Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Memberitakan Injil Kebenaran ialah Injil, dan Injil ialah Kebenaran (1)
Pemberitaan Injil ialah Pemberitaan Sabda Tuhan
Kebenaran ialah Injil, dan Injil ialah Kebenaran (2)
Kebenaran ialah Injil, dan Injil ialah Kebenaran (1)
2020-03-06 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Sesetengah orang menganggap bahawa kebenaran dan injil adalah berasingan, tetapi sebenarnya bukan sedemikian. Bible mengatakan bahawa kebenaran ialah injil dan injil ialah kebenaran. Dalam Efesus 1:13 Paulus berkata, “Dalam-Nya kamu juga, setelah mendengar sabda kebenaran, iaitu injil penyelamatanmu.” Ayat ini menunjukkan bahawa sabda kebenaran ialah injil. (Crucial Words of Leading in the Lord’s Recovery, buku 3, bab 14)

Jangan berfikir bahawa injil merupakan satu perkara dan kebenaran pula perkara yang lain. Kebenaran ialah injil, dan pemberitaan kebenaran kita ialah pemberitaan injil. Memberitakan injil bukan memberitahu orang berkenaan terlepas daripada kebinasaan dan pergi ke syurga serta juga bukan memberitahu mereka berkenaan kemakmuran dan damai sejahtera. Memberitakan injil bermaksud memberitahu orang berkenaan Tuhan, berkenaan Kristus Yesus, dan berkenaan gereja. Dengan kata yang lain, memberitakan injil bererti memberitahu orang bahawa Tuhan hendak masuk ke dalam manusia dan menjadikan pendosa-pendosa para anak Tuhan, dan para anak Tuhan ini merupakan anggota yang hidup bagi Kristus demi konstitusi gereja, serta mereka ini berada dalam gereja, yang diekspresikan di pelbagai lokaliti, supaya mereka dapat menjalani kehidupan gereja di gereja lokal.

Kita semua mempunyai hati untuk memberitakan injil, tetapi sekiranya kita tidak mengenali kebenaran, kita dengan segera akan kehabisan kata-kata sebaik sahaja kita membuka mulut kita untuk berbicara kepada orang. Selepas dua atau tiga ayat, kita tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi. Akhirnya, kita tidak ada apa-apa yang hendak diperkatakan lagi, dan orang tidak akan sudi mendengar kita lagi. Oleh itu, kita harus mempelajari kebenaran. Sabda injil ialah kebenaran. Untuk membicarakan sabda kebenaran, kita harus terlebih dahulu mempelajari kebenaran. Jika mulai sekarang kita sanggup mempelajari kebenaran dengan serius, kita semua akan mengetahui bagaimana untuk memberitakan injil dalam masa dua bulan. Memberitakan injil sebenarnya bererti membicarakan kebenaran, kerana pemberitaan injil yang sebenar ialah pembicaraan kebenaran. Membicarakan kebenaran bererti memberitakan injil; dengan itu, kita semua harus mempelajari kebenaran dengan cara yang betul. (Truth, Life, the Church, and the Gospel—The Four Great Pillars in the Lord’s Recovery, bab 10)

Pemberitaan Injil ialah Pemberitaan Sabda Tuhan
Kebenaran ialah Injil, dan Injil ialah Kebenaran (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)