemua empat sisi adalah sama. Begitu juga, secara universal, semua gereja haruslah sama. Mereka tidak perlu sama dalam organisasi, tetapi mereka harus serupa dalam penampilan. Contohnya, gereja-gereja di New Zealand haruslah sama dengan gereja-gereja di Jepun. Oleh sebab kita semua satu gereja, maka semua gereja di bumi haruslah sama secara universal. Secara lokal, kita ialah gereja-gereja; secara universal, kita ialah gereja itu. Inilah kesaksian Yesus.

II. HIMPUNAN ORANG RAMAI

Dalam 7:9-17, kita melihat bahawa kesaksian Yesus ialah himpunan orang ramai. Menurut catatan bab tujuh, himpunan orang ramai ini ialah keseluruhan umat yang ditebus Tuhan, yang ditebus “daripada setiap bangsa dan semua suku, kaum, dan bahasa” (7:9). Mereka semua telah melalui kesengsaraan. Ini menunjukkan bahawa tidak wujud suatu masa atau suatu tempat yang gereja tidak melalui kesengsaraan. Dunia sentiasa menindas gereja (Yoh. 16:33). Tidak kira di mana-mana sahaja, gereja di situ pasti menghadapi sedikit sebanyak penindasan. Hakikat bahawa seluruh Tubuh umat yang ditebus akan melalui kesengsaraan ditunjukkan dalam 7:14, yang berkata, “Mereka inilah yang keluar daripada kesengsaraan dahsyat.” Himpunan orang ramai ini telah keluar daripada kesengsaraan dengan cara yang jayeng kerana mereka memegang ranting-ranting palma yang melambangkan kemenangan mereka atas kesengsaraan (7:9). Akhirnya, dalam keabadian, Tuhan akan menaungi mereka dengan tabernakal-Nya. Sebagaimana 7:15 berkata, “Dia yang duduk di atas takhta akan bertabernakal atas mereka.” Inilah takdir umat yang ditebus Tuhan. Betapa bagusnya! Tambahan pula, mereka juga akan digembala Anak Domba ke mata air bagi air hayat hingga keabadian (7:17).

Wahi 7:9-17 bukan menggambarkan sekumpulan percayawan yang khusus. Sebaliknya, ayat-ayat ini memaparkan catatan yang umum berkenaan keseluruhan umat yang ditebus Tuhan dan keadaan mereka dalam keabadian. Dalam keabadian, mereka akan menikmati naungan Tuhan dan penggembalaan Kristus. Inilah takdir kita. Sabda dalam bahagian ini mewahikan bahawa sementara Kristus melaksanakan penghakiman Tuhan ke atas manusia sejagat, Dia akan menjaga umat yang ditebus Tuhan. Semua umat yang ditebus Tuhan akhirnya akan diraptur ke hadapan takhta Tuhan dan akan berdiri di situ untuk menikmati naungan Tuhan dan penggembalaan Anak Domba. (bersambung...)

KEPERLUAN MELATIH ROH SECARA PRAKTIKAL (Bahagian 2/2)
KESAKSIAN YESUS—KHUSUS DAN BERKONSUMASI (Bahagian 2/3)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)